Sunday, March 15, 2015

Garlic Complex Shaklee yang bermanfaat

March 15, 2015 1 Comments
Assalamualaikum..



Bawang putih, baaanyak sangat manfaat dia untuk kita kan? 

Tapi, mampu ke kita nak makan bawang putih gitu je? 
Mesti tak lalu.. betul???

Cara paling mudah yang saya amalkan adalah pengambilan Garlic Complex dari shaklee ni je.. mudah.



Ambil 2 biji sehari, dah cukup untuk tubuh kita.

Jom baca info ni:-
Manfaat utama Garlic Complex:

1. Mengandungi spearmint 
- meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.

2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi 
- selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sisitem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

3. Menghalang elergi 
- mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis

4.  Baik untuk sistem penghadaman
 - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.

5. Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.

6. Detoksifikasi 
- garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. 

7.Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.

8. Turunkan kolesterol
 - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.

9. Mencegah kanser
 - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.

10. Stabilkan glukos 
- membantu stabilkan glukos dalam badan kita.

Apa tunggu lagi?
Sebotol Garlic Complex hanya RM47.50

Hubungi saya untuk pembelian
Suzi
012.3814786
Eizmierah Mumnbabyshop

Tuesday, February 10, 2015

Tudung sekolah bersih dengan Basic H

February 10, 2015 0 Comments
Kisah siang tadi..

Tudung dengan hasil contengan color magic dan Basic H.

Hari ni, saje letak color magic yang abah saya belikan untuk fadiah dalam beg sekolahnya. Dalam hati memang dah terdetik, "mesti akan ada kisah pasal color magic hari ni di sekolah".

Jadi, seperti biasa saya jemput lah fadiah dan kakaknya balik sekolah. Memang saya akan berdiri tunggu depan pintu kelas fadiah. Bila cikgu buka je pintu kelas, saya tengok ada beberapa pelajar yang baju nya ada kesan contengan color magic. Bila fadiah muncul je, memang mengucap panjang saya di buat nya, bila tengok tudung dia yg putih tu dah ada contengan yg banyak. Memang dah tak ada rupa tudung putih dah. sabar je lah tengok tudung dia tu. 


sampai je rumah, ambil tudung tadi dan terus rendam dalam titisan Basic H dan sebesen air. Saya rendam dalam 3 jam lebih je kot. Bila angkat je tudung dari rendaman tu, nahhh ini lah hasilnya...


Alhamdulillah, lega rasa hati bila tudung yg di conteng2 tu dapat kembali bersih macam biasa. Yang paling best, saya tak perlu nak menyental pun. Berus pun tak ni..
Hanya rendam dan bilas..

Memang terrbaik si BASIC H ni. Tak sia2 saya beli dan jadikan pembantu di rumah.

bagi anda yang punya masalah begini, wajib ada sebotol basic h di rumah ye. 

BASIC H ni ada banyak kegunaan lain, antaranya:
Mencuci lantaI
Mencuci bilik air
Mencuci dapur
Mencucu pinggan mangkuk
Mencuci pakaian
Cuci kotoran dan contengan di dinding
Cuci kasut sekolah..
Dan 1001 lagi kegunaanya..

In shaa allah, anda pasti puas hati.
Sebotol tahan berbulan bulan.
Sebotol ada 16oz
Sebotol hanya rm46.00
Sekiranya berminat, boleh lah hubungi saya..

Suzie Maswar
Shaklee independent distributor
012.3814786

Thursday, February 5, 2015

Mudahnya menjemput rezeki

February 05, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, pagi yang indah..
Syukur kerana kita masih di beri peluang untuk hidup, bernafas dan menikmati alam ni.

Setiap hari adalah sama, tetapi tidak serupa..

Pagi tadi rasa tenang sangat. Ini lah cara saya nak mulakan hari yang positif. Bangun awal pagi, selepas solat subuh, saya keluar ambil angin pagi di luar rumah. Damai dan sejuk.. baru lah rasa semangat nak mulakan kerja harian, terutama mencari rezeki.

Rezeki, jika nak dia dtg, mestilah di Jemput. Jemput rezeki adalah lebih mudah di lakukan berbanding cari Rezeki.

Macam dalam buku MMR tu tulis, Nak cari semut tu susah, tapi nak jemput semut tu mudah. Letak lah gula di atas meja, dah pasti akan ada semut yang datang ke gula tu.

Sama lah macam kita, hamba Allah.. jika nak kan sesuatu, wajib minta dari dia. Buat apa yang di suruhnya. Pasti, akan di makbulkan olehNYA nanti.

Apa yang wajib kita lakukan untuk?
Solat 5 waktu, Sedekah, berbuat baik sesama manusia dan sebagainya..

Mudah je kan?
So apa tunggu lagi??

Ayuh kita jemput rezeki yg mudah di lakukan ni..

sekian,
Sharing is loving
Suzie Maswar
Sahabat Shaklee anda
012.3814786
Eizmierah Mumnbabyshop

Wednesday, February 4, 2015

Advance Joint Health Tablet - AJHT Shaklee

February 04, 2015 0 Comments


Soalan lazim bagi Shaklee Advanced Joint Health Tablet.
S: Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J: Shaklee Advanced Joint Health Tablet iaitu satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan – bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi – sendi.

S : Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Health Joint Tablet?
J : Lelaki dan wanita yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif boleh memanfaatkannya.

S: Apakah ekstrak jagung?
J : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi.                Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa        panjang.

S : Apakah Boswellia ?
J : Boswellia merupakan resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama esktrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

S : Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa ?
J : Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula, esktrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

S : Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
J : Boleh. Tiada sebab  mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua – dua produk yang menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder  dan Vivix bagi mengoptimumkan khasiat shaklee Advanced Joint Health Tablet.

S : Bila dan bagaimanakan saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

S : Mengapa ia bebas daripada kondroitin?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru – baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

S : Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C ?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu – tisu penghubung yang lain dalam tubuh.

S : Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% mineral surih zink, tembaga dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim – enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

S : Adakah Shaklee Advanced Join Health Tablet berasaskan sayur – sayuran?
J : Ya.

CREDIT: MyFawa


Berminat dengan AJHT ini?
Sila hubungi saya di;
Fb Eizmierah Mumnbabyshop
012.3814786

Suzie Maswar
Sahabat Shaklee Anda

Tuesday, February 3, 2015

Migrain dan Suplimen Shaklee yang di cadangkan

February 03, 2015 0 Comments

Assalamualaikum


sedikit perkongsian tentang migrain dari saya..



Saya merupakan salah seorang yang sering mengalami masalah sakit kepala dan migrain.
Biasanya kalau stress, tak makan seharian, kurang minum air masak atau kerja yang terlampau banyak dan menyesak kan kepala, memang akan dapat serangan migrain Ni.

Migrain ni lebih kurang sama dengan sakit kepala, tapi keadaannya lebih teruk dan sakit yang berlarutan jika tak di atasi dengan makan ubat or 'painkiller'.

Tapi, sejak saya mula kenali lebih dalam lagi tentang vitamin shaklee, dan telah mengamalkannya, Alhamdullillah saya dah jarang sangat kena migrain atau sakit kepala yang teruk.


APA PUNCA MIGRAIN / SAKIT KEPALA?


DUA VITAMIN BAWAH NI ADALAH VITAMIN YANG SAYA AMALKAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH MIGRAIN YANG SAYA HADAPI.

1) Ostematrix.


Terdiri dari kalsium, magnesium dan vitamin D.

Kalsium yang dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala.

Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine. 

Lagi satu, Ostematrix ni sangat2 bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.


2) B complex -




-> mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.

-> Pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress, strok dan depressi.

-> Juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller semulajadi"


Pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan rehat/tidur yang cukup mampu membantu mengurangkan masalah ini serta pengambilan supplement juga dapat membantu.

**JIKA ANDA TIDAK MINUM SUSU ATAU KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN, KEMUNGKINAN ANDA BERISIKO UNTUK MENDAPAT MIGRAIN ATAU SAKIT KEPALA YANG TINGGI. ***

*DISCLAIMER: PRODUK INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT.

Moga sedikit perkongsian dari saya ni dapat membantu sahabat semua. Jom, kita sihat cergas dengan pemakanan yang sihat, seimbang dan suplimen yang berkualiti dan di sahkan HALAL.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, 
Sila hubungi saya di:
FB Eizmierah Mumnbabyshop
Hp no 012.3814786
Suzie Maswar
SID

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates