Wednesday, June 29, 2011

Kemana lah ku menghilang kan??

June 29, 2011 12 Comments
Salam ceria semua...


Kemana lah ku menghilang dan menyepikan??


Terima kasih lah pada kawan2 yang sudi bertandang ke teratak ku ini.. dan tak lupa juga kepada yang sudi tanya kemana lah si puan chugie ni menghilang kan??


ye.. ku masih ada di sini..

sihat, ceria, syukur alhamdulillah..

anak2 pun sihat.. cuma fatin je baru baik dari cirit birit and muntah2 hari tu, sampai kena tahan kat wad..

now, dia dah back to normal..


sebenarnya ku sangat lah bz.. bz dengan hal2 kehidupan..

bz dengan hal bizniz..

bz dengan hal kerja..

bz juga dengan hal anak2..


rasa macam dah tak cukup kaki tangan dah nk..

penat... sangat2 penat..


rasa nak dapatkan rest yang panjang lah..


ok lah, untuk tatapan korang, sahabat2 blog ku sekalian..


jom jamu mata tengok my puteris...:D



Fatin @ 2 Years old

&

Fadiah @ 4 Month old..


mmmmuuuuahhhh untuk korang!!


-chugie-

Wednesday, June 1, 2011

Fadiah dah mula nak meniarap lah!

June 01, 2011 13 Comments
Salam..

yeay!! dah 3 bulan setengah...



Fadiah dah mula nak meniarap..

pantang kita lepaskan kat die kat atas katil, sure die akan cuba meniring dan meniarap..


tengok tu, fadiah mengiring dan sedang berusaha untuk meniarap..


sambil menangis lagi..

selagi tak lepas, selagi tu lah die akan menangis..



dan akhirnye, die berjaya meniarap separuh je.. ekekekek..


caya lah anak ummi!


pasni mencuba lagi k!



-chugie-

Cara menyimpan susu / EBM guna storage bag

June 01, 2011 7 Comments
Salam..


Kali ni nak share info cara2 nak simpan susu guna storage bag ni pulak..






1st.. kena lah ada storage bag ni ye..


aku guna autumnz storage bag.. sebab dia ada double zip lock!


keluarkan stock yang hendak di simpan dalam bag tu..
kalau boleh biar ikut sukatan botol ye..
senang nanti bila nak transfer balik ke botol untuk di beri pada bayi anda tu.

kadang2 sukatan pada bag tu x tepat..

masukkan susu yang dalam botol tadi ke dalam bag seperti di atas ni..

sebelum lock, tekap kedua2 belah jari tadi dari paras susu dalam tu, ke atas zip lock..

supaya udara tak terkandung dalam tu, so bila baring kan bag, tak de lah kembung je kan.

labelkan bag yang berisi susu tadi ye..


seperti atas ni.. sorry ye, blur lah plak! :D


labelkan dengan tarikh dan masa anda pam susu tu ok.. bukan tarikh n masa anda transfer susu ni tau!


kemudian susun / baringkan susu tu dalam rak bahagian beku macam gambar atas ni.

kalau boleh biar lah susu ni di bahagian dalam, supaya cepat beku..


akhir sekali, bila susu2 tu dah beku, susun lah ikut kesesuaian yang anda suka..

supaya space dalam peti tu dapat di jimatkan..


ok, tu je tunjuk ajar ku sifu untuk kali ni..


pada kawan2 yang dh OTAI tu, sila lah bagi tunjuk ajar lagi ye..

mana tau ada salah silap, terkurang terlebih ke kat entri ku ini..


sekian dulu,

-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates