Saturday, August 11, 2018

10 Pendidikan Bisnes dari Solat

August 11, 2018 0 Comments

10 Pendidikan Bisnes Dari Solat


1. Nak solat, bersihkan diri dan ambil wuduk. Nak buat bisnes, bersihkan hati. Apabila hati kita bersih, kita seronok lihat usahawan lain berjaya. Kita tidak akan menjatuhkan orang lain. Dan, kita juga tidak akan bertepuk tangan apabila bisnes orang lain bungkus.

2. Berjimat ambil wudu, berjimat dalam bisnes. Usah habis modal dengan renda-renda bisnes yang tidak bermanfaat. Ikat perut. Bootstrapping, terutama pada peringkat awal bisnes. Usah beli kereta dan sewa pejabat besar untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

3. Niat solat mesti betul. Niat buat bisnes juga mesti betul. Kalau buat bisnes kerana nak kaya, sampai bila pun kita tak akan puas hati. Buat bisnes kerana kita ingin bawa kebaikan kepada manusia. Apabila orang dapat manfaat dari bisnes kita, kita rasa bahagia.

4. Sewaktu solat, lihat tempat sujud dan sentiasa khusyuk. Dalam bisnes, mesti fokus. Banyak bisnes bungkus bukan kerana usahawan tak ada idea, tetapi kerana dia ada terlalu banyak idea. Semua benda nak buat, akhirnya semua benda dia tak buat.

5. Solat Subuh bermula awal pagi. Selepas solat, muka cari rezeki. Usah buang masa. Elakkan lepak dan sembang kosong. Apatah lagi, sembang kencang. Pastikan setiap hari kita menjadi produktif.

6. Solat berjemaah dapat 27 kali pahala. Dalam bisnes, cari partner. Berkolaborasi dengan usahawan lain. Usah berjalan seorang diri. Saling bantu-membantu. Apabila kita bergerak secara berjemaah, lebih mudah untuk pergi jauh dalam bisnes. Kambung seekor senang dimakan serigala.

7. Dalam solat tak boleh bercakap kecuali membaca ayat-ayat al-Quran dan yang baik-baik. Dalam bisnes, bercakap baik-baik mengenai usahawa lain. Usah mengumpat bisnes orang. Orang lain bodoh, bukan bererti kita pandai. Orang lain gagal, belum tetu kita berjaya.


8. Sewaktu solat kita meminta kepada Allah swt. Dalam bisnes juga kita bergantung harap kepada Allah swt. Apabila rezeki lambat datang, berprasangka baik dengan Allah swt. Usah mengeluh. Yakin Allah swt beri rezeki pada masa yang betul.

9. Syarat sah solat ialah tertib. Apabila buat bisnes, kena ada SOP dan prosedur. Usah main langgar saja. Dokumenkan proses. Dokumenkan keputusan. Usah cakap-cakap saja.

10. Selain solat wajib, buat solat sunat. Dalam bisnes, buat CSR. Selain zakat, infaq. Derma. Buat amalan "sunat" dalam bisnes. Selain untung di dunia, cari juga untuk di akhirat.

KREDIT: MYNOBISHA.COM

Friday, August 10, 2018

Chewable Vita C - Plus available Now!

August 10, 2018 0 Comments




Assalamualaikum.. selamat petang semua.

Lamanya saya tak bersiaran di blog ni. Macam biskut. Kejap ada. Kejap tak ada. Hi hi hi
Tapi sebenarnya saya masih ada. Cuma banyak update di FB Suzie Maswar & instagram @vitaminshopsgbuloh

Saya nak war2 kan berita paling hangat hari ni.

Chewable Vita C yang di tunggu-tunggu dah pun tiba. Alhamdulillah, lama dah sebenarnya kami menunggu.

Hari ni Shaklee keluarkan notis tentang Chewable Vita C yang akan open untuk belian esok hari (10/8/18).

Mesti ramai tak sabar nak borong dah kan?

Chewable vita c ni memang salah satu vitamin yang wajib ada di rumah saya dulunya. Anak2 mudah demam, batuk dan selsema. Jadi bila dah nampak dorang lain macam je, memang cepat2 saya sua kan chewable Vita C ni. Makan sebiji sehari pun dah ok. Memang sangat cepat kesan dia pada imun badan anak.

Kadang2 tu, dorang ambil sendiri. Tak perlu tanya ummie pun hihi..


Ni keistimewaan Chewable Vita C shaklee. Kalau compare dengan brand lain yang ada di pasaran, shaklee paling bagus. Sebab apa? Sebab ada tambahan BIOFLAVONOID tu lah.. korang baca gambar atas tu ya.


Harga sebotol Chewable Vita C : RM51.25
Isian sebotol : 90Biji

Jom order sekarang!
Save no saya tu, 012.3814786 dan taip message “saya nak beli Chewable Vita C.

Inshaallah saya akan respond dengan kadar segera.

Sekian dulu ya.



Most Wanted Shaklee Distributor
Suzie Maswar
012.3814786
FB: Suzie Maswar
IG: @Vitaminshopsgbuloh






Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates