Tuesday, February 24, 2009

Hujan..

February 24, 2009 6 Comments
Emm..lamenye aku tak meng'update' blog ni.

Sekarang ni, kat tempat aku dah mula gelap gelita. Kilat dan guruh sabung menyabung, air hujan pun dah mula turun sikit sikit..Lepas ni mesti akan jadi lebat selebat2nye. Nampaknye terpakse lah aku tunggu hujan reda sikit, baru bleh balik umah. Kalu nak redah hujan yang lebat ni, alamatnye memang aku tak nampak jalan lah jawabnye. Semalam pun aku balik dalam hujan yang lebat. Memang tak hengat lah lebatnye. Sampaikan jalan yang aku lalu pun memang sukar nak lihat dan air pulak dah mula bertakung. Risau gak kalu jalan yang aku lalu tu banjir. Alamatnye, tersadai lah kereta aku kat tengah jalan tu. Aku memang akan memandu perlahan kalu dalam keadaan hujan yang lebat dan kuat macam ni, sebab aku rasa takut sangat kalu pape jadi. Lebih baik beringat sebelum kena kn??

Rasanya dah 2 3 hari ni dah mula hujan..hujan pulak bukan hujan sikit2, tapi hujan lebat yang rasenye boleh jadi banjir jugak lah. Hari ahad lepas pun aku balik umah dalam keadaan cuaca hujan yang sangat lebat. Walaupun Hubby yang drive kereta, tapi dalam hati ni, tuhan je lah yang tahu. Memang risau yang amat sangat. Agaknye sebab aku sedang berbadan dua kot.. perasaan takut dan risau tu semakin menjadi2. Aku selalu pesan kat hubby supaya pandu kereta tu x payah lah laju2 sangat.. kalu boleh baik berenti je kat tepi dari teruskan perjalanan. Bukan ape, rasenye macam2 bende bleh berlaku dalam keadaan hujan yang terlalu lebat dan angin yg kuat. Tapi kadang2 tu hubby degil gak, x nak dengar cakap aku. Tetap je teruskan perjalanan. Katenye dah nak dekat sampai umah pun.. emm.. aku hanya tawakal je lah dalam hati. Hope tak ade ape yang buruk terjadi.

Nampaknye, dah nak masuk waktu balik keje dah ni, So pada sume pemandu2 hope berhati-hatilah semasa memandu didalam cuaca hujan yang lebat ni. Jalan yang licin ni memang merbahaya. So, take care and bace doa selamat sebelum memandu k. aku nk chow dlu...

Salam.......

Thursday, February 12, 2009

Upin & Ipin D'Movie Now Showing!!

February 12, 2009 10 Comments
Geng: Pengembaraan bermula..

ya, pengembaraan upin & ipin dah pun bermula... Rasanya dah ramai yang tahu dan tunggu kemunculan movie ni kan? Sama lah juga macam aku. Seawal iklan di tv mula di tayangkan dan memperkenalkan movie ni, seawal tu juga lah aku menunggu movie ni keluar panggung. Dan hari ini, 12/02/2009, tayangan serentak diadakan di segenap pelusuk panggung sekitar tanah air. Aku dah cuba untuk reserve ticket hari ini, tapi semua panggung full untuk buat reservation. Yang tinggal cuma tiket yang boleh di beli direct dari kaunter panggung. Ermm.. alamatnye, beratur panjang lah jawabnye. Aku dah try reserve tiket kat GSC sabtu ni. Insyallah.. kalu tak ade aral melintang aku akan tengok movie ni.. x syabarnyeeeeeeee nak tunggu sabtu ekekekeke..

Nak tau kenapa aku suke sangat dengan UPIN & IPIN ni???

1. Sbb org melayu yang buat kartun ni
2. Watak2 dalam tu, mmg aku suke sangat esp. Upin, Ipin & K.ros. (suara dorang mmg kelakar)
3. Karikatur yang aku rs setanding dengan kartun2 dr luar negara.
4. Aku bangga bile tengok kartun yang di hasil kan oleh bangsa kite, yg mendapat tempat di hati ramai org.

tu je ar.. byk lg sebab2 lain, tp.. x yah ar nak menyemak cerita dlm blog ni kan??? heheheh:D

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates