Wednesday, June 11, 2014

# Breastfeeding # Cara nak banyak kan susu

INFO PENYUSUAN : TEKNIK POWER PUMPING

POWER PUMPING, TEKNIK TINGKATKAN HASIL SUSU IBU



★Apa itu Power Pumping?★
Power Pumping merupakan satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam cara power pumping ni adalah sama seperti rutin kita mengepam selalu. Bezanya, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. 

Teknik ni adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

♥Siapa Perlu Buat Power Pumping?♥
1- Ibu yang kekurangan susu Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor spt Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.

2- Ibu yang menyusukan anak angkat.
Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.

3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

■Macam Mana Nak Buat Power Pumping?■
[1]Jika anda menggunakan Single Pump:
>>Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

[2] Jika anda menggunakan Double Pump.
>>Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

♥Saranan Waktu Mengepam?♥
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana, pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

★Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?★
Pertama sekali, kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping ni terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama.

Kesan teknik ini adalah tertakluk pada individu itu sendiri. Ada yg dapat hasil yg cepat dan ada yg dapat hasil dalam masa berbulan..

Semakin kerap DEMAND dan semakin banyak SUPPLY akan terhasil. Sebagai seorang islam, wajiblah kita berdoa dgn mengamalkan doa2 untuk bantu menambahkan susu dan yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita.

Semoga tips ini berguna buat ibu2 yang tekad dan berusaha untuk mendapatkan susu yg berkhasiat ini buat simanja.

No comments:

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates