Wednesday, July 1, 2009

Cerita tentang Berpantang

Salam...

Masa tak mengizinkan aku untuk kerap meng'update' blog.. ada je yang menghalang hajat hati nak post entry. Memandangkan aku ada sedikit masa terluang ni, boleh lah aku ceritakan sedikit saat aku berpantang hari tu.

SEAWAL MINGGU BERPANTANG

Selepas 4 hari 3 malam aku di tahan dalam wad selepas melahirkan tu, hari khamis 14hb May 2009 baru aku dibenarkan keluar wad. Tapi malangnye baby pulak x dapat ikut aku balik sebab kena demam kuning yang agak kuat juga. Masa hari aku keluar wad tu bacaan kuning baby aku dah 300++ memang tahap yang agak tinggi. Masih tu hati memang rasa down yang amat sangat, yelah..bila aku dah di benarkan keluar, baby pulak kena tahan wad. Doctor memang tak benarkan aku bawa kaluar baby, kecuali aku tandatangan surat pelepasan tanggungan keatas apa2 yang berlaku sekiranya baby jadi makin teruk. Jadinya, nak tak nak, terpaksa lah aku relakan hati untuk biar kan baby terus tinggal kat dalam wad untuk jalani treatment demam kuning. Otw balik kerumah mertua(aku berpantang di rumah mertua) memang aku menangis sepanjang jalan.. rasa sedih yang amat masa ni. Aku sampai kat rumah dalam tengah hari, di sebabkan perasaan yang kesian, sedih, rindu dan macam2 lagi dlm hati ni, petang tu aku datang semula ke PMC untuk tengok baby dan menyusukan dia.. Kebetulan masa tu breast aku dah bengkak sangat2 sebab susu terlalu banyak, dan baby pulak tak ada dekat ngn aku. Jadi selama 2 hari aku berulang alik ke PMC untuk menyusukan dan melihat perkembangan baby. Ramai juga yang nasihatkan aku supaya berehat je di rumah, bagi elakkan bentan atau perkara2 yang x sepatutnye, tapi aku ni degil, lagipun kasih ibu pada anak kan, rindu dan sedih makin menjadi2 lagi lah bila tengok dia tak ada kat sisi aku.. rasa nak admit je dalam wad masa tu, tapi memandangkan PMC full, terpaksa lah aku berulang alik.. Ramai pula yang bersalin time ni. Hari ketiga baby kat wad, bacaan kuningnye menurun ke 200++, memandangkan semua kaum kerabat aku dah mula suruh bawa baby balik ke rumah untuk cuba cara tradisional, aku pn setujulah untuk bawa baby pulang, tapi kami still kena sign surat pelepasan tu sebab bacaan tu masih lagi tinggi. Masa ni kami hanya bertawakal je pada Allah, moga usaha kami untuk sembuhkan kuning baby tu berhasil. Untuk pengetahuan semua, baby aku kena kuning dekat sebulan juga lah, lepas tu alhamdulillah sembuh. Menurut kata doktor, biasanya kalau darah baby dan ibu berlainan, risiko akan kene demam kuning ni akan jadi lebih teruk, lelebih lagi bagi bayi yang darahnye jenis 'O'. Mungkin di sebabkan baby aku berdarah 'O', jadi demam kuning nye agak lama dan makan masa juga untuk sembuh. Tapi apa pun, selama baby kena demam kuning, dia memang aktif dan kerap menyusu badan, cuma air masak je memang susah nk minum, sampai lah sekarang ni.

Cara Berpantang,
Mak mentua aku tak terlalu mengamalkan pantang yang ketat. Cuma ada beberapa bende je yang kena pantang, seperti elakkan angin, sejuk, tak boleh minum ais, dan makan. Memandangkn aku cezer, lauk harian selama sebulan lebih hanya nasi dan ikan haruan yg biasanye dimasak sup, dan rebus je. Adalah sekali dua tu aku mkn daging ngn ulam pegaga. Rasanye memang simple sangat lauk pantang aku. Dalam masa berpantang tu aku minum pati ikan haruan jugak, untuk cepatkan luka cezer tu sembuh.. memang mujarab lah makan ikan haruan ni. Untuk pengetahuan korang semua, aku memang x makan ikan haruan sebelum ni, tengok pn ngeri je.. tp di sebabkan nak sembuh punye pasal, sental je ler.. janji cepat baik. Dah lepas 3 minggu baru aku start minum jamu, makan pil phyto natal dari keluaran Nona Roguy dan pil manjakani binari. Alhamdulillah, memang mujarab jamu dan pil dari nona roguy ni, masalah sembelit aku memang hilang bila minum jamu ni. Untuk kempiskan perut, aku guna lotion Mustajab pati halia dan limau nipis keluaran dunia herbs.. alhamdulillah, memang kempis perut aku, memandangkan aku pun x berbengkung atau pakai korset pun selama berpantang sebab takut luka dalam x sembuh lagi. Sampai sekarang pun aku masih gunakan lotion ni. Untuk urut pulak, aku start berurut lepas 30 hari, tu pun hanya urut bahagian lain selain perut je. Bila dah nak masuk 40 hari baru bidan urut bahagian perut tapi dengan cara lembut yang untuk tgok peranakan dan naik kan die. Tu je lah cara berpantang yang aku amalkan.. Kekadang tu terasa gak nak cuba berpantang secara ketat, mesti lebih mujarab kn??

4 comments:

Unknown said...

biasanya kalau darah baby dan ibu berlainan, risiko akan kene demam kuning ni akan jadi lebih teruk

ya chugie, my paed pun bgtau gitu. anak2 aku semua darah jenis O+, ikut aku. alhamdulillah, memang tak kena jaundis. setakat 'bayang-bayang' sahaja, lepas dimandikan dengan air rebusan daun teh & daun belimbing buluh, dalam seminggu bayang2 jaundis tu hilang.

bagus kau berurut.
ada yg takut nak berurut, tak kurang juga yg kata kalau melahirkan cara c-sect TAK PERLU berurut. kasihan...

tang makanan kau tu...cayalah! aku tak leh bertahan ngadap satu menu sahaja, dapat makan ikan masak kuah pindang kira paling sedap dah tu...selain dibakar/panggang cicah kicap lada hitam & bawang.

fuadnis said...

chugie..
apa kata ko wat entry gambor jamu dan barang2 lain la ttg nona roguy yg ko makan tu..akupun takut sembelitla..

YAN said...

wah.. baguih baguih.. Suzi menceritakan cara die berpantang tanpa menakutkan aku.. Aku rasa anak2 aku pun ikut jenis aku.. Sebab diorg pun tak kene jaundis .. bak kata Normi, 'bayang-bayang' .. Baguslah info ni..

Unknown said...

Tunfrida,
ko pun darah O ye? aku puas gak cuba berbagai kaedah untuk hilang kan demam kuning baby, ditambah dengan risau masa pantang lg, Tapi alhamdulillah baby tetap aktif masa kena tu.

Nis,
nanti aku try upload gambar2 tu ye. khas untuk ko. tapi pil phyto natal die memang mujarab untuk sembelit.

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates