Wednesday, September 22, 2010

# raya

Gambar kami di aidilfitri 2010..

Salam...
Rata2, kawan2 blogger semua dah cerita dan show off gambar raya kan?
aku, baru nak start berkarya tentang cerita raya..eekekeke..
Ok2, tak mo lah bebel panjang lebar,
meh layan gambar yang tak seberapa ni..
Mula dengan malam menyambut syawal ye..


Masa ni masing2 dah selamat berbuka..
sambil tunggu isyak, dan bertakbir..
adik beradik dan anak buahku main mercun dan bunga api dulu..
Owh, fatin memang dh surrender awal2 tak nak main bunga api..
Tengok je dah takut! agaknye fobia lagi kot..
Pelita dah semestinye ada..
yang tinggal cuma saki baki je lah..
sebab dah banyak yang kene curik!
Almaklum, rumah tak berpagar..
ikut suke dorang je lah nak amik apa2 kat kawasan umahku ni.
Suasana di pagi raya..1 syawal!
Masing2 tengah duduk rehat sebelum sesi bermaafan dan collect duit raya..
Kalau dulu, pagi raya kami dah ada kat kubur melawat pusara arwah mak,
tapi dah beberapa tahun ni, kami pergi sehari sebelum syawal..
lebih afdhal kan?
Anak buah dan adikku yang sedang sibuk setting tripodnye..
masa ni nak tunggu sesi bergambar plak.

ye.. kami bergambar dulu..
guna camera HandPhone je..

ok, sesi bergambar dah mula..
ni gambar kami adik beradik..
tertinggal sorang iaitu abang ku..
ntah kemana saje lah perginye abang ku itu tau!

sesi bergambar sesama warga perempuan dalam family kami..
tengok je lah fatin tu.. susah betul nak bergambar.
last2 die menangis..

yeay!! inilah family besar kami..
yang tiada dalam gambar ni adalah abangku..
serta ayahanda dan bonda tiriku..(dorang datang lambat time ni)

Selepas sesi bergambar, baru lah kami ke rumah ayahanda dan sanak sedara kami..
tu pun tak banyak rumah kami pergi..
sebab dah sampai time solat jumaat.

Petangnye pulak, aku, suami dan fatin beraya ke kampung hubby N9..
dapatlah 2 malam kat sana.. jadi lah tu.
tak boleh beraya lama2, sebab adikku masih berpantang.

ok lah.. tunggu next entry tentang juadah raya aku plak k!
daaaaaaaaaa
-chugie-


10 comments:

mak encik | SZ said...

hehehe..
akak pun tak sempat ber entry raya lagiks..
ni gara2 bibik la nih! krempess btol..uhukss

aLyNnZ said...

tema merah pink cantik..bnyk gaks pic raya chugie..

Fieza79 said...

tema yang menarik..lawa gamba2 suma pose cantek je...

Dilla Ady said...

sori chugie..lame tak jengah sini..

nak wish selamat hari raya untuk chugie sekeluarga..

cantik ar baju raye chugie..

cume tudung tu jek cam tak kena..nape pakai warna itam..menenggelamkan baju chugie yg cantik tu..suke corak die..

mamaarifakeemaisy said...

cantik cat umah kaler tu kan...soft yellow eh..eina dulu nk kaler tu, tetiba en suami pilih kaler biru lak..huhu..

eheh lari tajuk plak =P

sempat snap beramai2 gini, best lah! jd kenangan gitu kan..^_^

aloor nape nangis pulak fatin tu..

|| NaFiRaa || said...

wahhhh.. kira meriah jugak lah kan~ boleh kumpul ramai2 amik gambar..

Ena said...

cantik gak picture nye walaupun guna hp.. ena tak reti nak edit la icture dari kamera hubby tu sbb mcm drop je bila dah masuk lam photoscape.. so, cam tenggelam je.. nak upload picture asal kanggg besor gedabak.. lame ebenor loading nye.. so, jadi lah.. Eh! terluah perasaan kat sini pulak..

Chugie nampak kurus la time pregy nie.. tapi berseri2 je.. ;D

YanDarwisy said...

Wah...sesak kaum family nak bergambar yer. aperpun Chugielah yg paling cun melecun.....

Nia said...

wah,..nampak seronok berkumpul dgn semua ahli keluarga kan!

Entri Terkini : Aku Kena Serang!

Farra Dhelina said...

seronok nya bgmbr!! thn depan bertambah la ye...

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates