Wednesday, March 20, 2013

# kisah # Sharing

Subhanallah.. Ajaibnya susu ibu

Jom baca kisah ni.. Saya dapat masa tengah cari info pasal Susu Ibu.. Best kisah ni untuk di kongsi dengan semua.. ******************/*/*******//**/***************//*//****************/****/** Al-kisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya,kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut! Oleh kerana mereka melahirkan pada masa yang sama,maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki terseb ut! Pada waktu tersebut,tiada lagi ujian DNA. Maka doktor Amerika bertanya pada kawan dia,seorang doktor dari Mesir,macam mana nak selesaikan masalah berikut.Dah buat ujian darah malangnya,kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama! Maka doktor Amerika itupun bertanya macam mana nak selesaikan masalah ni,sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran adalah agama yang sempurna,dan setiap masalah ada penyelesaiannya dalam Al-Quran. Maka terkedu doktor dari Mesir tuh! Nak tak nak,doktor Mesir tu ajak doktor Amerika berjumpa dengan kawannya,seorang ulama terkenal dari Mesir. Setelah diceritakan segalanya,maka ulama Mesir tersebut hanya tersenyum dan menyuruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium,zat galian dan nutrien yang lain. Setelah selesai ujian,mereka diminta membawa keputusan ujian dan bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya? Salah satu dari susu ibu tersebut mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium,zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama Mesir tersebut berkata,ibu yang mempunyai susu yang mengandungi bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut! Maka doktor Amerika tadi bertanya,apa buktinya di dalam Al-Quran,maka ulama Mesir memberitahu bahawa bahagian untuk anak lelaki adalah 2 kali ganda dari anak perempuan,begitu jugalah dlam soal pembahagian harta pusaka. Jadi,oleh kerana itu adalah hukum Allah,susu ibu juga merupakan harta,maka untuk anak lelaki,adalah bahagian,berbanding untuk anak perempuan! Segalanya telah tersurat di dalam Al-Quran Karim... Wallahualam.. -Chugie-

No comments:

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates