Tuesday, July 21, 2009

Gambar Fatin sebelum dan selepas di botak kan

July 21, 2009 3 Comments
Antara gambar2 cute fatin yang aku ambil sebelum dan selepas dia di botak kan..





Comment dari aku :-


- Gambar masa ada rambut nampak dia lebih besar, dan tak nampak macam baby umur 2 bulan.


- Gambar selepas di botakkan, baru nampak rupa baby 2 bulan hehehe..





Apa pun, ummi tetap admire kedua2nye sekali..nampak cumelz dan kemas je. Cayang anak ummi..mmuuahhh!!




Gambar sebelum di botak kan

gambar selepas di botakkan



gambar aku ngan anakku.... enterprem sket huhuh...

Monday, July 20, 2009

Majlis aqiqah + Cukur Jambul Fatin

July 20, 2009 3 Comments
Salam..

Sabtu lepas kami buat majlis aqiqah + cukur jambul fatin. Sepatutnye majlis ni diadakan pada minggu lepas 11/07/2009, yang mana genap usia fatin 2 bulan masa tu, tapi memandangkan atas hal2 yang tak dapat di elakkan, majlis ni di tunda ke sabtu lepas 18/7/2009. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, begitu juga dengan puteri kami yang memang mood dia agak baik malam tu. Masa sedang cukur jambul pun dia tido lena sangat, sampai orang gunting rambut dia masa majlis sedang di jalankan pun dia langsung tak sedar, agaknya sedap sangat dengar alunan marhaban dan selawat kot. Jemputan yang datang pun memang ramai, rasa macam kenduri kawin pun ada. Bawah ni antara gambar yang sempat aku ambil masa majlis tu berlangsung.

tengok tu.. fatin tetap lena walaupun rambut dia sedang di gunting, memang tak sedar langsung.

Mak mertua aku pun tak ketinggalan untuk menggunting rambut fatin, berserta iringan doa dia untuk cucu sulongnye.
Fatin yang masih lagi lena, walaupun rambut dah habis lencun masa sesi cukur jambul tu diadakan.

Keesokan harinya baru kami cukur kepala fatin, sebab malam tu dah lewat sangat dan kami semua dah kepenatan.

Thursday, July 16, 2009

Saya Sedang sakit gigi

July 16, 2009 5 Comments
Aduh..syakitnye gigi syaya..

Aku sedang mengalami sakit gigi yang amat teruk, gigi bongsu yang terletak di hujung rahang sebelah bawah ni memang dah banyak kali sakit. Gigi ni tumbuh sekejap2 di susuli dengan rasa sakit yang amat sangat, lepastu die ok. Bila gigi tu nak naik (tumbuh) lagi, sakit tu akan datang balik, gusi pula akan membengkak dan buat aku rasa sakit yang amat sangat. Bila dah sakit, nak makan pun memang lah teramat susahnya. Arghh..tak dapat nak di ceritakan dan di gambarkan betapa sakitnye gigi ni. Dah masuk 2 minggu dah aku sakit gigi, sampai ke hari ni masih juga tak baik2. Hari tu aku dah pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan, bila doktor periksa, katanya gigi ni tak tumbuh dengan betul dan ruang untuk dia tumbuh sempit. Jadi untuk solve kan masalah ni, doktor sarankan aku supaya buang je gigi yang sakit ni. Aku pun apa lagi, terkujat gak sekejap sebab aku memang teramat lah fobia nya bila dengar bab2 nak cabut gigi ni. Secara jujurnya aku mengaku yang aku ni penakut yang amat bila nak cabut gigi, dari kecil sampai lah dah beso gajah ni, fobia tetap ada bila dengar nak kena cabut gigi. Selain tu, doktor ada terangkan, gigi yang sakit ni hanya akan di cabut bila aku dah tak ada rasa sakit. Dan lagi satu bila gigi bawah di cabut, gigi atas juga harus di cabut supaya bila aku menguyah tak ada lah rasa sakit. Bila dengar penerangan yang aku kena buat 2 cabutan gigi, lagi lah buat aku rasa teramat terkujatnye huhuhu.. tak sanggup den. Dalam hati dah penuh dengan gundah gulana nya, yelah nak kena cabut 2 gigi lah katakan, jadi untuk sedap kan hati, aku set je lah appoinment dengan doktor minggu depan, untuk cabut gigi bawah ni walaupun dalam hati belum ada keputusan samada nak cabut atau tak. Sebelum cabutan dijalankan, doktor bekalkan aku ubat tahan sakit dan antibiotik untuk kurangkan rasa sakit yang aku rasa ni.

Aku cuba dapatkan beberapa pandangan dari orang tentang nak cabut gigi bongsu ni, dan byk gak lah pendapat yang dorang bagi. Ada yang kata tak payah cabut sebab gigi ni bukan nye rosak, dan kalau cabut, akan rasa sakit yang sangat2 lepas cabut walaupun dah di beri ubat tahan sakit. Lagi satu, gigi yang di cabut tu mungkin akan effect pada saraf kita, dan macam2 lagi lah pendapat. Ada juga pendapat yang suruh aku cabut gigi ni, sebab gigi ni tak ada fungsinya, dan walaupun lepas cabut kita akan terasa sakit, tapi sakit yang akan aku alami hanya sekali, lepas tu aku tak akan rasa sakit lagi. emm..pening gak nak buat keputusan memandangkan aku ni memang penakut nak cabut gigi, kalu gigi tu patah atau rosak, mungkin aku boleh consider lagi. Tapi ni gigi yang dah tumbuh separuh, dan masih lagi dalam proses nak tumbuh, dan kalau di cabut mesti akan buat seluruh urat saraf aku terasa tegang dan sakit.

Sunday, July 12, 2009

Fatin dah 2 bulan..

July 12, 2009 8 Comments
Salam..

Semalam 11/07/2009 genap usia fatin 2 bulan, macam biasa lah sure dia akan meragam bila masuk bulan baru. Memandangkan aku bekerja setengah hari semalam, jadi fatin di jaga oleh ayahnya. Hubby pula bawa fatin ke rumah wan nya di kayu ara, nth kenapa pagi2 lagi die dah bangun, seakan faham yang dia akan di bawa ke rumah nendanye. Lepas je azan subuh, fatin dah tak nak lelap kan mata, biasanye masa2 begini fatin akan sambung tido, penat lah aku tepuk2 die supaya tido, tapi tetap tak nak lelapkan mata. Sampai lah aku bersiap untuk ke office, die tetap tak mahu tido. Lepas hubby hantar aku ke pejabat, die terus ke rumah mertua aku. Mulanya fatin ok je, tak de sebarang ragam. Bila sampai waktu nak di mandikan, die dah mula melalak tak henti2. Sampai susu pun tak di minumnye.

Habis je waktu kerja, aku terus rushing balik ke rumah untuk tengok fatin. Selamat lah aku bekerja setengah hari je, kalu tidak.. memang aku ambil cuti je lah jawabnye. Sampai je di rumah, aku tengok die sedang lena tidur dalam buaian, mungkin keletihan menangis pagi tadi. Bila aku bagi salam, terus die bangun dan merengek. Sedihnye aku tengok die.. terus aku sua kan susu badan pada die. Bila dah dpt susu bdn, baru die sambung tido balik. Mungkin lapar sangat sebab dari pagi tak dapat minum susu secukupnye. aduhai anak ku.. bermacam lah ragamnye..

Petangnya, kami ke rumah Zora, kawan baik aku masa sekolah dulu. Sampai sekarang kami masih berkawan rapat. Makcik ni bz sangat, so terpaksa lah aku yang pergi menjenguk die ke rumah barunye.. Sempat lah kami berbual panjang, siap makan2 bagai. Time kasih to untie zora sebab sudi layan kami yg datang bertandang tiba2 ni heheh..

Bawah ni gambar2 fatin yang aku ambil masa di rumah untie zora nye..



Muka2 fatin yang di ambil secara candid

Thursday, July 9, 2009

Habis sudah cutiku..

July 09, 2009 8 Comments
Salam..

Akhirnye, habis sudah cuti berpantang selama 60 hari aku. Esok aku akan kembali bekerja semula. Sebelum ni rasa tak sabar nak habiskan pantang dan rindu pada kerja, tapi sekarang ni perasaan malas nak mula kerja tu makin menebal. Lebih2 lagi kena tinggalkan si kecik kat orang.. alahai, rindu lah aku pada die nanti. Bila dah abis pantang 44 hari, rasa cepat sangat masa berlalu. Rasanye belum puas lagi aku menghabiskan masa dengan si kecik, fatin. Sedih pun ada mengenangkan anak yang akan di tinggalkan pada pengasuh tanpa aku disisi, selamat lah tinggal sekejap je, sementara aku bekerja siang hari, kalau lah kena tinggal lama macam setengah2 orang tu, alamatnye aku nangis lah jawabnye sebab rindukan babyku.

Sebagai persediaan untuk mula bekerja dan fatin akan di jaga di rumah penjaganya, aku telah pun mula mengajar fatin untuk menyusu botol, tapi dalam pada aku mengajar die, aku tetap beri susu badan supaya die tak lupa rasa susu badan aku dan untuk mengeratkan lagi hubungan kami. Lagi pun susu ibu adalah susu yang paling bagus untuk tumbesaran anak pada peringkat awal ni. Aku pula memang tak boleh kalau fatin tak isap susu badan dalam sehari tu, rasa macam tak lengkap 1 hari tu kalau susu badan tak aku berikan pada die. Pernah satu hari tu fatin langsung tak nak susu badan, aku cuba beri susu botol dan air masak, tapi tetap tak diterimanye. Risau hati aku di buatnye. Setelah mencuba berbagai kaedah, dan usaha untuk ubati fatin, baru lah penyusuan untuk die kembali normal. Tiap masa aku tak pernah berhenti berdoa moga aku akan sentiasa dapat memberi susu badan pada anakku.

Peringkat awal untuk ajar fatin menyusu botol memang agak sukar, mungkin rasa susu yang berbeza dari susu badan aku. Mulanya aku gunekan susu S-26 Gold keluaran Weyth, tapi memang fatin tak sukakan susu ni. Die hanya minum sedikit je, yang selebihnye aku buang. Puaslah aku cuba beri susu S-26 ni selama seminggu, tapi tetap tak diterimanya. Atas nasihat kakak aku supaya mencuba susu BEBELAC, aku pun mula memberi fatin minum susu bebelac ni. Alhamdulillah, memang die dapat terima susu ni. Mula2 aku hanya beri 1oz je, kemudian aku tambah kan ke 2oz, sekarang fatin dah mula belajar untuk minum sebanyak 3oz. Lega rasa hati bila die dah mula nak terima susu formula ni. Kalu tidak susah juga di buatnye, walaupun susu badan tetap aku beri padanya. Harap die dapat minum susu dengan kenyang masa aku tinggal kan di rumah penjaganya nanti.

P/s: rindulah ummi pada baby nanti.. huhuh:((

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates