Thursday, January 14, 2010

Adrini’s 1st Giveaway

January 14, 2010 3 Comments
Salam..

StickyPost!! - scroll down for latest entry!
aku nak try giveaway ni plak.. just kenal2 ngan blog ni..



Hadiah-hadiah di taja oleh :- http://krochetshop.blogspot.com/
memang sangat menarik hadiahnye.. sesuai pada yang ada anak2. Seramai 3 orang pemenang akan dipilih secara rawak.
Tarikh tutup adalah pada 15 Januari 2010
So apa tunggu lagi?? moh join beramai2 sambil berkenalan dengan teman blogger yang lain..

Wednesday, January 13, 2010

Kami ke BAGAN LALANG

January 13, 2010 8 Comments
Salam..

Ini cerita hujung minggu yang lalu ye.. layan je k!

Ok, plan asal kami mulanya nak ke MORIB, memang niat nak bawa fatin main air laut.. memandangkan Incek suami sangat free n mood OK, so aku pun ajak lah die jalan2 ke laut + aku juga invite adik2, ipar dan anak buah ku.. Kami gerak dari rumah pun memang dah agak lewat, kalu x silap lebih kurang jam 11.30 a.m. Perjalanan dari rumah ke Morib memang agak lama lebih kurang 2 jam gak lah sebab konvoi 2 biji kereta, bawak pun ala2 mak minah gitu..

Sampai kat Morib, rupenye tempat tu under construction sebab dorg nak buat Gold Cost resort.. emm kami pun try pegri kat kawasan sebelah yang ada penjaja tu, tapi.. x leh nak main air plak, just tempat nak lepak2 je.. sudahnye kami tukar plan dari Morib ke Bagan Lalang je.. perjalanan ambil masa lebih kurang sejam kot.. kami sampai kat Bagan Lalang pun dalam kul 2++ cam tu.. Sampai je kat sana, masing2 dah pakat lapar.. selamat dah siap2 tapau sandwich+keropok2 dan KFC yang kami beli kat Banting.. dah siap makan bagai, baru lah kami main air + layang2 (beli kat stall2 tepi jalan) ke pantai. Tapi air laut kat bagan lalang ni x secantik air laut kat tioman atau Sabah (heheheheh).. air die kotor lah! tp fatin tetap suke main air tu.. jom layan pics yang aku snap masa picnic tu.

Gambar atas ni masa otw nak masuk ke bagan lalang. Kalau sape2 yang tak pernah datang ke sini mungkin akan rasa dah tersalah jalan sebab laluan masuk dari jalan besar ke pantai bagan lalang ni memang agak jauh dan lengang skit.. kat dalam kawasan tu ada ladang kelapa sawit dan kawasan kampung yang x de lah ramai sangat penduduknye.. rumah pun jarak2. Nak sampai ke pantai, kita akan nampak Hotel sri Malaysia dan tempat latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Sebelum main air, kami makan dulu.. masing2 pun dah kelaparan.. ramai yang datang kat sini rupenye.. mungkin sebab cuaca yang cerah, so dorg ambil peluang ni untuk bawa family berpicnic. Angin kat sini memang best ar.. rs tenang je.. walaupun air laut die warne coklat.. heheh:D

see.. fatin memang sangat suka bila dapat main air.. walaupun air tu x berapa nak cantik heheheh... siap gengam pasir laut masuk mulut, selamat hubby sempat tepis.. kalu tidak......... anak aku kenyang makan pasir laut.


Masa ni dah lepas mandi bagai... dan tengah lepak2 sambil sedut udara dan angin petang kat sana.. memang best lah..

Sebelum balik, kami sempat gak jalan2 sampai hujung.. tak sangka dah maju gak kawasan ni.. dah ada resort, (Gold Cost Sepang) kat sini.. siap ada chalet atas air lg.. memang superb lah.. tempat makan pun memang senang nak dapt kat sini.. Restoran seafood memang jadi keutamaan lah, cuma aku tak tau restoran yang mana lebih sedap. Kalu sebelum ni aku pernah singgah makan kat Restoran senandung malam je.. untuk kali ni, aku x pergi pun pekena seafood kat sini sebab kami bertolak balik awal.. masing2 pun dah penat dan tak sabar nak tengok AJL.

Sekian dulu jalan2 kami di hujung minggu..


Monday, January 11, 2010

Fatin @ 8 monthd old

January 11, 2010 3 Comments
Salam..

Alhamdulillah, now fatin @ 8 month old....!! kejap je mase berlalu, aku rasa macam baru semalam aku abis pantang. Emm dah masuk bulan baru ni, semestinya ada pe'el2 baru die.. Jom layan pics terbaru fatin.. just hot! baru je kuar dr oven heheheheh:D...

Gambar2 di atas ni di ambil pagi td, masa nak hantar fatin ke rumah pengasuhnye.. memang lah cerianye muke die masa aku snap pic ni. Tapi hari ni macam dah de pe'el baru lak, dah nak sampai ke rumah penjaganye, die nangis tak nak duduk kat seat die, nak suh aku yang tengah drive ni riba die.. dah sampai kat rumah penjaga, boleh [lak die tersengih2.. lepas tu bila aku nak gerak masuk kereta, die sibuk nak ikut plak.. selamat x nangis2.. kalu x, payah gak kes ni! sian+ sayu pun ada bila tengok muka die masa tu..

k lah, x nak layan kesayuanku tadi.. skang aku nak story mory a bit about her pe'el!

- Fatin dah start makan nasi + ikan, tp kene yang lembik2 skit..takut nanti anakku sembelit pulaks! bubur nasi die makan gak, tp mcm dah x berapa nak masuk.. but, if no choice, die telan je.. cuma kalau ada variety of meals kat atas meja masa makan tu, memang die tak pandang dah bubur nasi yang ummi die masak tu.. uwaaaaaaaaaaaaa :((

- antara words yang die dah pandai sebut, (walaupun aku x pasti die paham atau x apa yg di sebutnye) - ayah (emm ayah die dah rasa bangga giler sbb bleh sebut word ni), ayayaya, ishkeish, tetete, ente..ente.. kalau nak sapa atau panggil orang, die akan sebut ateh! ateh!..

- Dah pandai goyang2 kan badan bila dengar lagu dan bila kite nyanyi ( yang ni ikut mood die)

- Dah pandai ajak orang main ngn die, kalu die tengok budak2 yang lebih besar dr die, mesti die akan pandang dulu.. pastu die tegur org tu dengan word 'ateh! ateh!', konon2 die panggil org tu lah.. kalu budak tu layan die, memang die gelak sakan lah..

- kalu senyum, dah pandai dan suke angkat idung sekali, macam lucu sangat.

- sedang belajar bertatih, dah pandai nak duduk sendiri, semakin lasak dan semakin panjang akal.

- merangkak x berapa nak pandai, tp ada hati nak terus berdiri sebab dah pandai capai apa je bende tinggi dan cuba berdiri.. bila jatuh, nangis!

- Dalam buai, dah pandai pegang kain dan angkat badan die sampai duduk dalam tu, sangat2 bahaya!

emm tu antara pe'el fatin skang ni.. ada lagi yang lain, tp jenuh lah pulak aku nak cerita dalam ni kan..

so, sempena masuknye bulan ke 8 ni, hope fatin sentiasa sihat, aktif, n ceria je selalu.. sebab ummi sangat risau bila fatin kena sakit ni..

Sunday, January 10, 2010

Cutest Baby of the Planet 2009

January 10, 2010 2 Comments
Salam..

Ini adalah sticky Post ya!
Sila lihat ke bawah untuk latest entry!

Nur Fatin Adlina bt Mohd Fahmi
11/05/2009

Lagi satu contest yang buat aku sangat teruja nak turut serta.. Contest yang di anjurakn oleh MomBloggersPlanet. Untuk teman2 yang mungkin berminat nak turut serta dalam contest ni, boleh lah ke laman web ini ' Cutest Baby of The Planet 2009' ...
Hadiah2 yang memang menarik dan buat aku tertarik untuk sertai contest ini...
So apa lagi kengkawan.. jom join cepat.. due date on 10th January 2010
Hope to be selected as 6 participant
All the best!

Friday, January 8, 2010

eee..sakit mata tul!

January 08, 2010 2 Comments
Salam...

Sakit tak mata tengok permandangan macam ni??? aku yakin..mesti ramai yang pernah lihat tempelan2 ceti haram dan iklan2 haram macam dalam gambar yang tertera ni kn?????


Memang sangat2 menyakit kan mata lah.. ni baru 2 gambar aku ambil.. ada lagi banyak tempat dorang tempek kan iklan2 ni.. eee apa da! habis lah harta awam yang cantik, comel lagi molek jadi bahan dan mangsa tempelan iklan2 ni.. bukan setakat kat 2 tempat ni je tau, kat tiang lampu, telefon awam, bus stand, dan kat depan pintu2 bangunan kedai pun kita boleh lihat iklan2 yang memenuhi ruang.. tak cukup dengan tampal2, dorang ade juga buat banner.. yang ni biasanye kerje ceti haram lah kan.. a.ka. ALONG!
emm..rasanye pihak2 berkuasa tempatan atau pihak2 yang sepatutnye kena ambil langkah untuk banteras kegiatan manusia2 yang mengotorkan dan mencacatkan permandangan mata ni lah.. ke aku patut masuk dalam rancangan yang terbaru keluaran TV3 ni?? - ADUAN RAKYAT-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates