Wednesday, March 24, 2010

Tag dari Imah a.k.a Anak-Anakku

March 24, 2010 4 Comments
Salam..

Tag lagi.. hari ni hari aku menjawab tag ye... korang harus layan tau! kalau x............. x sayang korang! huhuhu..

Imah a.k.a anak-anakku - kawan, teman sahabat yang memang dah lama aku kenal. 1 kampung ngan aku lak tu.. kite kawan kan mah! ahahahahh:))

Jom layan Tag dari minah kecik ni!


Syarat²nyer.....
1stly macam biasalah korang kene copy paste banner kat atas tue. -DONE-
Pastu jawab soalan² nie...

i) Siapakah kawan baik anda
- ko ler.., hahahah n ade lah lagi yang lain.. semua dah tau kot..
ii) Berikan 3 kenangan paling manis dan 3 kenangan paling pahit dalam persahabatan korang
Yang manis - Gembira sama2, Sekolah sama2, Buat 'kerja jahat' sama2..
Yang Pahit - Kena kejar anjing, 2 lagi.. tak de kot. Ade ke ek??? sila beritahu.......
iii) Kalau anda hanya di beri masa 1 minit bersama sahabat anda apakah yang anda inginkan katakan padanya
- Aku akan say' ko akan tetap jadi kawan aku sampai bila2 pun walaupun banyak perkara yang dah berlaku' dan "boleh tak ko belanja aku makan, aku lapar ni!?? ahahahahahahah - jokes!-
iv) Lastly tag kepada 3 orang y anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger.....
emmm nak tag sape ni?? sape yang sudi?? sila tinggal kan komen kat sini.. ye...
tapi hope sangat pengkomen2 seperti, Zella, Fatin, Ezan, Mamaaerish, Nafiraa, Catlina, dbalkis, eh ramainyeeeeeee.. korang sudi lah jawab ye! best jd kawan blogger korang tau!

"HARGAILAH HUBUNGAN PERSAHABATAN ITU SELAGI DIA MASIH ADA"

Tag lagi..kali ni dari Ease Basri, layan je la!

March 24, 2010 6 Comments
Salam..
Ni nak menjawab tag kengkawan blogku.. Harus lah support kawan2 yang bagi tag kan.. lagipun, dorang lah yang selalu datang blog ni untuk baca entry n bagi komen.. toce2..
Kali ni nak menjawab tag dari Ease Basri, kenalan blog yang baru je rapat2 kan silaturrahim..kan ease?? ease memang rajin datang blog aku ni n sudi tinggal komen kat entry2 aku.. Toce ye ease! sayang kamu..
ok, here we go..layanzzzzzzzzzzzzz je!
SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Isteri kepada Suamiku, ibu kepada anakku, adik kepada abangku, kakak kepada adik2ku..
SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Sebenarnye, soalan ni kene tanya ngan rakan aku lah kan, tapi aku masih lagi cuba menjadi seorang Kawan, sahabat dan teman, yang sentiasa ada bila diperlukan.. insyaallah..

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
-Kereta impian
-Rumah Impian
-Percutian
-Dslr
-Laptop sendiri


SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Mohd Fahmi bin Mohd Sazali

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
Ceria, Suka buat lawak, Sporting, Sabar, Paling best sekali die memang pandai jaga anak.
BILA TARIKH COUPLE
12-12-2007 00:00 a.m

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Kene kejar ngan anjing masa buat Kaji selidik untuk kerja sekolah.

LAGU TEMA CINTA ANDA
Cahaya cinta by Siti Nurhaliza.. uhuk! Jiwang tul kn??? Dulu2 je.. skang dah tarak!

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Emm… buat masa ni tak ada lagi..

TAG 10 RAKAN LAIN
Anak-anakku
Barine
Nieda
Pot pet Mek Rose
Nafiraa
Mamaaeris
Fatin
Zella
Zura
Catlina

Tag lagi.. dari mamaaerish pulak!

March 24, 2010 5 Comments
Salam..
yeah..dapat tag lagi, dah lama peram kat dalam word file tu.. baru la ni dapat mengotakan kata yang tak berjanji untuk menjawab tag dari eb aka mamaaerish!
eb, saya just jawab simple n sedaya yang boleh ye.. memerah keringat gak ni nak jawab tag yang sebenarnye mudah dan senang ni ihik..
Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan
1- Digital Slr Camera (nak brand Canon/Nikon)
2- Rumah banglo besar yang lengkap ngan perabot
3- kereta Honda stream yang baru tu
4-Holiday (travel)
5- Pergi ke Mekah..


5 alasan terhadap pilihan tersebut ::
i- Suka snap gambar2 khas tuk tatapan blogku
ii- Keselesaan
iii- Kepuasan
iv- Kegunaan
v- Harus ada

:: 5 impresi terhadap orang yg anda minat ::
i-Senyum
ii- Sengih
iii-jeling2 die
iv- Tenung die
v- Cover2


5 perkara hebat pernah anda lakukansaya hebat dn bersemangat biler
i- Bergelari isteri
ii- Melahirkan anak
iii-Mengetuai mesyuarat
Iv- Handle customer yang marah2
v-pertama kali drive kereta

5 ciptaan yang paling disukai (tak semestinya teknologi)
i-Manusia
ii-Tumbuh-tumbuhan
iii-Bangunan
iv-Haiwan
v-bahasa pertuturan kita


5 perkara yang dibenci ( I say no to this person !)
i-kene marah
ii- kene maki
iii-kene hina
iv-penipu
v-berlagak


5 orang yg hendak anda tag.
i-Ease Basri
ii- Zella
iii- Catlina
iv- Anak-anakku
v-zura
-sape yang kena, sila lah dengan jayanye menjawab tag ni ye..-

Tuesday, March 23, 2010

Akhirnye dapat juga Consent Letterku

March 23, 2010 19 Comments
Salam..

Alhamdulillah, syukur..... akhirnye Consent Letter ( Surat Kebenaran Pindahmilik) yang aku tunggu2 dan buat aku sampai naik geram tu sampai jua ke tanganku. Lepas marah2 n geram2 aritu, lawyer tu cepat2 g amik CL tu.. then ingatkan lepas 2 3 ari sampai lah kat tangan aku. Tapi, de kesilapan kat CL tu pulak.. jadi, kene lah send back to Land Office. Khamis minggu lepas baru dapat yang emmended punye, then lawyer call aku sama ada nak send by courier atau nak ambil by hand. Aku prefer collect sendiri dari nak harapkan lawyer tu hantar.. n jadi mangsanye dah tentulah incek suami ku sayang... heheh..

Sory ye.. tak de gambar untuk CL tu, aku lupe nak snap pic die.. It just a simple letter, mengatakan kebenaran pemindahan hakmilik kepada pemunya baru telah di luluskan.. itu je. Tapi sayang gak x snap pic CL tulah.. atleast bleh buat rujukan tuk yang nak beli umah kan..

Ok, part CL dah selesai.. jadi now part keluaq kan duit dari EPF.. Semalam dah settle submit borang kat EPF.. memang banyak betul dokumen2 yang kene di lampirkan.. and alhamdulillah, everything go smooth.. hope segalanya berjalan lancar lah.. lagi sikit je nak sampai ke penghujungnye, sebelum aku dapat umah tu.

Gambar bawah ni masa tengah isi2 borang KWSP untuk pengeluaran dan sebahagian dari dokumen2 yang kene di lampirkan untuk proses pengeluaran tu..

Banyak betul lah nak kene siapkan.. kalau korang nak tengok CL letter yang x berapa jelas, tuuuu yang kat belah atas, kat bahagian kiri.

Monday, March 22, 2010

Ke Hot Ballon Putrajaya

March 22, 2010 8 Comments
Salam..


Ini adalah ktiviti sabtu kami yang tak dirancang sebenarnye.. Kalau lah tau nak ke putrajaya ni, sure dah rojer2 ngan ezan, n sure jugak bleh jumpa2 ezan n sarah n juga geng2 blogger yang dh rojer2 ngan ezan.. kan ezan kn??


Sehari sebelum tu memang dah propose pada hubby nak pergi ke Putrajaya tengok belon panas ni, tapi hubby kata die kene kerja sabtu n ahad, jadi.. senyap kan diri je ler.. Last2 masa petang hari sabtu tu, hubby sms suh siap2 nak g tengok belon panas.. ape lagi, terus siap2 kan fatin n ajak sekali MIL ikut kami..


Layan picca kami kat sane je lah ek..zasssssssssss!


Masa on the way tu, tiba2 bleh ujan plak... adus! hati dah mula rasa kecewa..ingatkan ujan renyai2 je, tapi lebat lak.. mujurlah sampai kat putrajaya, ujan dah berhenti. Memang rezeki kami nak tengok belon kot, cuma masa kami sampai tu, belon x naik lg.

tapi jalan memang jem tak hingat lah!.. nasib baik adik aku kerja kat putrajaya ni, so kami tanya die jalan alternatif lain nak ke tempat tu. Kalau ikut jalan ni, memang lambat lah kami sampai kat sana.

yang ni masa kat kawasan jambatan yang dekat ngan masjid tu.. di sebabkan kereta dah berderet kat area belon panas tu, makanya kami hanya parking kat area ni je ler.. memang jem sepanjang jalan tu.. nak masuk ke kawasan tu pun memang berasak2 gak, so kami just lepak2 je kat tepi jambatan tu sambil tunggu belon naik.

Dah tunggu dekat setengah jam sambil posing2 bagai kat atas tu, barulah kami dapat tengok belon2 panas naik.. Mula2 nampak 1 je, pastu naik lagi.. n lagi.. rasanye lebih 10 biji belon kot.. walaupun tak dapat tengok dekat, tapi puas hati gak sebab dpt tengok dr jauh. Hajat hati nak naik belon panas tu gak.. tp x pe lah..x de rezeki.. cantik pulak belon ngan spek ni.

yang ni gambar muka singa.. macam2 rupa ade, cuma yang ni je aku dpt tengok..

Dah sampai Putrajaya, haruslah aku enterprem kan diri n posing2 kan..
-posing berlatar belakang kan masjid Putrajaya-

Fatin yang memang seronok sebab dapat layanan sepenuhnya dari wannye.. MIL aku kalau dah jumpa fatin, memang tak kan lepas dah.. cucu kesayangan lah katakan..

Fatin yang tengah ralik tengok air tasik.. kat dalam hati mesti nak mandi tu.. kn fatin?? ummi tau lah..

Fatin pun tengok belon jugak.. best kan fatin tengok belon tu..

Posing ngan hubby... tak do kojo dah ni..

Pas dah puas lepak2 n tengok belon2 yang dah naik tu, kami pun teruskan berjalan ke Alamanda.. dalam perjalanan tu boleh pulak nampak belon panas yang jatuh kat tengah2 jalan.. uiii ape lagi.....satu peluang keemasan ni.. snap2 picca belon!

Memang rezeki kami nak tengok belon panas dengan dekatnye kot.. x dpt tengok kat kawasan die naik, dapat pulak tengok kat kawasan die jatuh.. Mujurlah tak ade sebarang kemalangan jiwa berlaku, kalu idak... siannnnn kedeme..

closeup skit gambar belon yang jatuh tu... sinnye dorang ni. Maybe belon tu rosak kot..


Sekian dulu aktiviti tengok belon panas kami...


Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates