Friday, October 1, 2010

Suram..

October 01, 2010 15 Comments
Salam..

Huhuhu.. apa lah yang suram tu kan?
Sebenarnya mood ku yang sedang suram sekarang ni..
Walaupun di luar nampak ceria, gembira dan tersenyum..
tapi di dalam nye, tetap SURAM..

Kalau keSURAMAN di dalam ni TERbawa ke luar,
Maunye muka dan mata ni basah.. ahaks!

Tapi apakan daya, baik di simpan dan di pendam je..
Alahai lah.. SAYU..

**Ku berdoa di hari jumaat yang mulia ini, Hilangkan lah rasa Suram di hati ini...ameen..**

sekian dulu,
yang suram itu aku.. bukan kamu!
-chugie-

Thursday, September 30, 2010

|| Kenangan || Fatin and ummi punye..

September 30, 2010 14 Comments
Salam..
Sapa tau ape nama bende ni?
Aku memang tak tau..
Cuma panggil gelang pseakit je.. heheheheh.
Ok, tadi godek2 file gambar lama2..
pastu terjumpa plak gambar ni..
Sweet moment masa melahirkan fatin dulu..
Benda ni pun masih lagi aku simpan kat dalam bag..
Sayang betul nak buang..
Gambar ni pulak aku ambil masa dalam pantang dulu..
tapi baru hari ni boleh entry kan..
Sebagai kenangan di hari muka..
Jom layan..


dua gelang..
Fatin punye yang pink, and putih ni ummi punye..
mine..

fatin punye..

kenangan terindah yang tak dapat di lupekan...
bila pegang dan tengok balik benda ni, sure terbayang wajah baby fatin dulu..

k lah..daaaaaaa!
-chugie-



Wednesday, September 29, 2010

Tinggal BE je lepas cash out Nuffnang

September 29, 2010 13 Comments
Salam..

Alhamdulillah, semalam dah cash out kan duit nuffy..
Insyaallah dalam masa sebulan sampai lah ke tangan hamba..
Ihik! gembira plak rasanya..

Yang tinggal dalam nuffy hanya BE je.. ME ku dah selamat di cash out kan.
Jumlahnye tak ada lah banyak mana pun..
Boleh lah buat beli baju 2 3 helai baju.. ekekekekek

Ini 1st time aku cash outkan selama bersetia dengan nuffy ni..
Hope tak ada sebarang masalah lah nanti aminn..


K lah, daaa dulu..
-chugie-

Tuesday, September 28, 2010

Lagi kisah ttg Pemilik kenderaan Sengal..

September 28, 2010 8 Comments
Salam..

Wah, ramai yang beri nasihat dan tak lupe juga beremosi tentang tajuk pg td kan?
Aku lg lah emosi.. geram sangat.. tapi fikirkan aku sedang berbadan dua ni,
tak ada lah aku pergi serang atau marah atau lanyak kereta tu..
aku just duduk kat buaian depan umah sambil tengok2 sapa empunya kenderaan tu.

Bila dah petang dlm 6.30 tu, pemilik pun kuar..
tapi malangnye, tiada langsung perasaan atau ungkapan "MAAF" dari orang tersebut..
Terus je berlalu macam tu saje..
Maka, kesimpulannya.. mungkin PEMILIK BERKENAAN MUNGKIN RABUN..

Ada lagi kisah yang berlaku sebelum2 ni sebenarnye..

FLASHBACK balik ek..

Sebelum ni, ade lah jiran depan umah kami tu buat kenduri kahwin anaknya,
Maka ramai lah yang hadir..
Seperti biasa, ramai juga lah yang tumpang parkir tanpa izin.. (tak pe lah kan.. janji tak kacau org)
Kebetulan waktu tu kawasan umah aku x banyak kereta,
Garaj untuk letak 2 biji kereta kat tepi umah pun kosong lah..
Masa tu dalam jam 12 tengah hari, time ramai dh dtg makan.

So kami ni pun, sefamily nak pergi lah kerumah kenduri tu..
Bila keluar je, Tengok2 dah sesak kawasan rumah kami tu dengan kereta2..
Yang paling mengejutkan, ada pulak yang siap parkir dalam garaj kereta kami tu..
dan yang paling tidak senonohnye,
ada yang telah melanggar tanaman di rumah kami semata2 mahu parkir dengan senang..

Aduhai lah.. masyarakat kita ni dah kurang berfikir ke?
atau dah kurang perasaan atau takut dengan harta benda orang lain ke ek??

Yang paling memalukan, orang yang parkir itu adalah pengantin lelaki dan rombongannya,
masa kami keluar tu, tak sorang pun dari rombongan tu menegur kami,
dan tanpa segan silu berlalu macam tu je..
sedangkan mereka dah buat garaj dan kawasan rumah kami macam tanah dorang.

Malah kami sebagai tuan rumah pulak yang rasa segan dan malu bila tengok keadaan tu..
haish.. macam2 hal.

Nak di jadikan cerita, petang tu lepas habis je kenduri,
dah kecoh2 plak kat garaj kami tu..
ingatkan ape kebendenye..
rupenye kereta pengantin lelaki yang suka2 hati mak bapak die park kat garaj kami tu rosak..
ha... tu lah akibatnye orang sombong dan sesuke hati je masuk ke kawasan orang.. hehehh:D
**Daulat tu** kan??

sekian dulu kisah Pemilik kenderaan yang sengal..

*** kesimpulannya: ramai sebenarnye manusia yang suka ambil jalan mudah untuk kepentingan diri sendiri, tanpa memikirkan hak orang lain.

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dulu ek!
-chugie-

Pemilik kenderaan yang SENGAL!!

September 28, 2010 14 Comments
Salam..
Tajuk agak Sengal pagi2 ni..
Ni ha, aku nak cerita kisah di petang hari ahad lepas..
Tentang seorang hamba allah a.k.a pemilik kenderaan Perodua Myvi berwarna silver,
yang aku rasakan manusia ni punya otak yang kurang berfikir, sengal dan mungkin juga tak ada otak!! (ayat geram ni)
Petang tu ada jamuan hari raya kat surau depan umahku itu,
makanya, ramai lah penduduk kg yang datang..
tapi parking tak ada lah sesak pun.. sebab rata2 mereka ni jalan kaki je.
Tapi yang membangkitkan kemaharan dan kegeraman kami ni,
ada pulak PEMILIK KENDERAAN YANG SENGAL atau tak ada otak ni,
telah meletakkan kenderaannya betul2 kat jalan masuk ke kawasan rumah kami.
Pelik bin geram jugak lah tengok kereta tu tiba2 je wujud ngam2 kat pintu masuk umah..
sedangkan dalam kawasan dan luar kawasan umah kami tu masih banyak lagi kawasan yang kosong..
Kebetulan pula, adik iparku keluar, dan kami ada tetamu yang nak dtg kerumah.
Maka, bila mereka ni balik dan datang, terpaksa lah mereka parkir kereta di luar kawasan rumah,
sebab jalan dah di blok (NO ENTRY)..
Aduhai lah.. manusia macam ni pun ada kan?
Ni ha, aku sempat lagi ambil gambar kereta yang blok jalan tu.


Sengal betul lah..
Punya banyak kawasan, jalan ke dalam umah aku gak yang die pilih jadi tempat park.
Agaknya dia tak nampak kot kewujudan rumah dan kereta2 yang ada kat kawasan umahku ini..
Close up sket kereta die..
NO Plat kereta: WPN 40XX
haish...
Lama plak tu, dah nak maghrib baru balik..
lepas tu, buat dek je blah dari situ..
SENGAL!!
-Chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates