Thursday, October 11, 2018

Eye Cream Shaklee (Youth Eye Treatment)

October 11, 2018 0 Comments
Eye Cream Shaklee (Youth Eye Treatment)

Assalamualaikum, Hi semua.
Entry kali ni saya nak cerita tentang eye cream dari shaklee ni pula ye. Rasanya, ramai yang ada masalah lingkaran bawah mata ni kan? termasuk lah diri saya sendiri. Cumanya, masalah gelap bawah mata ni dah berkurangan tau. Mungkin sebab saya dah konsisten ambil ESP protein, set Vitamin General dan penggunaan Youth Skin care tu kot. Ok, actually masalah gelap bawah mata ni memang biasa sangat terjadi pada semua orang, terutamanya wanita lah. So, shaklee dah pun bawa masuk Eye Cream yang memang sesuai sangat untuk kita yang memilih skincare dari sumber semulajadi dan tanpa bahan kimia ni. Korang semua wajib dapatkan Krim Mata ni ye. Ala..murah je!

Wednesday, October 10, 2018

Sesi menuntut ilmu shaklee hari ini

October 10, 2018 0 Comments
Alhamdulillah.. hari ni saya berpeluang menuntut ilmu dengan mentor besar kami iaitu Master Tuan Hj Roslan. Tuan Hj ni orang lama dalam biznes shaklee. Dah lebih 20 tahun beliau di dalam biznes ni dan dah bermacam-macam ujian yang dia dah hadapi.
Syukur, hari ni memang hari yang saya tunggu untuk tambah kekurangan ilmu yang sedia ada.
Inshaallah, banyak yang saya perlu baiki dan perlu saya salur pada group saya. Saya yakin, mereka yang ada dalam teamJMS saya akan terus kuat dan bangkit!

Monday, October 8, 2018

Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Petai

October 08, 2018 0 Comments
Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Petai


Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share resepi pula ye..
Resepi yang simple tapi boleh buat kita makan bertambah-tambah.. hihihi.. Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Petai ni memang lauk kegemaran saya, kalau buat pedas-pedas lagi sedap terangkat!. Saya yakin, ramai yang suka dengan menu ni. Sejak musim petai ni, ramai juga sahabat-sahabat di group Masak yang kongsi gambar Menu Sambal Tempoyak ikan bilis ni. Kita yang tengok ni pun tak boleh tahan tau! Apa lagi, cepat-cepat lah cari petai kat kedai.. hihi. Ada ke yang tak tahu cara nak masak Sambal Tempoyak ni? Tak apa, perkara kecik je ni. Jom tengok dan cuba resepi saya  di bawah ni ye.

Sunday, October 7, 2018

Set Bersalin Kurus Cantik Terbaik Shaklee

October 07, 2018 0 Comments

Set Bersalin Kurus Cantik Terbaik Shaklee

Assalamualaikum, Hi Semua.

Lama juga tak bersiaran dalam blog ni. Hari ni saya ada sedikit masa untuk update blog, jadi saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang tempoh hari. Walaupun dah lama habisnya saat berpantang tu, tapi saya nak lah juga simpan saat berpantang dengan menggunakan set Bersalin Kurus Cantik Terbaik Shaklee ni kan? Boleh Jadi rujukan buat diri sendiri kemudian hari dan mungkin juga kawan-kawan yang sedang mencari Set bersalin untuk kegunaan berpantang nanti. Set bersalin yang betul adalah sangat penting buat ibu-ibu yang bakal bersalin. Kalau silap pilih, dah tentulah moment berpantang kita jadi kurang lancar. Silap hari bulan, ibu-ibu tak dapat rehat yang mencukupi dan saat berpantang akan beri rasa stress pada ibu-ibu. 

Saturday, August 11, 2018

10 Pendidikan Bisnes dari Solat

August 11, 2018 0 Comments

10 Pendidikan Bisnes Dari Solat


1. Nak solat, bersihkan diri dan ambil wuduk. Nak buat bisnes, bersihkan hati. Apabila hati kita bersih, kita seronok lihat usahawan lain berjaya. Kita tidak akan menjatuhkan orang lain. Dan, kita juga tidak akan bertepuk tangan apabila bisnes orang lain bungkus.

2. Berjimat ambil wudu, berjimat dalam bisnes. Usah habis modal dengan renda-renda bisnes yang tidak bermanfaat. Ikat perut. Bootstrapping, terutama pada peringkat awal bisnes. Usah beli kereta dan sewa pejabat besar untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

3. Niat solat mesti betul. Niat buat bisnes juga mesti betul. Kalau buat bisnes kerana nak kaya, sampai bila pun kita tak akan puas hati. Buat bisnes kerana kita ingin bawa kebaikan kepada manusia. Apabila orang dapat manfaat dari bisnes kita, kita rasa bahagia.

4. Sewaktu solat, lihat tempat sujud dan sentiasa khusyuk. Dalam bisnes, mesti fokus. Banyak bisnes bungkus bukan kerana usahawan tak ada idea, tetapi kerana dia ada terlalu banyak idea. Semua benda nak buat, akhirnya semua benda dia tak buat.

5. Solat Subuh bermula awal pagi. Selepas solat, muka cari rezeki. Usah buang masa. Elakkan lepak dan sembang kosong. Apatah lagi, sembang kencang. Pastikan setiap hari kita menjadi produktif.

6. Solat berjemaah dapat 27 kali pahala. Dalam bisnes, cari partner. Berkolaborasi dengan usahawan lain. Usah berjalan seorang diri. Saling bantu-membantu. Apabila kita bergerak secara berjemaah, lebih mudah untuk pergi jauh dalam bisnes. Kambung seekor senang dimakan serigala.

7. Dalam solat tak boleh bercakap kecuali membaca ayat-ayat al-Quran dan yang baik-baik. Dalam bisnes, bercakap baik-baik mengenai usahawa lain. Usah mengumpat bisnes orang. Orang lain bodoh, bukan bererti kita pandai. Orang lain gagal, belum tetu kita berjaya.


8. Sewaktu solat kita meminta kepada Allah swt. Dalam bisnes juga kita bergantung harap kepada Allah swt. Apabila rezeki lambat datang, berprasangka baik dengan Allah swt. Usah mengeluh. Yakin Allah swt beri rezeki pada masa yang betul.

9. Syarat sah solat ialah tertib. Apabila buat bisnes, kena ada SOP dan prosedur. Usah main langgar saja. Dokumenkan proses. Dokumenkan keputusan. Usah cakap-cakap saja.

10. Selain solat wajib, buat solat sunat. Dalam bisnes, buat CSR. Selain zakat, infaq. Derma. Buat amalan "sunat" dalam bisnes. Selain untung di dunia, cari juga untuk di akhirat.

KREDIT: MYNOBISHA.COM

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates