Tuesday, October 28, 2008

Check Up kat Klinik Kerajaan @ Swasta

Salam..

Arini untuk pertama kalinye aku g buat check up kat klinik kerajaan. Sebelum2 ni aku buat check up kat klinik swasta je. So arini, awal2 pagi lagi aku dah kuar umah untuk ke klinik tu, sebab klinik pun buka kul 8.00 pagi. Actually x lah jauh pun, dekat je ngan umah, x sampai 10 minit dah sampai kat klinik n orang pun x ramai lagi mase aku sampai tu.

Sebenarnye bukan nk cerita aku g klinik arini, tapi nk minta pendapat dari kengkawan yang penah ngandung.. walaupun dah tanya banyak pihak gak, tp still confius lg sbb banyak tul percanggahan. Almaklum lah..aku ni ngandung anak pertama, banyak bende yg x tau, n bile dah bertanye tu, banyak pulak pendapat2 dan saranan2 yang bercanggah n berbeza.

So seperti yang sedia maklum, rasenye pemeriksaan untuk ibu mengandung ni same je kat mane2 pun, sameada di klinik kerajaan mahupun di klinik swasta. Tapi ade segelintir pendapat dari kawan2 yang suruh aku buat jugak check up kat klinik kerajaan, alasanye kalu sebarang komplikasi pada ibu atau kandungan nanti senang nk refer ke hospital. Dan ade pulak pendapat yang kate, x payah pegi klinik kerajaan pun xpe gak, asalkan kite dah ade buku rekod pemeriksaan yang di buat setiap bulan n setiap temujanji tu pun dah cukup. So bagi aku yg masih x de pengalaman dengan bende2 camgini, tertanye2 n musykil gak, patut ke aku pegi ke kedua2 klinik atau aku kne tumpukan pada satu klinik je? iaitu klinik swasta, memandangkan aku akan bersalin di klinik swasta. Fening lah..

7 comments:

DYLA said...

kalau klinik swasta biasa, yg cek smua tu, aku tak galakan. kalau klinik khas maternity lebih ok.

tpi aku syorkan gi je klinik gomen tu.. coz dia ikut step by step. cume kene tggu lama sket.sbbnya klinik gomen skang dah bagus dah. mcm2 dorang buat. then seandainya kite ada prob, dia terus rujuk ke pakar hosp besar. itu kelebihannya.

pastu kalau dah ada kad merah tu, takde hal nak bersalin mana2 pun. kat swasta pun leh rujuk kad merah tue...

kalau hosp kerajaan yg terdekat dgn ko, hospital mana?

Unknown said...

::deyl::
Aku memang pegi klinik khas untuk ibu mengandung. Dan aku pun rase g klinik gomen ni lebih terperinci skit check up nye. Murah pun murah. Beza ngan klinik swasta ni dorang lebih pd scan n service. Hospital yg terdekat kat tpt aku, Hospital Sungai buloh. Tapi aku rase kat hospital tu hubby x leh tengok mase wife bersalin. Kawan aku pun de gak bersalin kat sane, n hubby die x leh tgok die bersalin. Thats y utk 1st baby ni aku nk bersalin kat klinik swasta. Ko dlu bersalin kat spital ke kat swasta?

fuadnis said...

chugie,
aku sama spendapat dgn dell..better ko g cek kt klinik krajaan gak walaupun ko sememangnye nk bsalin kt swasta..senang if anything happen..lagipun ni kan pgalaman ko yg pertama mengandungkan anak sulung..jadik tak rugi ko kutip pengalaman ni..abadikanlah peluang ni sebaiknye seumur hidup walaupun lepas ni ko akan mengandung lagik tapi tak sama dgn yg pertama..syok oo dpt cek dua2 klinik..dan sekurang2nye ko akan sentiasa tahu pkembangan diri n baby ko..

DYLA said...

suzi,
aku yg inas bersalin kat swasta. sbbnya hospital gomen yg terdekat sibuk giler. kebetulan plak, awal2 pregnant ari tu aku ada masalah. dah cek kat swasta terus bersalin kat sana.

bgusnya bersalin kat swasta, hubby leh la tggu. tpi kalau nak ikut facilities, hosp kerajaan skang tak kurang hebatnya.

Unknown said...

::Anis::
Tul gak tu.. experience make us perfect hehe.. bagus nasihat n idea ko tu.

::deyll::
Memang x dinafikan sekarang ni hospital mmg dh upgrade peralatan die, but still crowded. Aku pn de sorang kawan yg tengah dalam bilik operation sekarang ni tengah bertarung nyawa untuk bersalin. Tengok dr pengalaman die, yang dh ulang alik ke hospital dr hari khamis aritu, buat aku x bape confident ngn hospital gomen, walaupun bukan lah sume hospital mcm tu. Sian tgok die.. hope die n baby selamat insyallah..

fuadnis said...

chugie,
amacam kawan ko tu?dah bsalin ke belum??..dok kt bilik operation nape?nk kene cezer ke?ade komplikasi ape2 ke?sowey banyak tanya..aku plak risau bila dengar..

Unknown said...

::anis::

Nis, kawan aku tu baru je selamat melahirkan tgh ari ni. Die kene operation arini. Rasenye de komplikasi nk bersalin normal sbb dr ari khamis aritu die rs sakit n kuar darah, baru semalam bukak 4cm je. So arini doc buat cara operation sbb baby dh termakan taik dlm perut ibu.. so better kuar kn dgn cara tu. Dengar org kate, kalu kat swasta dh kene induce rasenye, sbb nk pakse baby kuar. Tp yg buat aku rs perit tgok die tu, bile die kate rs sakit n kuar darah tu.. eee.. seriau ler. Tp lain orang, lain nasib die kan? pe pun.. aku x takut atau GENTAR.. Hheheh..tp makin rs bersamangat lg.

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates