Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Syukur..syukur.. Allah dah beri banyak nikmat pada kami sejak kami bertapak dalam dunia perniagaan shaklee. Tak tahu dah nak ungkap kan rasa syukur tu dengan kata2..
Setahun bershaklee, kami suami isteri dapat tiket melancong ke London & Paris.
Tahun Kedua, Kami dapat 4 tiket melancong ke US & San Fransisco, Tiket2 tu saya hadiahkan buat kedua ibu bapa mertua, suami dan anak sulong saya.
Tahun Ketiga, Kami dapat 3 tiket melancong ke Italy pula. In shaa allah, kami akan bertolak pada bulan November 2015 ni.
Sejujurnya, saya tak pernah terfikir yang saya akan dapat merasa pelancongan percuma tajaan orang ni. lebih2 lagi di taja oleh MAJIKAN biznes shaklee kami ni.
Dulu masa kerja di perodua dealer, 13 tahun saya kerja, dapat lah sekali melancong ke bangkok dan sekali tu melancong ke langkawi. bayang kan, 13 tahun kerja, tahun ke 12 tu baru dapat rasa melancong free dari company..
Tapi, berbeza sangat berniaga produk shaklee ni. tahun pertama join, kami dah dapat melancong keluar negara. terasa bagai bermimpi tau.. tak pernah ada dalam kepala otak saya ni yang kami suami isteri dapat ke eropah nun.. seriously, semua yang kami dapat ni buat kami berdua menitiskan air mata. sungguh, Allah maha mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. kalau dulu, kami sendiri tak pernah nak bermimpi untuk jejakkan kaki ke negara orang, tapi Kuasa Allah kan.. tak siapa pun yang boleh sangkal. dia lebih mengetahui apa yang nak di berikan pada hambanya..
Kerana ini lah, kami masih bersama shaklee, kami nak bantu lebih ramai ahli kami yang benar2 fokus dan komited berbiznes untuk merasai tiket melancong percuma yang shaklee beri ni. Ianya bukan omongan kosong pihak shaklee tapi benar2 dapat jika kita usahakan sekuatnya.
Dalam Gembira, ada sedihnya.. sedih sebab tahun ni saya belum berjaya bawa anak didik shaklee untuk sama2 ke luar negara merasai trip percuma ni. Saya tetap berusaha dan sentiasa berdoa, mudah2an akan ada anak shaklee saya yang dapat trip ke shaklee tahun hadapan.
Last but not least, sentiasa pegang prinsip bekerja dan beringat, rezeki itu tak akan pernah salah alamat. kadang2 kita dapat cepat, kadang2 kita dapat lambat. ada masa kita dapat banyak dan ada masa kita dapat sikit. Semuanya dah Allah tetapkan. Apa yang kita perlu buat adalah teruskan je berusaha. teruskan meminta dalam doa. Teruskan lah bekerja tanpa lelah.. Yakini Rezeki Allah untuk kita.
Doakan kami berjaya dunia akhirat ye.
Salam sayang,
Suzie Maswar
Pengedar Produk Shaklee dan Barang penyusuan MumNbaby
FB Eizmierah Mumnbabyshop
012.3814786
1 comment:
Tahniah master suzie! Tak sangka haritu rupanya saya pos barang di tempat awak kat paya jaras! teringat kita kenal kerana unimom mezzo :)
Post a Comment