Showing posts with label Italy. Show all posts
Showing posts with label Italy. Show all posts

Friday, October 9, 2015

Benvenuto ke Italy!!

October 09, 2015 0 Comments
AlhamdulillaH...

Surat dari shaklee untuk trip PERCUMA kami ke Italy dah pun di terima melalui penghantaran email semalam.

In shaa allah, kami akan berangkat ke Italy dan menikmati percutian tajaan sepenuhnya dari shaklee ini pada pertengahan bulan November nanti.

Rasa macam bermimpi ja. Kali ni saya bakal ke Italy tanpa perlu mengeluarkan apa2 bayaran dan wang ringgit.

Best nya lah shaklee ni.
Sambil menjual, dapat pula bonus. sambil dapat bonus, dapat pula keuntungan2 lain dari meraka.
Alhamdulillah, segalanya berkat kekuatan semangat dan kerja keras dalam biznes shaklee ni.

Saya yakin dan sentiasa berharap, anak2 didik shaklee saya juga dapat rasa trip ke luar negara tajaan shaklee ni secara percuma akan datang.


Buat seluruh Shaklee Independent Distributor yang sedang, masih berniaga produk shaklee, saya sarankan anda teruskan lah usaha dan kejar impian serta cita2 yang anda inginkan dalam shaklee. Segala yang shaklee beri kan dan tawarkan bukan lah sekadar rekaan semata. ianya adalah benar dan ia mampu di miliki buat anda yang terus berusaha untuk maju dan berjaya dengan biznes shaklee ini.

Ingat lah, Tiada kesusahan sebelum kesenangan. Tiada kepayahan sebelum kemudahan. Tiada kegagalan sebelum Kejayaan.
Jika anda pernah rasa jatuh, bangkitlah.. bukan terus jatuh dan koma.

Perjuangan belum berakhir selagi anda tidak mengecapi impian yang di idamkan.

Selamat berjuang SID!

Jumpa anda di puncak Master Coordinator!

Suzie Eizmierah
IG @ vitaminshopsgbuloh
012.3814786

Thursday, August 27, 2015

Ke ITALY pula kita nanti..

August 27, 2015 1 Comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Syukur..syukur.. Allah dah beri banyak nikmat pada kami sejak kami bertapak dalam dunia perniagaan shaklee. Tak tahu dah nak ungkap kan rasa syukur tu dengan kata2..

Setahun bershaklee, kami suami isteri dapat tiket melancong ke London & Paris.

Tahun Kedua, Kami dapat 4 tiket melancong ke US & San Fransisco, Tiket2 tu saya hadiahkan buat kedua ibu bapa mertua, suami dan anak sulong saya.

Tahun Ketiga, Kami dapat 3 tiket melancong ke Italy pula. In shaa allah, kami akan bertolak pada bulan November 2015 ni.

Sejujurnya, saya tak pernah terfikir yang saya akan dapat merasa pelancongan percuma tajaan orang ni. lebih2 lagi di taja oleh MAJIKAN biznes shaklee kami ni.

Dulu masa kerja di perodua dealer, 13 tahun saya kerja, dapat lah sekali melancong ke bangkok dan sekali tu melancong ke langkawi. bayang kan, 13 tahun kerja, tahun ke 12 tu baru dapat rasa melancong free dari company..

Tapi,  berbeza sangat berniaga produk shaklee ni. tahun pertama join, kami dah dapat melancong keluar negara. terasa bagai bermimpi tau.. tak pernah ada dalam kepala otak saya ni yang kami suami isteri dapat ke eropah nun.. seriously, semua yang kami dapat ni buat kami berdua menitiskan air mata. sungguh, Allah maha mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. kalau dulu, kami sendiri tak pernah nak bermimpi untuk jejakkan kaki ke negara orang, tapi Kuasa Allah kan.. tak siapa pun yang boleh sangkal. dia lebih mengetahui apa yang nak di berikan pada hambanya..

Kerana ini lah, kami masih bersama shaklee, kami nak bantu lebih ramai ahli kami yang benar2 fokus dan komited berbiznes untuk merasai tiket melancong percuma yang shaklee beri ni. Ianya bukan omongan kosong pihak shaklee tapi benar2 dapat jika kita usahakan sekuatnya.




Ni Message yang kami terima dari management shaklee untuk travel free yang kami dapat tu. Kami akan berangkat pada 20 November nanti menaiki Emirates Airline.

Dalam Gembira, ada sedihnya.. sedih sebab tahun ni saya belum berjaya bawa anak didik shaklee untuk sama2 ke luar negara merasai trip percuma ni. Saya tetap berusaha dan sentiasa berdoa, mudah2an akan ada anak shaklee saya yang dapat trip ke shaklee tahun hadapan.

Last but not least, sentiasa pegang prinsip bekerja dan beringat, rezeki itu tak akan pernah salah alamat. kadang2 kita dapat cepat, kadang2 kita dapat lambat. ada masa kita dapat banyak dan ada masa kita dapat sikit. Semuanya dah Allah tetapkan. Apa yang kita perlu buat adalah teruskan je berusaha. teruskan meminta dalam doa. Teruskan lah bekerja tanpa lelah.. Yakini Rezeki Allah untuk kita.

Doakan kami berjaya dunia akhirat ye.


Salam sayang,

Suzie Maswar
Pengedar Produk Shaklee dan Barang penyusuan MumNbaby
FB Eizmierah Mumnbabyshop
012.3814786

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates