Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

Q & A tentang B Complex Shaklee

January 11, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua.. 

Lamanya dah tak bersiaran. sibuk mengalahkan Menteri gamaknya...

Ok, nak bercerita skit tentang Bcomplex Shaklee ni. 
Untuk makluman semua, Bcomplex adalah vitamin larut air. Bermakna ianya tidk disimpan dalam badan. Jika berlebihan ianya akan dikeluarkan melalui air kencing. Tetapi jika kurang, kita akan mengalami kesan akibat dari kekurangan Bcomplex terutama masalah saraf dan metabolisme badan. Disebabkan ia tidak disimpan di dalam badan maka kita memerlukan Bcomplex setiap hari tidak kira lelaki mahupun wanita.



Ada Macam2 brand Bcomplex ni, dan dah tentulah korang memang mudah sangat nak jumpa Bcomplex. Tapi, B complex brand Shaklee lain dari yang lain tau. Korang perlu tahu, kelebihan Bcomplex Brand Shaklee ni.

Saya akan ulas skit soalan2 paling banyak orang tanya mengenai Bcomplex shaklee ni.

Here we go....!

1. Apakah kandungan Bcomplex shaklee? 

B Complex Shaklee menawarkan kesemua 8 jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*
2. Apa kelebihan dan kebaikan Bcomplex shaklee?
Ada banyak kelebihan dan kebaikan Bcomplex Shaklee. Boleh dikatakan 1001 fungsi yang bermanfaat. Dirngkaskan, Bcomplex membantu untuk fungsi normal saraf (sakit-sakit urat dan rasa menyucuk tu sesuai lah), untuk metabolisme badan dan memberi tenaga, cegah anemia dengan membantu penghasilan sel darah merah, galkkan perkembangan sel yang sihat, memberi ketenangan dan elak stress, kuatkan antibodi badan, membantu pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat, membantu sintesis DNA dan sel-sel badan. 

3. Tahan berapa lama Bcomplex shaklee
Satu botol Bcomplex Shaklee mengandungi sebanyak 120 biji. Hanya 1 biji sehari dan ia tahan selama 4 bulan

4. Bagaimana cara makan Bcomplex shaklee
Bcomplex perlu dimakan 1 biji selepas makan pagi. Bcomplex adalah vitamin untuk meningkatkan tenaga jadi saranan pengambilan di waktu pagi amat digalakkan berbanding waktu-waktu lain. 

5. Adakah makan Bcomplex Shaklee boleh menyebabkan kegemukan?
Tidak benar. Yang sebenarnya fungsi Bcomplex adalah memetabolismekan karbohidrat, protin dan lemak kepada makanan. Makanan akan ditukarkan kepada tenaga. Jadi sebab itu mungkin pengguna cepat berasa lapar dan ada keinginan untuk makan. Sebenarnya bila rasa lapar, dinasihatkan untuk minum air bukan dengan makanan berat. Jika ingin makan, pilih snek ringan yang berkhasiat atau makan buah-buahan. 

6. Kenapa warna urin sangat kuning selepas pengambilan Bcomplex Shaklee?
Warna kuning pada urin setelah pengambilan Bcomplex adalah perkara yang normal. Ianya disebabkan oleh kandungan riboflavin (Vitamin B2) yang menghasilkan warna kuning. Pastikan minum air yang mencukupi (tidak kurang dari 2 liter) dan warna urin akan kembali normal. 

7. Berapa harga Bcomplex shaklee
1 botol Bcomplex hanya berharga RM53. Hanya RM13.25 sebulan. Berbaloi untuk kesihatan kelseuruhan tubuh badan berbanding kos rawatan jika ditimpa sakit. 

8. Siapa yang sesuai ambil Bcomplex Shaklee? 
Semua golongan bermula dari umur 18 tahun ke atas sesuai mengambil Bcomplex Shaklee. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Mereka yang mengalami stress, keletihan dan beban kerja yang menekan juga digalakkan mengambil Bcomplex. Tidak lupa untuk mereka yang menjaga kecantikan wajah dan kulit terutama mereka yang mengalami tona kulit yang tidak sekata kerana Bcomplex membantu menggalakkan peredaran darah yang baik. 

9. Ibu hamil sesuai tak ambil Bcomplex shaklee? 
Ibu hamil juga amat digalakkan untuk mengmabil Bcomplex kerana Bcomplex juga mengandungi asid folik. 
Asdi folik yang bagus adalah apabila ianya hadir bersama dengan vitamin B bukan semata-mata asid folic.

10. Ada tak testimoni keberkesanan Bcomplex Shaklee?
Berikut adalah antara komen mereka yang mengamalkan Bcomplex..ada banyak algi testimoni-testimoni hot yang mengambil vitamin lain bersama bcomplex. 

Nak tahu tak? :--->> Bcomplex sangat bagus untuk mereka yang mengalami migrain / Sakit kepala.

Ini Antara Kelebihan B complex shaklee mengikut kategori.

di bawah ni adalah antara Testimoni dari customer yang dah pun makan Bcomplex shaklee..






Bcomplex ni sangat best tau untuk korang yang selalu stressss dan nak control emosi tu. Terutama Mak2 ni.. biasalahkan, kalau dah jadi mak2 ni, tak kerja ke, kerje ke.. same je.. kalau suri rumah tu, part stress nya lain pulak. so masalah stress ni memang sangat berkait dengan kita. so, wajibkan diri korang tu untuk beli sebotol B complex ni.

Macam mana nak beli Bcomplex or mana2 produk shaklee?
Boleh lah hubungi saya terus ke : 012.3814786 (Suzie). nak sms/call / whatsapp pun boleh..

COD area : Sekitar Sg Buloh, Merbau Sempak, Paya Jaras, Kuang, Sri kundang, Kota Damansara, Damansara dan Sri Damansara.
Jom Follow Instagram saya di vitaminshopsgbuloh atau Page saya : Vitaminshopsgbuloh 


Sekian dulu.. 
next entri kita cerita pasal vitamin lain pulak ye.. :D


Suzie Maswar
iezmierah
@vitaminshopsgbuloh
Pengedar Sah Shaklee Sungai Buloh



Tuesday, February 3, 2015

Migrain dan Suplimen Shaklee yang di cadangkan

February 03, 2015 0 Comments

Assalamualaikum


sedikit perkongsian tentang migrain dari saya..



Saya merupakan salah seorang yang sering mengalami masalah sakit kepala dan migrain.
Biasanya kalau stress, tak makan seharian, kurang minum air masak atau kerja yang terlampau banyak dan menyesak kan kepala, memang akan dapat serangan migrain Ni.

Migrain ni lebih kurang sama dengan sakit kepala, tapi keadaannya lebih teruk dan sakit yang berlarutan jika tak di atasi dengan makan ubat or 'painkiller'.

Tapi, sejak saya mula kenali lebih dalam lagi tentang vitamin shaklee, dan telah mengamalkannya, Alhamdullillah saya dah jarang sangat kena migrain atau sakit kepala yang teruk.


APA PUNCA MIGRAIN / SAKIT KEPALA?


DUA VITAMIN BAWAH NI ADALAH VITAMIN YANG SAYA AMALKAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH MIGRAIN YANG SAYA HADAPI.

1) Ostematrix.


Terdiri dari kalsium, magnesium dan vitamin D.

Kalsium yang dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala.

Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine. 

Lagi satu, Ostematrix ni sangat2 bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.


2) B complex -




-> mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.

-> Pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress, strok dan depressi.

-> Juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller semulajadi"


Pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan rehat/tidur yang cukup mampu membantu mengurangkan masalah ini serta pengambilan supplement juga dapat membantu.

**JIKA ANDA TIDAK MINUM SUSU ATAU KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN, KEMUNGKINAN ANDA BERISIKO UNTUK MENDAPAT MIGRAIN ATAU SAKIT KEPALA YANG TINGGI. ***

*DISCLAIMER: PRODUK INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT.

Moga sedikit perkongsian dari saya ni dapat membantu sahabat semua. Jom, kita sihat cergas dengan pemakanan yang sihat, seimbang dan suplimen yang berkualiti dan di sahkan HALAL.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, 
Sila hubungi saya di:
FB Eizmierah Mumnbabyshop
Hp no 012.3814786
Suzie Maswar
SID

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates