Showing posts with label Demam Kuning. Show all posts
Showing posts with label Demam Kuning. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Rawat Demam Kuning (Jaundis)

August 23, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Demam kuning, memang biasa sangat berlaku pada bayi yg baru lahir kn..
Ada yang dah ambil langkah awal semasa mengandung dengan meminum susu kambing.
Ibu mertua saya pun sarankn saya mengambil susu kambing time hujung pregnancy tempoh hari, tapi saya tak sanggup ambil sebab saya memang tak boleh minum susu kambing. Sedang kan susu lembu pun saya tak mampu menelannya, ni kan pulak susu kambing.. memang tidak ler..

Kalau ikut history ank2, memang dua ank sy kena jaundis yang agak lama. Dua2 kena lebih 30hari.. doktor kata, salah satu puncanya adalah di srbabkan beza jenis darah antara mak dan anak. Saya jenis darah A+, dua ank sy yg sulong dan no 2 tu jenis darah O, sebab tu lah kot jaundisnya lama..
Untuk anak yg ketiga ni, alhamdulillah, baby kena juga demam kuning, tapi tak tinggi. Dalam 5hari dah turun dan back to normal.

Cara rawatan demam jaundis yang saya amalkan:
Masa anak pertama dan kedua dulu, memang macam2, cara kami cuba. Dari ubat doktor ke ubat kampung dan sensei cina. Semua kami cuba. Tapi jaundis anak tak turun pun. Cuma yg saya perasan, bila baby dh start kerap menyusu, nampaklah perubahan kuning tu.
Saya yakin, susu ibu memang yang paling terbaik untuk anak.

Jadi, bila ank no 3 ni kena jaundis, saya tak de amalkan petua2 lama tu dah. Saya hanya susukan ank dengan susu badan sahaja. Air masak pun saya tak beri pada anak.
Saya akan pastikan baby minum susu sejam sekali.
Memandangkan anak no 3 ni jenis yang agak susah nak poo poo, jadi saya hanya pantau air kencingnya je. Doktor sendiri ada maklumkan, bayi yang menyusu badan memang normal jarang poo poo, yang penting bayi tu kerap kencing dan kentut.

Alhamdulillah, baby no 3 ni tak kena jaundis yg lama.

Bila orang tanya saya apa petua untuk pulihkan bayi demam kuning, saya akan jawab bagi lah susu ibu.. bagi sekerap yang boleh. Biasanya bayi yg kena jaundis ni memang lebih banyak tidur dari bangun. So, sila lah cuit2 tapak kakinya supaya dia bangun dan boleh menyusukan dia.

Tapi, ingat ye ibu2, sekiranya kuning anak nampak semakin jelas, adalah sebaiknya anda bawa anak terus ke hospital, supaya rawatan lanjut boleh di buat pada bayi kita tu. Jangan lah berlengah2. Memang buruk padahnya..

Sekian dulu,
Sharing is caring
By;
chugie a.k.a Master Suzianti Maswar
Page: Eizmierah Mumnbabyshop

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates