Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

1 dah settle..

September 17, 2009 2 Comments
Salam..

Pagi tadi pas sahur rasa rajin skit nak mengemas umah.. almaklumlah, nak sambut rayo..huhuh.. Pas siap mengemas tu, dan kebetulan time utk bersiap untuk pergi kerja lambat lagi, jadi aku sempatlah packing baju2 si kecik ni... Packing punye packing, nah.. amik ko, sampai 3 bag hanya untuk si kecik ni je.. semua barang dah siap ada dalam beg2 tu.. hope tak ada lah yang tercicir nanti.. Tahun ni aku beraya ke kampung belah pak mertua aku di TAIPING.. sesapa yang beraya kesana, moh ler jemput singgah ke teratak kami ye..
Lepas ni baru packing baju2 aku dan suami plak... tak tahu lah bape beg nanti :)
Ni lah dia beg2 yang dah siap dan lengkap dengan baju dan barang2 fatin... ready to go!!

Friday, August 14, 2009

Hari ini punya cerita

August 14, 2009 2 Comments
Salam..

Ye... hari ini aku tidak bekerja.. Kenapa?? MALAS!! MALAS!! MALAS!! memang malas sangat nak ke opis.. sebenarnye dari semalam dah rasa malasnye nak kerja, jadi aku plan dengan adik perempuan aku untuk ambil cuti hari ni.. Lagi pun ada beberapa perkara yang nak di selesaikan.. Perkara yang dah tertangguh sejak aku sarat mengandung, sampai lah selamat melahirkan dan habis berpantang ni. Jadi aku ambil peluang cuti hari ni untuk settle kan perkara tu.. Tapi Malangnya, tak juga settle2.. entah bila nak habis pun aku tak pasti.. dah fed up sebenarnya menunggu.. Rasa nak ku maki hamun pihak2 tersebut dek kerana terlalu geram + marah + tak puas hati dengan kerja pihak2 tersebut tu.. Makan gaji buta je lah korang ni.. tak reti ke nak proses bende tu cepat ha???? eeeeeeeeeeeeee tersangat lah sakit hatinya!!

Ok2.. tak nak dah ikutkan hati yang marah ni.. sbb bukan ni yang aku nk sampaikan di dalam ini entry.
Sofa yang aku beli khas untuk fatin.. Harga:-RM70 sahaja
(entah bila lah fatin nak duduk atas sofa ni kan??)

Lepas selesaikan hal di atas, aku ke bank untuk settle kan hal kedua.. dan sempat beli barang di atas tu.. cantik tak?? sofa khas untuk fatin.. murah je.. Habis selesaikan hal2 yang berkenaan, baru lah aku mulakan aktiviti bercuti hari ni.. aktiviti untuk tenang kan otak!! boleh ke tenang ek??? emm... LAYANNNNNNNNNNNN!!

tempat pertama yang kami tuju, One Utama.. apalagi kalau tak bershopping kn?? mulanya nak cari baju raya, tapi tak banyak pilihan yang menarik di sini.. dan akhirnya, aku beli baju fatin dan dua helai baju aku (baju biasa je).

tempat kedua, kami singgah ke sini... untuk apa lagi kn, untuk makan tengah hari lah.. dah lapar sangat, lagi pun dah lama tak singgah makan ke sini, aku suka suasana tempat ni.. Ramai pulak orang time ni, adik aku pun dah naik hangin sebab makanan die lambat sampai. emm sabar lah cik kak oiii... heheheh.. Lepas selesai makan tengah hari, kami sambung balik bershopping dan jamu mata je..
Restoran Charms, aku suka design restoran ni.. biasanya restoran ni memang akan crowded lebih2 lagi bila masa lunch dan hujung minggu.. makanan, memang not bad..harga pun boleh tahan..berbaloi!!

Belakang tu kalau korang perasan ada satu bahagian tempat makan yang mereka gunakan buaian sebagai tempat duduk.. dah lama sebenarnya aku nak makan dan duduk kat atas buaian tu, tapi tiap kali datang ke sini, mesti dah ada orang yang duduk.. belum ada rezeki aku merasa duduk atas buaian tu huhuu.. ( Puan zora, ingat tak lagi memori kita makan kat situ??? pekena kari kepala ikan...besh kan??? bila nak gath together ni??

Adik aku yang tension sbb makanan dia lambat na sampainye.. sabar ye dik!!
Owh.. toye nye lah muka pemilik blog ini.. penat sebenarnye sebab banyak sangat berjalan, walaupun hati tu masih lagi tak puas tawaf One utama.. Hajat hati nak ke Shah alam pulak lepas ni, tapi adik dah penat..so, hasrat tu di batalkan..
On the way balik, kami singgah ke Secret Recipe.. dah lama tak pekena cheese cake kat sini.. oooohhhhh it's really yummyy!! sungguh puas hati..

Sekian saja aktiviti aku..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates