Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Cara Menyimpan Susu ibu (EBM)

May 23, 2011 6 Comments
Salam..


Dah lama nak update cerita pasal cara menyimpan susu EBM ni,

tapi asyik tak sempat je tau! bz yang amat lah katakan..



Ok, ni antara kaedah yang aku belajar, dan aku buat untuk menyimpan stock EBM ku..

sebagai rujukan aku sendiri dan mungkin juga info untuk kawan2 yang baru nak belajar tu kan?



ok, 1st step...

Harus lah ada bende2 kat atas ni..


Pen, gunting, Storage bottle / bag and kertas lekat tu.. dan most important dah tentulah ebm yang kita dah perah tu kan.. ;p



Susu yang kita pam tu, boleh lah di simpan dalam botol seperti di atas ni, atau

di dalam bag ni.. yang mana bag ni dah tersedia zip lock nya sendiri.. tak payah nak susah2 ikat pakai getah kan..

YANG paling penting lepas isi ebm dalam botol atau Bag tu, haruslah letakkan
Tarikh, berapa oz, dan masa susu tu di pam.. ni penting tau.. sebagai rujukan.
ada setengah tu siap letak nama anak lagi.. tp pada aku, dah memadai ada tarikh, masa dan sukatan tu..

macam gambar bawah ni.. gambar agak blur lah.. so, harapnye korang paham lah ye..

kemudian aku simpan ebm yang dah siap di botol dan di bag tu dalam satu lagi bekas, supaya tak ada bau2an lain dalam peti ais tu masuk dalam susu tu.. ( tu logika aku sendiri ye..)
aku nak pastikan susu tu terjamin keaslian bau nye.. ;p

kemudian aku letakkan di bahagian bawah (bukan beku) dahulu.. sebelum aku transfer ke bahagian beku..

Biasanye aku akan transfer ke bahagian beku, bila dah sejuk.. dan bila dah di bahagi2 kan untuk di hantar ke pengasuh fadiah esoknye.. so yang balance tu aku akan simpan dalam bahagian beku..

info:- bahagian beku atas (peti ais 2 pintu) boleh tahan selama 3 bulan..

sekian,
-chugie-

Wednesday, April 20, 2011

Fadiah at 2 month old

April 20, 2011 16 Comments
Salam..

alahai, sibuk sesangat lah kawe skang ni..
nak berblogging memang lah limited nye..
sedih betul bila tengok blog yang dah suram muram..
tak de new entry pun..
tension ni!

ok lah, just an express and short update about Fadiah at her 2 month old.
Last weekend ambil injection untuk 2 bulannye..
Tapi kami jumpa dengan Doc lain, Doc Tan cuti ke oversea..x best betul lah!
Kali ni paed bagi injection 3 serangkai.. harga untuk injection and charges (rm165)
Alhamdulillah, masa kena inject tu Fadiah tak menangis langsung,
dia just buat muka pelik bila kena inject tu,
agaknye dia ralik tengok umminye ni main2 sambil buat muka huduh masa nak di inject tu,
sampai jarum cucuk peha dia pun dia tak perasan.

Skang ni berat Fadiah dah cecah ke 5.6kg... last month 4.9.
alhamdulillah, semakin berat dan semangat anakandaku sorang ni.
Tinggi Fadiah, kami tak sempat nak suruh paed tu ukur..
biasanye, kalau dengan Doc Tan,dia sendiri yang akan buat semua tu,
dan memang akan bagi penerangan yang terperinci.

emmm, so far Fadiah masih lagi BF, walaupun direct BF agak sengsara skit,
tapi bottle feed die still suka (ummi jeles dengan botol skang ni ok, sebab dia x mau direct)...
alhamdulillah, rezeki susu untuk fadiah sangat murah..
simpanan pun dah banyak.. hope dapat capai target!

k lah,
sekian dulu ye...
-chugie-

Thursday, April 14, 2011

Cabaran menyusukan anak..

April 14, 2011 12 Comments
Salam.. Bukan senang nak beri anak susukan? pada yang senang tu, senang lah.. pada aku yang mulanya senang dan sekarang susah.. memang mencabar betul memang stress dan menangis di buatnye. dah 2 minggu ni fadiah susah betul nak direct bf, macam2 cara dah aku guna, try bf baring, duduk sambil letak bantal, dan last sekali aku berdiri sambil bf dia, baru lah die minum.. tu pun di paksa, baru dia suakan mulut kat B aku.. yang peliknya, susu badan aku yang letak dalam botol nak pulak die minum, direct bf die tak nak pulak.. memang dah buntu, tension dan menangis di buatnye bila baby tak nak direct isap B kita.. aku pun mula tanya2 kawan untuk dapatkan tips menyusu baby, alhamdulillah tips yang sahabat aku bagi ni dah settlekan masalah.. rupanya air susu aku terlalu banyak keluar masa menyusukan fadiah, sebab tu lah die menolak B aku masa menyusukan dia.. skang ni, aku beri dia isap B dengan control aliran susu yang masuk dalam mulut dia, bila aliran tu mula laju, aku lepaskan kejap dari mulut dia, dan biar dia bernafas dalam2 supaya rasa selesa.. Alhamdulillah, satu masalah ttg penyusuan fadiah buat masa ni dah selesai. Mujur dapat bantuan dari sahabat aku sorang ni, kalau tidak mau tension dan pengsan aku di buatnye. Next week dah nak start keje, rindunye nak susukan fadiah time siang... aduhai, kan best kalau full time duk umah kn?? k lah,daaaaaaaaaaaa -chugie-

Wednesday, April 6, 2011

Mission Susu Ibu: Permulaan untuk Fadiah

April 06, 2011 20 Comments
Salam..

Yes, ini lah misi aku untuk tahun ni, dan misi untuk Fadiah juga...

Untuk Fadiah kali ni, aku praktikkan susu badan sepenuhnya,

dan sekarang ni dah masuk hari ke-50 aku beri Fadiah susu badan sahaja..


Harap2 boleh cecah ke 6 bulan, dan terus hingga 2 tahun insyaallah..

dalam masa2 berpantang, aku memang dok mencari info2 tentang SUSU IBU.


Alhamdulillah, banyak juga ilmu yang aku dapat, tak lepas juga cabaran dalam mendidik Fadiah untuk menyusu susu badan melalui botol.. memang sangat2 mencabar tau, belum lagi bab memerah susu..


Untuk permulaan, aku dah membeli barang2 untuk penyimpanan susu ibu..



jom lihat pics!!

aku beli melalui online, servis mereka ni memang sangat bagus dan cepat.

buku yang mengandungi banyak info.. murah je, RM9.50 sahaja. botol simpanan susu ibu dan feeding juga.. ni untuk masa bekerja.. memandangkan opis aku tak ada peti ais, so aku kena gunakan ice pack ni untuk mengekalkan susu yang aku perah dalam keadaan sejuk.
bag untuk menempatkan susu perahan tu nanti..


pada kawan2 yang dah ada pengelaman tentang menyusukan anak dengan susu badan, sila lah share ilmu korang dengan aku ye..


k lah, daaaaaaaaaa

-chugie-
pssst: kwn2: harga untuk set yang atas tu total + penghantaran : RM108++ sahaja.. sekarang ni tengah tunggu warmer plak.. dalam proses penghantaran ni, tak sabar

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates