Thursday, July 16, 2009

Saya Sedang sakit gigi

July 16, 2009 5 Comments
Aduh..syakitnye gigi syaya..

Aku sedang mengalami sakit gigi yang amat teruk, gigi bongsu yang terletak di hujung rahang sebelah bawah ni memang dah banyak kali sakit. Gigi ni tumbuh sekejap2 di susuli dengan rasa sakit yang amat sangat, lepastu die ok. Bila gigi tu nak naik (tumbuh) lagi, sakit tu akan datang balik, gusi pula akan membengkak dan buat aku rasa sakit yang amat sangat. Bila dah sakit, nak makan pun memang lah teramat susahnya. Arghh..tak dapat nak di ceritakan dan di gambarkan betapa sakitnye gigi ni. Dah masuk 2 minggu dah aku sakit gigi, sampai ke hari ni masih juga tak baik2. Hari tu aku dah pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan, bila doktor periksa, katanya gigi ni tak tumbuh dengan betul dan ruang untuk dia tumbuh sempit. Jadi untuk solve kan masalah ni, doktor sarankan aku supaya buang je gigi yang sakit ni. Aku pun apa lagi, terkujat gak sekejap sebab aku memang teramat lah fobia nya bila dengar bab2 nak cabut gigi ni. Secara jujurnya aku mengaku yang aku ni penakut yang amat bila nak cabut gigi, dari kecil sampai lah dah beso gajah ni, fobia tetap ada bila dengar nak kena cabut gigi. Selain tu, doktor ada terangkan, gigi yang sakit ni hanya akan di cabut bila aku dah tak ada rasa sakit. Dan lagi satu bila gigi bawah di cabut, gigi atas juga harus di cabut supaya bila aku menguyah tak ada lah rasa sakit. Bila dengar penerangan yang aku kena buat 2 cabutan gigi, lagi lah buat aku rasa teramat terkujatnye huhuhu.. tak sanggup den. Dalam hati dah penuh dengan gundah gulana nya, yelah nak kena cabut 2 gigi lah katakan, jadi untuk sedap kan hati, aku set je lah appoinment dengan doktor minggu depan, untuk cabut gigi bawah ni walaupun dalam hati belum ada keputusan samada nak cabut atau tak. Sebelum cabutan dijalankan, doktor bekalkan aku ubat tahan sakit dan antibiotik untuk kurangkan rasa sakit yang aku rasa ni.

Aku cuba dapatkan beberapa pandangan dari orang tentang nak cabut gigi bongsu ni, dan byk gak lah pendapat yang dorang bagi. Ada yang kata tak payah cabut sebab gigi ni bukan nye rosak, dan kalau cabut, akan rasa sakit yang sangat2 lepas cabut walaupun dah di beri ubat tahan sakit. Lagi satu, gigi yang di cabut tu mungkin akan effect pada saraf kita, dan macam2 lagi lah pendapat. Ada juga pendapat yang suruh aku cabut gigi ni, sebab gigi ni tak ada fungsinya, dan walaupun lepas cabut kita akan terasa sakit, tapi sakit yang akan aku alami hanya sekali, lepas tu aku tak akan rasa sakit lagi. emm..pening gak nak buat keputusan memandangkan aku ni memang penakut nak cabut gigi, kalu gigi tu patah atau rosak, mungkin aku boleh consider lagi. Tapi ni gigi yang dah tumbuh separuh, dan masih lagi dalam proses nak tumbuh, dan kalau di cabut mesti akan buat seluruh urat saraf aku terasa tegang dan sakit.

Sunday, July 12, 2009

Fatin dah 2 bulan..

July 12, 2009 8 Comments
Salam..

Semalam 11/07/2009 genap usia fatin 2 bulan, macam biasa lah sure dia akan meragam bila masuk bulan baru. Memandangkan aku bekerja setengah hari semalam, jadi fatin di jaga oleh ayahnya. Hubby pula bawa fatin ke rumah wan nya di kayu ara, nth kenapa pagi2 lagi die dah bangun, seakan faham yang dia akan di bawa ke rumah nendanye. Lepas je azan subuh, fatin dah tak nak lelap kan mata, biasanye masa2 begini fatin akan sambung tido, penat lah aku tepuk2 die supaya tido, tapi tetap tak nak lelapkan mata. Sampai lah aku bersiap untuk ke office, die tetap tak mahu tido. Lepas hubby hantar aku ke pejabat, die terus ke rumah mertua aku. Mulanya fatin ok je, tak de sebarang ragam. Bila sampai waktu nak di mandikan, die dah mula melalak tak henti2. Sampai susu pun tak di minumnye.

Habis je waktu kerja, aku terus rushing balik ke rumah untuk tengok fatin. Selamat lah aku bekerja setengah hari je, kalu tidak.. memang aku ambil cuti je lah jawabnye. Sampai je di rumah, aku tengok die sedang lena tidur dalam buaian, mungkin keletihan menangis pagi tadi. Bila aku bagi salam, terus die bangun dan merengek. Sedihnye aku tengok die.. terus aku sua kan susu badan pada die. Bila dah dpt susu bdn, baru die sambung tido balik. Mungkin lapar sangat sebab dari pagi tak dapat minum susu secukupnye. aduhai anak ku.. bermacam lah ragamnye..

Petangnya, kami ke rumah Zora, kawan baik aku masa sekolah dulu. Sampai sekarang kami masih berkawan rapat. Makcik ni bz sangat, so terpaksa lah aku yang pergi menjenguk die ke rumah barunye.. Sempat lah kami berbual panjang, siap makan2 bagai. Time kasih to untie zora sebab sudi layan kami yg datang bertandang tiba2 ni heheh..

Bawah ni gambar2 fatin yang aku ambil masa di rumah untie zora nye..



Muka2 fatin yang di ambil secara candid

Thursday, July 9, 2009

Habis sudah cutiku..

July 09, 2009 8 Comments
Salam..

Akhirnye, habis sudah cuti berpantang selama 60 hari aku. Esok aku akan kembali bekerja semula. Sebelum ni rasa tak sabar nak habiskan pantang dan rindu pada kerja, tapi sekarang ni perasaan malas nak mula kerja tu makin menebal. Lebih2 lagi kena tinggalkan si kecik kat orang.. alahai, rindu lah aku pada die nanti. Bila dah abis pantang 44 hari, rasa cepat sangat masa berlalu. Rasanye belum puas lagi aku menghabiskan masa dengan si kecik, fatin. Sedih pun ada mengenangkan anak yang akan di tinggalkan pada pengasuh tanpa aku disisi, selamat lah tinggal sekejap je, sementara aku bekerja siang hari, kalau lah kena tinggal lama macam setengah2 orang tu, alamatnye aku nangis lah jawabnye sebab rindukan babyku.

Sebagai persediaan untuk mula bekerja dan fatin akan di jaga di rumah penjaganya, aku telah pun mula mengajar fatin untuk menyusu botol, tapi dalam pada aku mengajar die, aku tetap beri susu badan supaya die tak lupa rasa susu badan aku dan untuk mengeratkan lagi hubungan kami. Lagi pun susu ibu adalah susu yang paling bagus untuk tumbesaran anak pada peringkat awal ni. Aku pula memang tak boleh kalau fatin tak isap susu badan dalam sehari tu, rasa macam tak lengkap 1 hari tu kalau susu badan tak aku berikan pada die. Pernah satu hari tu fatin langsung tak nak susu badan, aku cuba beri susu botol dan air masak, tapi tetap tak diterimanye. Risau hati aku di buatnye. Setelah mencuba berbagai kaedah, dan usaha untuk ubati fatin, baru lah penyusuan untuk die kembali normal. Tiap masa aku tak pernah berhenti berdoa moga aku akan sentiasa dapat memberi susu badan pada anakku.

Peringkat awal untuk ajar fatin menyusu botol memang agak sukar, mungkin rasa susu yang berbeza dari susu badan aku. Mulanya aku gunekan susu S-26 Gold keluaran Weyth, tapi memang fatin tak sukakan susu ni. Die hanya minum sedikit je, yang selebihnye aku buang. Puaslah aku cuba beri susu S-26 ni selama seminggu, tapi tetap tak diterimanya. Atas nasihat kakak aku supaya mencuba susu BEBELAC, aku pun mula memberi fatin minum susu bebelac ni. Alhamdulillah, memang die dapat terima susu ni. Mula2 aku hanya beri 1oz je, kemudian aku tambah kan ke 2oz, sekarang fatin dah mula belajar untuk minum sebanyak 3oz. Lega rasa hati bila die dah mula nak terima susu formula ni. Kalu tidak susah juga di buatnye, walaupun susu badan tetap aku beri padanya. Harap die dapat minum susu dengan kenyang masa aku tinggal kan di rumah penjaganya nanti.

P/s: rindulah ummi pada baby nanti.. huhuh:((

Tuesday, July 7, 2009

Entry khas - produk masa berpantang

July 07, 2009 11 Comments
Salam semua,

Entry ni aku tujukan khas untuk anis, sebab die request nak tengok jamu yang aku guna masa berpantang hari tu. Tak lupa juga untuk semua pengunjung blog ni, yang mungkin sedang mencari atau nak dapatkan set berpantang yang sesuai dengan korang semua.

Untuk awal berpantang, memandangkan aku bersalin secara cezer, dan baby kena demam kuning, aku tak berani nak makan jamu2 lagi sebab akan buat baby bertambah panas, jadi aku hanya makan ubat yang diberi oleh doktor, dan makan nasi panas dengan ikan haruan, disamping minum pati ikan haruan yang atas ni. Dalam kotak ni ada 6 botol. Sebotol sehari je.. nak minum memang menangis lah, sebab rasa dan bau yang memang akan buat korang trauma sekejap.. hehehe.. tp bila dah biasa minum dan semangat dalam hati nak sembuhkan cepat luka tu, sure korang akan balun gak minum pati ikan ni.. Cara aku minum pulak, biasanye aku akan minum selepas sarapan pagi. Aku bancuh air milo, dan bersarapan dulu. Bila air milo dah tinggal separuh, baru aku akan minum bergilir dengan pati ikan ni. Maknanya aku akan minum separuh botol pati ikan, dan seteguk air milo lepas tu continue habiskan minum pati ikan tu dan baru minum air milo semula. Alhamdulillah..memang mudah nak minum. Cara ni aku dapat dari seorang nurse yang juga amalkan minum pati ikan ni sebab die pun bersalin secara cezer.

Atas ni antara produk yang aku guna semasa berpantang. Awalnye aku hanya amalkan penggunaan lotion Mustajab ni untuk kempiskan perut yang kendur, memandangkan aku tak boleh berbengkung. Lotion ni tak panas, memang sesuai untuk sesapa yang berpantang waktu panas2 ni. Sebabnye, bila kita gune lotion ni, perut akan rasa sejuk berangin je.. tapi kat dalam perut tu die proses untuk kecutkan lemak2. Botol putih (Jus ambar) yang berisi air tu pulak aku minum seminggu berpantang, mujarab juga, tapi kejap je.. mula2 aku minum memang sembelit tak ada. Nak membuang pun mudah je.. tapi bila dah masuk minggu ketiga, jus ni dah tak boleh membantu sangat. Harga untuk Lotion tu RM24, boleh di beli di farmasi. Aku beli di PMC je. Jus ambar tu murah je, kalu x silap 5 botol tu harganye RM19 je.


Kemudian, bila dah masuk minggu ketiga baru aku mula makan jamu2 nona roguy ni. Masa ni baby pun dah kurang jaundisnye. Jadi, baru aku berani nak makan jamu ni. Aku hanya beli tiga benda ni je, harga nya memang agak mahal, tapi memang bagus. Teh herbanika ni jamu yang di minum 3 kali sehari. Seuncang jamu tu boleh guna untuk 2 atau 3 hari. Uncang pulak boleh digunakan untuk merehatkan mata, caranya, korang masuk kan uncang yang dah diguna dalam peti sejuk, lepas tu lekap kan kat mata, dan rehat kan badan.. Untuk pil phyto natal ni pula, boleh dimakan 2 ke 4 biji sehari, tengok pada kondisi sembelit yang korang alami. Aku hanya makan 2-3 biji je sehari. Untuk yang alami kesukaran sembelit yang amat sangat, cuba makan 4 biji, bila sembelit dah ok, amalkan makan 2 biji sehari.. pil ni banyak khasiatnye selain melancarkan sistem pembuangan kita. Botol yang satu lagi tu adalam minyak berurut herbanika. Minyak ni untuk disapu pada perut, peha, celah kelangkang, diletakkan sedikit pada pad untuk melancar kan pengeluaran darah, boleh di urut di kepala untuk buang angin dan digunakan untuk berbengkung (bagi yang berbengkung) . Kalau tak silap aku, banyak lagi penggunaan minyak ni, tapi buat masa ni, ini je yang dapat aku kongsi kan.

Akar herbanika ni memang bagus, bila aku minum badan akan jadi segar je.. angin pun senang keluar. Produk ni bagus sebab die membantu kurangkan air yang berlebihan dalam badan dan menjadi bahan pelawas untuk membuang heheh.. Rasa dia macam jamu2 yang juga, aku x amalkan minum air akar kayu, jadi aku hanya ambil jamu ni sebagai ganti. Bagi yang tak tahan dengan bau jamu yang kuat dan rasanya, korang boleh campur kan sedit madu. Tapi aku minum macam tu je, minum suam2 panas.. memang sedap. Sampai sekarang ni, aku masih minum Akar herba ni. Memang buat bdn rasa segar. Harga nya RM100 dengan 30 paket uncang teh.
Atas ni rupa pil phyto natal yang aku makan. Beso juga ler pilnye.. tapi di sebabkan kemujaraban untuk sembelit yang aku alami, aku bedal gak makan pil ni. Sebelum dapat pil ni, puas gak aku cuba macam2 cara untuk kurangkan sembelit, sampai beli ubat sumbat dlm bontot, tapi bila dah makan pil ni alhamdulillah.. masalah sembelit dah tak ada. Harga nya, RM140. Ada 90 biji.
Minyak berurut ni harga die RM28, dengan berat 100ml.

Jadi, pada yang tercari2 tu boleh lah guna kan produk ni.. insyallah membantu.

Sekian dulu dari aku.. hope korang berpuas hati ye..

Monday, July 6, 2009

Ulangtahun perkahwinan aku yg pertama..

July 06, 2009 7 Comments
Semalam 05.07.09 merupakan ulang tahun perkahwinan aku yang pertama. Tarikh kami di nikahkan pada 05.07.08.. Kami bersanding pada 06.07.08, memang saja amik tarikh ni.. cantik sokmo huhuhuh..

Tak ada sebarang keraian untuk hari tu, cuma wish ulangtahun je, sebabnye kami balik ke kg mertua die taiping. Jadi plan untuk meraikan hari itu x dapat lah kami sambut. Memandang kan baby pun asyik meragam je beberapa hari ni, jadi apa yang aku rancang dengan hubby terpaksa di tunda ke lain harinye..

Mungkin hari ni aku nak bershopping n try cari gift untuk hubby.. itu pun kalu mood baby ok.

emm..rasanye tak ada apa yang nk diceritakan dalam entry ini, cuma berharap agar hubungan kami suami isteri sentiasa dalam keadaan yang baik, berkekalan hendaknye, dirahmati Allah, dan moga kebahagian sentiasa bersama kami sekeluarga amin..

SELAMAT ULANG TAHUN UNTUK AKU DAN SUAMI.....cheriossssssssssssssss...

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates