Tuesday, October 6, 2009

open house sana sini..

October 06, 2009 4 Comments
Salam..

Tajuk atas tu cam bunyi lagu lah pulak ek??? lagu siti situ sana sini.. glamour you!!! Tapi ni bukan lagu ye... ni adalah Rumah terbuka sempena raya.. untuk hujung minggu lepas aku dapat 3 jemputan ke rumah terbuka + 1 rumah untuk beraya yang dah pun di rancang dengan teman2, tapi 3 rumah je yang mampu aku kunjungi. Rumah yang satu lagi tu aku x dapat turut serta sebab fatin meragam nak tido..hanya hubby je yang jadi wakil serbu rumah terbuka tu.


Bermula dari hari sabtu, habis je waktu bekerja (separuh hari), rumah pertama yang aku kunjung adalah rumah imah.. memandang kan makcik ni baru je 2 minggu melahirkan anak kedua + masuknye hari raya, jadi aku dan teman2 seangkatan pergi menziarahi die dan anak nye.. cumelz anak die. Nama nye Muhammad Haziq Isyraf (betul ke ejaan anak ko ni mah?? kalau salah sila beritahu ye..). Balik dari rumah imah, kami ke Subang Parade sebab hubby nak cari kasut kerjanya.. sempat lah jugak kami pekena NANDOS.. Belah malam plak ada 1 jemputan rumah terbuka dari kawan hubby di Sungai Buloh, tapi aku x dapat ikut die sebab fatin meragam dan lepas tu tido lena, so aku x berani nak ganggu waktu tido si kecik ni sebab takut akan jd huru hara.. si kecik ni kalu hangin, memang bleh jadi huru hara 1 kampung heheheh...


Waktu di Subang parade.. Sempat gak aku snap pic kat depan bende alah ni.. (tak tau nama lah)

di Nandos.. fatin yang memang pantang tengok makanan sekarang ni.. mesti nak di terkamnye..

Ini lah Muhammad Haziq Isyraf.. baby of Khuzaimah (imah) & Bad


Hari ahad plak, ada 2 jemputan rumah terbuka, 1 siang dan 1 lagi malam.. so senang lah skit untuk aku rancang masa tido si kecik aku ni.. fatin ni kalau x cukup tido die akan meragam, sampai aku nak makan pun x senang.. so apa2 hal kene charge dulu bateri si kecik ni sebelum pergi serbu open house. Ok, untuk jemputan rumah terbuka yang pertama iaitu belah siang ni, aku dapat jemputan dari idah.. sepatutnye rumah die start open lepas zohor, tapi di sebabkan oleh sebab2 yang sukar nak di elakkan, aku dan teman2 datang lebih awl dari waktu yang sepatutnye.. sian idah, kelam kabut di buatnye.. Jemputan yang kedua aku dapat dari betty.. yang ini untuk belah malam, jemputan dari kawan lama masa aku dan hubby join main futsal dengan team die dulu.. kami pergi pun awal jugak sebab malas nak dtg lewat2, nanti ramai org dan juga masa yang agak terhad di waktu malam untuk bawa si kecik ni berjalan.

Walaupun jemputan agak banyak, tapi dengan adanya rancangan yang betul.. dapat lah jugak elakkan masalah2 yang x sepatutnye.. minggu depan rumah sapa lagi yang aku nk terjah ni ek?? sila2 lah beri undangan pada yang sudi tu ye.. heheheh...

Monday, September 28, 2009

Baby of zora farhan & Rashidi..

September 28, 2009 10 Comments
Salam.. Selamat berhari raya..

Baru ada kesempatan nak berentry dalam blog ni.. setelah seminggu x menjenguk. Almaklum aje lah.. raya.. pi sane, pi sini.. open house sana, open house sini..

Jadi untuk entry ni aku nak share gambar baby zora & rashidi.. mana tau ade yang belum tengok baby die lagi ke kan?? ni pun aku dpt dari zora, hari tu aku pergi ziarah die, borak sakan sampai lupa nak bergambar bagai..


Ini lah lil princess zora... namanya Fara Fatin Qaisara... die cilok nama anak aku skit heheheh..

Cumel si sara ni..baik je masa aku g ziarah hari tu..pas tido, susu.. pas susu tido..

p/s: dengar cite Ary (Nurhazree Surian) pun dah selamat bersalin ye?

Saturday, September 26, 2009

Friday, September 18, 2009

Tetap Dalam Ingatan...

September 18, 2009 7 Comments
Hari ni 18 september, genap 9 tahun pemergian orang yang paling aku sayang...
Walaupun Mata dah tak akan dapat menatap wajahnya..,
suaranya tak akan dapat lagi di dengar..,
Tangan dan tubuhnya tak akan dapat disentuh..
tapi DIA tetap sentiasa lekat dalam hati aku.. akan kekal sampai bila2
Alfatihah buat arwah MAK...
Kau sentiasa dalam hati kami
Moga tempatmu di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin..
P/s: sesak rasanya dada masa nak buat entry ni..

Thursday, September 17, 2009

Pengumuman..

September 17, 2009 8 Comments
Salam..

Kepada kengkawan yang mengenali ZORA FARHAN, dia telah selamat melahirkan baby girl semalam bersamaan 16/09/2009 pada jam 11:53pm.. berat baby 2.8kg...

CONGRATULATION TO ZORA AND HUBBY!!

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates