Tuesday, February 2, 2010

Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift

February 02, 2010 1 Comments
Salam
Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift

Aku tengah layan contest skang ni, kali ni anjuran yanadzul plak.. so korang bleh lah klik sini ---:> Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift dan Aivee Emart untuk lebih ye!

ok, 1st time ke blog puan tanah ni memang sangat tenang dengan layout yang cantik dan sedap mata memandang (rasa nak cilok je layout die n letak kat sini heheheh).. lepas dah jadi follower si pemunya blog, aku pun klik2 kat kedai aivee emart plak.. mak ai, memang cun melecun baju2 dan bag nye.. ada satu tu dah menambat hati ku lah! Carter's bag, adui... nak ke beli ke x?? nak beli ke tak?? kene tanya mr hubby dulu ni (sure kene bebel dulu) hahahahah:))

Cabutan Bertuah MDM 2010

February 02, 2010 1 Comments
Salam..


Tadi masa jalan2 ziarah ke blog qamarguyz, terjumpa giveaway ni.. makanye aku pun men'join'kan diri untuk cabutan ni. mane tau tuah aku untuk bulan february ni kan.. untuk keterangan lanjut, korang bleh klik kat blog ASHA ni..

Monday, February 1, 2010

Cuti-cuti ke Kuantan

February 01, 2010 5 Comments
Salam..


Cuti hujung minggu lalu, kami ke kuantan.. rancangnye nak ke Bukit Gambang waterpark juga.. ini pertama kali aku ke kuantan ni.. alhamdulillah, perjalanan kami pergi dan balik selamat dan amat lancar sekali.. Kami bertolak ke kuantan lebih kurang jam 9.15a.m dan sampai di kuantan ni lebih kurang jam 12.oop.m.


Jom Layan pics n a bit story masa kami di kuantan ni je lah ye.. x mo cerita n tulis pepanjang sangat.. ni pun dah cukup banyak rasenye dengan gambar2 kami masa di sana..

- Hotel Seri Malaysia Kuantan-

Ini di bahagian Receptions.. Kami menginap di Seri Malaysia Kuantan.. overall, not bad gak hotel ni. Sebelum ni dengar2 dr segelintir teman2 mengatakan hotel Seri Malaysia ni kureng.. tapi, untuk aku yg 1st time ke sana, rasanye.. alhadulillah.. selesa je.. harga bleh tahan lah gak.. janji dapat lepas tidur and rehat.

Bilik kami.. standard VIP room je. Harganye RM180 semalam (weekend rate). Mulanya kami nak ambil yg standard je, tp sebab katil single2, so tambah RM10 utk dptkan VIP room ni.. tp x de lah VIP mane pun hehehe..ok lah!

lepas check in dan letak barang, kami keluar ke area bandar kuantan untuk cari makan tengah hari.. cari punye cari, ternampak tempat ni.. Kedai makan Akob Ikan Patin. Kedai ni terletak di bandar Kuantan, de belakang deretan kedai yang berhadapan jalan besar, yang mana kedai makan ni memang betul2 berhampiran tepi sungai Kuantan.

Masa kami sampai di kedai ni, dah banyak lauk2 nye yang dah habis.. jadi ini aja lah lauk yang sempat aku ambil.. bila kami dah nak habis makan baru lah tuan kedai tu letak lauk2 yang baru, mungkin baru masak kot. Die masak yang baru sebab kebetulan masa kami tengah makan tu ramai pulak pelanggan yang datang nak makan.. kami ni just jamu mata je lah ngan lauk2 yg baru masak tu.. Majoriti yang makan kat sini mesti ambil ikan patin masak tempoyak. dan ikan sungai (aku x igt pe nama ikannye) yang di goreng. Nampak sedap je.. next time, kami akan singgah lg kat sini kalu ke kuantan.

see..ramai yang datang makan kat gerai ni.

Masa ni lauk baru siap masak.. aku pandang jelah.. nak tambah, segan plak kui kui kui...

Lepas makan, kami terus ke TC (Teluk Cempedak).. dekat je dari Bandar Kuantan. Lebih Kurang setengah jam, kami dah pun sampai ke TC ni.. kebetulan hari dah petang dan cuaca pun memang cantik, so ramai lah yang berkunjung ke TC ni..

Laut die.. tapi seram gak nak mandi sebab ombak yang agak kuat. Rasanye macam tak sesuai lak nak bawak fatin mandi. Tapi angin kat sane memang best.. tenang je rasanye.. best lah. Kalu ke kuantan lagi, aku akan singgah lagi ke TC ni.

Aku dan fatin bergambar di TC.. sebagai kenangan.. Puas jalan2 kat sana, kami pun balik ke hotel untuk rest, sebab malamnye nak berjalan lagi..

Malamnye, kami dan rakan sekerja hubby aku yang kebetulan balik ke kuantan ni plan untuk dinner di kawasan seafood.. jadi sementara tunggu kawan hubby tu, aku pun sempat gak snap 2-3 gambar kat hadapan hotel seri malaysia ni..

Cantik plak suasana malam kat hotel ni.. + tenang tanpa Jem mcm kat KL ni.

Dinner kami malam tu adalah di kawasan Tanjung lumpur.. Rasanya tempat ni antara yang famous gak kot, sebab memang ramai sangat orang datang kat sini, tengok je lah gambar atas tu, penuh sesak ngan kereta. Tempat ni memang dekat je ngan laut, tapi disebabkan malam dan kawasan tu tak ada lampu.. so aku pun tak de lah snap gambar laut tu. Ada 2-3 restoran seafood gak kat sini.. tapi yang paling penuh dan sesak adalah Restoran Ana Ikan Bakar. Disebabkan meja penuh dan masih ramai yang menunggu giliran untuk makan, kami decide untuk ke restoran yang lain je.

Taraaaaaaaa..ini lah makanan kami untuk malam tu.. memang sedap + licin. Walaupun service nye agak lembab, tapi makanan die sedap.. kami puas hati jugak lah.. Habis makan2 semua.. kami gerak balik ke hotel, sebelum tu sempat juga ke dataran kuantan, tapi tak keluar pun sebab anakku fatin dah mula meragam.

cuma sempat snap gambar ni je..
Sekian dulu... tunggu next entry aku ke Gambang WaterPark pulak ye..


Friday, January 29, 2010

Sok Cuti.. kemana kalian??

January 29, 2010 9 Comments
Salam..

Aku agak sibuk hari ini. Mana nak kejar register kereta..(walaupun tak banyak), mana nak hit target lagi.., mana nak klik2 internet nak searching hotel (sebab aku nak g holiday ke kuantan + gambang), mana nak bertenet lagi (ni aku buat mana yang sempat je). Tapi dalam banyak2 sibuk aku ni, aku rasa lebih banyak buat personal dari buat kerja opis.. eee.. tak berapa bagus tabiat aku ni.. bila nak berubah ni? azam dah buat, tapi...........ooppsss.. tak nak kate pape lagi.

Esok cuti Sempena Thaipusam, makanya... aku dan suami plan untuk bermain air di Bukit Gambang resort - ajakan teman aku sebenarnye.. lalu aku heret sekali suamiku hahahah- mulanya kami decide untuk menginap di rumah teman aku ni je.. tapi atas sebab2 tertentu, dan hubby pun buat extra planning masa cuti2 tu, kami pun tukar plan tu dan cari hotel2 bajet -bukan rumah tumpangan ye- di sekitar bandar kuantan je.. Aku dah dapat 2-3 hotel yang tawarkan harga yang agak berpatutan.. tapi sampai sekarang ni, masih lagi belum book mana2 hotel lagi.. camne??? adoiyai! Mungkin pilihan terakhir kami, Hotel Seri Malaysia je.. aku pun dah malas nak klik2 goggle dan yahoo untuk search hotel.. lantak lah, sok.. kami aci redah jelah.. hope tak ramai orang ke kuantan.

Kalian kemana cuti tak berapa panjang ni??


p/s: Kepada Farra & zh-ena, hadiah korg dlm proses penghantaran ye.. maaf sebab lambat, bz skit.

Thursday, January 28, 2010

Laman Kasih..

January 28, 2010 6 Comments
Salam..

Mesti ada yang ingat aku buat entry pasal lagu kan? tp sebenarnye BUKAN ye.. ni nama sebuah tempat, atau lebih tepat sebuah teratak a.k.a rumah besar dengan kawasan yang besar siap dengan kebun dan laman yang cantik.. dulunye hanya sebagai private teratak kepada tuan empunya tanah.. tapi sekarang ni tuan tanah ni dah buka restoran kat teratak die ni. Dan di beri nama LAMAN KASIH..

Kalau dulu, tiap kali melalui jalan yang memang betul2 berdepan ngan teratak ni, hati mesti tertanya2 sape lah tuan tanah ni.. lepas tu teringin sangat nak tengok rumahnye.. mesti cantik. Jadi sejak tuan tanah tu buka restoran , dapat lah juga jejak kan kaki kat kawasan tu, walaupun tak dapat tengok rumah die sepenuhnye.. tapi dpt tengok laman die pun dah ok dah. Memang cantik tempat ni.. walaupun tak berapa besar sangat restoran die, tp tatarias die memang memukau pandangan..

Jom lah layan pic ni:-


Menu.. actually restoran ni more kepada stail cafe.. cuma ada alacarte menu je.. antaranye, Nasi lemak, nasi tomato, laksa dan ada beberapa menu western, yang kalu tak silap BBQ chicken. Harga, boleh tahan.. berpatutan dengan menu yang di hidangkan.. tak terlalu mahal dan tak de lah murah pun.. so-so je..

Antara pemandangan di bahagian dalam.. akak aku pn sibuk snap2 gak!


kami sedang menanti hidangan yang dah di order.. bleh tahan gak lah makanan die.. dan service pun boleh tahan gak..



owh ye.. anakanda ku juga tak ketinggalan nak mengorder menu juga, walaupun memang tak de pun menu khas untuk die.. untuk senang kan hati die, aku bagi juge ler menu tu padanye.. kalu idak, mau tunggang terbalik tempat org tu.


gambar sesudah makan.. tengok tu, licin tau!
p/s: aku x nk promote ye.. tp sesapa nak tau lebih lanjut tentang restoren ni, sila lah men'komen' nnti aku kasi maps insyaallah..


Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates