Wednesday, February 3, 2010

Jawatan Kosong!

February 03, 2010 8 Comments
Salam..

Aku dapat maklumat ni dari email yang di hantar oleh Kakak aku..
Jadi, pada kalian yang sedang mencari kerja, boleh lah terjah agensi2 di bawah ye..

Senarai Jawatan Kosong (Update: 2 Feb 2010)
Tuesday, February 2, 2010
-
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - Tarikh Tutup : 12 Feb 2010 - Terkini!!
Institut Terjemahan Negara Malaysia - Tarikh Tutup : 12 Feb 2010 - Terkini!!
KL Airport Services Sdn Bhd - Tarikh Tutup : 4 & 5 Feb 2010 - Terkini!!
Pejabat Pembangunan, UiTM - Tarikh Tutup : 16 Feb 2010 - Terkini!!
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - Tarikh Tutup : 8 Feb 2010 - Terkini!!
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu - Tarikh Tutup : 7 Feb 2010 - Terkini!!
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - Tarikh Tutup : 10 Feb 2010 - Terkini!!
Lembaga Kemajuan Bintulu - Tarikh Tutup : 2 & 8 Feb 2010 - Terkini!!
Majlis Perbandaran Alor Gajah - Tarikh Tutup : 1 Feb 2010 - Tamat
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu - Tarikh Tutup : 7 Feb 2010 - Terkini!!
Psikologi dan Kaunseling IPGM & Kolej Matrikulasi - Tarikh Tutup : 15 Feb 2010 - Terkini!!
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) - Tarikh Tutup : 10 Feb 2010 - Terkini!!
UiTM Pulau Pinang - Tarikh Tutup : 1 Feb 2010 - Tamat
Lembaga Muzium Negeri Kedah - Tarikh Tutup : 11 Feb 2010 - Terkini!!

Selamat Berjaya!

Tuesday, February 2, 2010

Di Bukit Gambang WaterPark

February 02, 2010 13 Comments
Salam..

Ini sambungan entryku semalam ye.. Untuk Hari kedua di Pahang, kami berjalan ke Bukit Gambang Resort! Memang agak teruja nak ke waterpark ni.. kami bertolak ke sini dalam jam 9 lebih, dan sampai lebih kurang jam 10 lebih gak lah.. Dari Kuantan ke Gambang lebih kurang 23 Km. Perjalanan pun memang sangat lancar.. mungkin sebab hujung minggu kot. Ramai yang beristirehat di rumah je..

Sampai je di Gambang Waterpark ni, kami terus menuju ke kaunter tiket untuk beli tiket.. aku lupe lak nak snap pic pintu masuk utama Waterpark ni. Harga tiket RM19.90 untuk dewasa dan kanak2 yang melebihi had 90cm dikenekan bayaran sebanyak RM12.90 -dah macam promoter plak aku dlm entry ni hehehe-. Semua perbelanjaan di dalam waterpark ini tidak boleh menggunakan tunai, hanya menggunakan tiket yang di beli untuk masuk kedalam. Dorang ni gunakan sistem e-coupon, dimana gelang kertas yang di lilit di lengan tu akan di scan semasa kite nak berbelanja.. minima coupon tu RM50 dan boleh di refund kalau kite masih ada baki yang belum digunakan.. Ini lah pintu masuk ke waterpark!, punye lah bagusnye dorg ni.. siap cek setiap beg lagi.. takut kalau2 kite bawak makanan ke dalam.. Selamat lah susu dan keperluan minuman baby boleh bwk masuk. Kalu idak.. aku cancel je mandi kat sini.

Pemandangan dari tempat lepak kami.. aku hanya sempat cop tempat lepak yang di bawah pokok2 kelapa ni je.. pondok2 semua nye dah penuh.. so sad lah.. kalu tidak sure aku bleh tidur bagai.. selamat ada meja dan kerusi. kalau tidak aku duk atas pasir je lah jawabnye..

Gambar atas ni gambar kaunter utama juga, yang mana pengunjung boleh top up duit untuk perbelanjaan dalam tu, selain kaunter untuk menyewa pondok2 dan peralatan yang nak di gunakan dalam tu.


Yang ni pulak food court nye.. overall, charge makanan yang di jual adalah amat berpatutan.. kalau nak compare dengan sunway lagoon dan tambun, rasanya harga makanan kat gambang ni murah skit kot.. taste die boleh tahan gak lah, boleh lah makan nak isi perut kan..

ha, ni lah pondok yang aku nak cuba dapatkan tu.. tapi malangnye dah penuh.. agaknye dorg ni datang awal2 pagi kot.. buka je kaunter, dorg terus serbu masuk n cop pondok ni.

Coco beach park.. tempat pertama kami untuk mandi manda. Memandangkan ini adalah yang terdekat ngan tempat lepak kami, jadi kami mandi kat sini dulu.. memang ramai orang kat gambang ni..

Fatin lah yang paling suke bila dapat main air... air dah masuk hidung ngn mulut pun die tak kisah gak. Janji dpt main air..

hubby ku pun suke gak.. sambil melayan anak, sambil tu jugak die bleh main air!

main air lagi..

ummi pun tak ketinggalan nak enterprem gak.. penat tul suh fatin pandang camera..

yeay! ni je gambar yang aku sempat snap. Gambar2 lain aku x dapat ambik pun sebab kami semua bz main air dan main permainan air yg de dalam tu.. tp memang syiok lah! cuma ad satu je yang aku tak main, part jumping tu.. aku tak berani nak gelongsor dari atas ke bawah.. eee seram ko! main gelongsor air yang pusing2 tu pun aku dah menjerit sampai nak terkeluar anak tekak.. tapi, semua nye memang happening sangat.. maybe next time akan datang lagi.
-sekian-


‘Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah cikmin.com’.

February 02, 2010 3 Comments
Salam..



Sticky post!! Sila scroll down untuk entry ku yang terkini ye..!!


Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.


Aku dapat entry ni melalui Blog wansteady... so pada teman2ku sekalian yang sangat suke join contest, boleh lah ke laman ini untuk maklumat lanjut berkenaan entry dan cabutan bertuah ni..

Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift

February 02, 2010 1 Comments
Salam
Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift

Aku tengah layan contest skang ni, kali ni anjuran yanadzul plak.. so korang bleh lah klik sini ---:> Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift dan Aivee Emart untuk lebih ye!

ok, 1st time ke blog puan tanah ni memang sangat tenang dengan layout yang cantik dan sedap mata memandang (rasa nak cilok je layout die n letak kat sini heheheh).. lepas dah jadi follower si pemunya blog, aku pun klik2 kat kedai aivee emart plak.. mak ai, memang cun melecun baju2 dan bag nye.. ada satu tu dah menambat hati ku lah! Carter's bag, adui... nak ke beli ke x?? nak beli ke tak?? kene tanya mr hubby dulu ni (sure kene bebel dulu) hahahahah:))

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates