Thursday, March 25, 2010

Hadiah dari Pretty Zaza

March 25, 2010 12 Comments
Salam..

Yeay! alhamdulillah... hadiah saguhati yang aku menang masa menyertai contest Pretty zaza baby face contest anjuran Pretty Zaza dah pun selamat sampai ke tangan aku..

Bungkusan hadiah.. semangat betul masa dapat bungkusan ni tau!

inilah isi dalamnye.. banyak kn? menang hadiah saguhati je tau.. baik betul hati cik zaza ni tau!
owh ye, yang bungkusan kertas warna putih n biru tu orang punye.. aku kene pass pad tuan punye nanti.

Inilah die barang2 yang di menangi tu.. sesuai sangat tuk fatin cayang.. sepit n getah rambut tu memang sangat2 berguna n cantik sangat untie zaza.. pandai awak pilih ye. Tabung tu, nnti fatin nak guna untuk letak duit collection.

PENGUMUMAN!!! kepada Imah a.k.a Anak-anakku dan ena (zh-ena) korang berdua pun dapat gak hadiah dari zaza tau... nanti aku bagi kat korg ek! p say thanks kat zaza sebab bagi korang hadiah ni!
-Sekian-

Wednesday, March 24, 2010

Tag dari Imah a.k.a Anak-Anakku

March 24, 2010 4 Comments
Salam..

Tag lagi.. hari ni hari aku menjawab tag ye... korang harus layan tau! kalau x............. x sayang korang! huhuhu..

Imah a.k.a anak-anakku - kawan, teman sahabat yang memang dah lama aku kenal. 1 kampung ngan aku lak tu.. kite kawan kan mah! ahahahahh:))

Jom layan Tag dari minah kecik ni!


Syarat²nyer.....
1stly macam biasalah korang kene copy paste banner kat atas tue. -DONE-
Pastu jawab soalan² nie...

i) Siapakah kawan baik anda
- ko ler.., hahahah n ade lah lagi yang lain.. semua dah tau kot..
ii) Berikan 3 kenangan paling manis dan 3 kenangan paling pahit dalam persahabatan korang
Yang manis - Gembira sama2, Sekolah sama2, Buat 'kerja jahat' sama2..
Yang Pahit - Kena kejar anjing, 2 lagi.. tak de kot. Ade ke ek??? sila beritahu.......
iii) Kalau anda hanya di beri masa 1 minit bersama sahabat anda apakah yang anda inginkan katakan padanya
- Aku akan say' ko akan tetap jadi kawan aku sampai bila2 pun walaupun banyak perkara yang dah berlaku' dan "boleh tak ko belanja aku makan, aku lapar ni!?? ahahahahahahah - jokes!-
iv) Lastly tag kepada 3 orang y anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger.....
emmm nak tag sape ni?? sape yang sudi?? sila tinggal kan komen kat sini.. ye...
tapi hope sangat pengkomen2 seperti, Zella, Fatin, Ezan, Mamaaerish, Nafiraa, Catlina, dbalkis, eh ramainyeeeeeee.. korang sudi lah jawab ye! best jd kawan blogger korang tau!

"HARGAILAH HUBUNGAN PERSAHABATAN ITU SELAGI DIA MASIH ADA"

Tag lagi..kali ni dari Ease Basri, layan je la!

March 24, 2010 6 Comments
Salam..
Ni nak menjawab tag kengkawan blogku.. Harus lah support kawan2 yang bagi tag kan.. lagipun, dorang lah yang selalu datang blog ni untuk baca entry n bagi komen.. toce2..
Kali ni nak menjawab tag dari Ease Basri, kenalan blog yang baru je rapat2 kan silaturrahim..kan ease?? ease memang rajin datang blog aku ni n sudi tinggal komen kat entry2 aku.. Toce ye ease! sayang kamu..
ok, here we go..layanzzzzzzzzzzzzz je!
SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Isteri kepada Suamiku, ibu kepada anakku, adik kepada abangku, kakak kepada adik2ku..
SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Sebenarnye, soalan ni kene tanya ngan rakan aku lah kan, tapi aku masih lagi cuba menjadi seorang Kawan, sahabat dan teman, yang sentiasa ada bila diperlukan.. insyaallah..

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
-Kereta impian
-Rumah Impian
-Percutian
-Dslr
-Laptop sendiri


SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Mohd Fahmi bin Mohd Sazali

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
Ceria, Suka buat lawak, Sporting, Sabar, Paling best sekali die memang pandai jaga anak.
BILA TARIKH COUPLE
12-12-2007 00:00 a.m

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Kene kejar ngan anjing masa buat Kaji selidik untuk kerja sekolah.

LAGU TEMA CINTA ANDA
Cahaya cinta by Siti Nurhaliza.. uhuk! Jiwang tul kn??? Dulu2 je.. skang dah tarak!

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Emm… buat masa ni tak ada lagi..

TAG 10 RAKAN LAIN
Anak-anakku
Barine
Nieda
Pot pet Mek Rose
Nafiraa
Mamaaeris
Fatin
Zella
Zura
Catlina

Tag lagi.. dari mamaaerish pulak!

March 24, 2010 5 Comments
Salam..
yeah..dapat tag lagi, dah lama peram kat dalam word file tu.. baru la ni dapat mengotakan kata yang tak berjanji untuk menjawab tag dari eb aka mamaaerish!
eb, saya just jawab simple n sedaya yang boleh ye.. memerah keringat gak ni nak jawab tag yang sebenarnye mudah dan senang ni ihik..
Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan
1- Digital Slr Camera (nak brand Canon/Nikon)
2- Rumah banglo besar yang lengkap ngan perabot
3- kereta Honda stream yang baru tu
4-Holiday (travel)
5- Pergi ke Mekah..


5 alasan terhadap pilihan tersebut ::
i- Suka snap gambar2 khas tuk tatapan blogku
ii- Keselesaan
iii- Kepuasan
iv- Kegunaan
v- Harus ada

:: 5 impresi terhadap orang yg anda minat ::
i-Senyum
ii- Sengih
iii-jeling2 die
iv- Tenung die
v- Cover2


5 perkara hebat pernah anda lakukansaya hebat dn bersemangat biler
i- Bergelari isteri
ii- Melahirkan anak
iii-Mengetuai mesyuarat
Iv- Handle customer yang marah2
v-pertama kali drive kereta

5 ciptaan yang paling disukai (tak semestinya teknologi)
i-Manusia
ii-Tumbuh-tumbuhan
iii-Bangunan
iv-Haiwan
v-bahasa pertuturan kita


5 perkara yang dibenci ( I say no to this person !)
i-kene marah
ii- kene maki
iii-kene hina
iv-penipu
v-berlagak


5 orang yg hendak anda tag.
i-Ease Basri
ii- Zella
iii- Catlina
iv- Anak-anakku
v-zura
-sape yang kena, sila lah dengan jayanye menjawab tag ni ye..-

Tuesday, March 23, 2010

Akhirnye dapat juga Consent Letterku

March 23, 2010 19 Comments
Salam..

Alhamdulillah, syukur..... akhirnye Consent Letter ( Surat Kebenaran Pindahmilik) yang aku tunggu2 dan buat aku sampai naik geram tu sampai jua ke tanganku. Lepas marah2 n geram2 aritu, lawyer tu cepat2 g amik CL tu.. then ingatkan lepas 2 3 ari sampai lah kat tangan aku. Tapi, de kesilapan kat CL tu pulak.. jadi, kene lah send back to Land Office. Khamis minggu lepas baru dapat yang emmended punye, then lawyer call aku sama ada nak send by courier atau nak ambil by hand. Aku prefer collect sendiri dari nak harapkan lawyer tu hantar.. n jadi mangsanye dah tentulah incek suami ku sayang... heheh..

Sory ye.. tak de gambar untuk CL tu, aku lupe nak snap pic die.. It just a simple letter, mengatakan kebenaran pemindahan hakmilik kepada pemunya baru telah di luluskan.. itu je. Tapi sayang gak x snap pic CL tulah.. atleast bleh buat rujukan tuk yang nak beli umah kan..

Ok, part CL dah selesai.. jadi now part keluaq kan duit dari EPF.. Semalam dah settle submit borang kat EPF.. memang banyak betul dokumen2 yang kene di lampirkan.. and alhamdulillah, everything go smooth.. hope segalanya berjalan lancar lah.. lagi sikit je nak sampai ke penghujungnye, sebelum aku dapat umah tu.

Gambar bawah ni masa tengah isi2 borang KWSP untuk pengeluaran dan sebahagian dari dokumen2 yang kene di lampirkan untuk proses pengeluaran tu..

Banyak betul lah nak kene siapkan.. kalau korang nak tengok CL letter yang x berapa jelas, tuuuu yang kat belah atas, kat bahagian kiri.

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates