Friday, October 9, 2015

Benvenuto ke Italy!!

October 09, 2015 0 Comments
AlhamdulillaH...

Surat dari shaklee untuk trip PERCUMA kami ke Italy dah pun di terima melalui penghantaran email semalam.

In shaa allah, kami akan berangkat ke Italy dan menikmati percutian tajaan sepenuhnya dari shaklee ini pada pertengahan bulan November nanti.

Rasa macam bermimpi ja. Kali ni saya bakal ke Italy tanpa perlu mengeluarkan apa2 bayaran dan wang ringgit.

Best nya lah shaklee ni.
Sambil menjual, dapat pula bonus. sambil dapat bonus, dapat pula keuntungan2 lain dari meraka.
Alhamdulillah, segalanya berkat kekuatan semangat dan kerja keras dalam biznes shaklee ni.

Saya yakin dan sentiasa berharap, anak2 didik shaklee saya juga dapat rasa trip ke luar negara tajaan shaklee ni secara percuma akan datang.


Buat seluruh Shaklee Independent Distributor yang sedang, masih berniaga produk shaklee, saya sarankan anda teruskan lah usaha dan kejar impian serta cita2 yang anda inginkan dalam shaklee. Segala yang shaklee beri kan dan tawarkan bukan lah sekadar rekaan semata. ianya adalah benar dan ia mampu di miliki buat anda yang terus berusaha untuk maju dan berjaya dengan biznes shaklee ini.

Ingat lah, Tiada kesusahan sebelum kesenangan. Tiada kepayahan sebelum kemudahan. Tiada kegagalan sebelum Kejayaan.
Jika anda pernah rasa jatuh, bangkitlah.. bukan terus jatuh dan koma.

Perjuangan belum berakhir selagi anda tidak mengecapi impian yang di idamkan.

Selamat berjuang SID!

Jumpa anda di puncak Master Coordinator!

Suzie Eizmierah
IG @ vitaminshopsgbuloh
012.3814786

Thursday, October 8, 2015

DIY - Dari Botol vitamin ke Pasu Bunga

October 08, 2015 1 Comments
Assalamualaikum.. selamat petang.
Alhamdulillah, setelah menghilang beberapa hari, hari ni saya dapat juga luangkan masa untuk tajuk 'best' ni, DIY pasu dari Tong Vitamin.

Ok lah, mudah je pun nak buat pasu ni.
Apa yang kita perlukan, Tong suplimen dan Garfu je..

Rata2 rakyat malaysia sekarang ni mengambil suplimen untuk jaga kesihatan betul? Jadi, dah tentulah botol-botol dan tong-tong vitamin yang telah habis tu di buang atau disimpan tanpa digunapakai semula kan?

Sekarang ni, saya nak tunjuk tong ESP dan tong Performance Drinks yang telah habis dan saya jadikan pasu untuk tanam pokok2 bahan masakan saya ni. 
Cara ni sangat mudah di urus dan di ubah kedudukan sebab kecil dan ringan.


Tong ESP ni saya gunakan untuk tanam Pokok Kesum.

Caranya, pelekat ESP tu di buang dahulu.
Kemudan, ambil garfu besi dan panas kan di atas api hingga garfu tu panas dan mudah untuk menebuk bahagian bawah tong ESP tu.

Kemudian, tebuk lah dalam 2 ke 4 tebukan dengan menggunakan garfu panas tadi. Untuk tanam kesum  tak perlu tebuk banyak pun tak pe. Sebab penanaman kesum perlukan air yang banyak dan pohon kesum tu perlu terendam dengan air. Baru lah kesum hidup subur dan hijau.


Masuk kan tanah, kemudian ambil kesum yang korang boleh dapat beli dari kedai dan cucuk kan ke dalam tanah tadi. Kemudian, curah air hingga penuh dan biarkan kesum tu terendam dalam tong tu.

Dah siap pun 1 pasu tanaman kesum saya...

Ni pokok daun sup. Saya tanam 3 bulan lalu. Saya beli 2 3 pokok sup dari kedai  daunnya saya guna untuk masakan dan tangkai yang berakar tu sy rendam dulu seharian, kemudian baru saya tanam dalam tong Performance Drinks tu.

Alhamdulillah, pokok sup ni hidup subur dan dah dah ada pohon baru pun..

Ini lah rupa pohon sup saya.
Subur kan?

Ni antara koleksi tanaman masakan yang saya guna kan tong2 suplimen tu.

Pokok Rosemarry tu pun bakal di alih ke tong suplimen ni juga. Kena tunggu tanah baru.

Ni lah pokok Rosemarry tu.

Koleksi tanaman saya.. alhamdulillah..

Anda pun boleh cuba tau DIY pasu ni..

Mudah, murah dan boleh di cantikkan lagi dengan deco kreatif anda sendiri..

Sekian, share biasa2 aje dari saya.

Suzie Eizmierah
Shaklee Independent Distributor
Eizmierah Mumnbabyshop
IG @ vitaminshopsgbuloh

Wednesday, September 23, 2015

Chew Vitalea si Multi-Vitamin untuk kanak-kanak

September 23, 2015 0 Comments
Assalamualaikum...

Pentingkah vitamin untuk kanak2?
Ini antara persoalan yang selalu di ajukan pada kami para pengedar Shaklee. Ada setengah ibu bapa yang tidak alert tentang pemberian vitamin pada anak2 mereka, hingga lah anak2 mereka menampakkan perubahan pada fizikal diri.

Biasanya ibu bapa akan tersedar bila anak2 tu kerap demam, kerap sakit, kurus, kurang aktif. Betul?
Ini lah adat manusia.

Jadi, anda berada di golongan yang mana? prihatin tentang kesihatan anak2 atau tunggu hingga perkara yang tak di ingini berlaku?




Baiklah, hari ni saya nak kongsikan tentang Multi-vitamin untuk kanak2 iaitu Chewable Vitalea.

* Merupakan Multivitamin yang sesuai untuk anak yang sering lesu, letih dan tidak bermaya serta sering sakit

* Ianya mudah di kunyah oleh kanak-kanak

* Rasanya yang sedap dan berbau anggur, memang menarik selera anak-anak untuk mencubanya.

* Vitamin ini merangkumi lebih 18 jenis vitamin dan mineral dalam tablet.

* TIADA PEMANIS TIRUAN. Hanya xylitol ada dalam vitamin ini. Xylitol adalah sejenis gula dalam tumbuhan dan tidak akan mengakibatkan kaviti gigi, terutama bagi kanak-kanak.


Anda bayang kan, anak2 yang masih kecil tu perlu makan semua ni untuk dapatkan jumlah intake nutrisi yang di perlukan oleh badan dia. Mampu kah? dah semestinya tidak, betul?

Jadi, shaklee telah mengkaji dan membuat supliment khas untuk tubuh kanak2 ini..


Gambar atas ni adalah jumlah vitamin yang terkandung di dalam Chew Vitalea tu. Anda boleh rujuk sini ya.

Sempena Promosi bulan ni, Shaklee ada menawarkan Belian 3 botol akan dapat sebotol percuma. Berbaloi kan?


Sekiranya anda berminat nak dapatkan Chew Vitalea ni, boleh lah hubungi saya di talian 012.3814786 ya. In shaa allah, konsultasi secara percuma akan di berikan buat anda yang membeli produk shaklee dari saya

Sekian, sharing hari ini

Suzie Eizmierah
Founder of Eizmierah
Shaklee independent Distributor


Tuesday, September 22, 2015

Nutriwhite Make Up Remover

September 22, 2015 0 Comments
MAKEUP REMOVER dari Nutriwhite ni antara produk penjagaan luaran kulit wajah yang saaaangat laris. 

Fungsi nya bukan sahaja untuk menanggalkan Make up. tapi dia digunakan untuk singkirkan kotoran yang melekat di wajah kita. Almaklum, kulit muka kita ni terdedah dengan kotoran dari habuk, minyak, debu dan macam2 lagi lah kan.

Jadi, Makeup remover ni gunanya untuk buang dulu kotoran tu. kemudian, baru lah guna pencuci muka untuk bersihkan kulit muka kita tu.

Cara gunanya senang je. hanya sedikit je kita guna. 

1 tiub Make up remover ni tahan hingga berbulan tau. Jadi, sangat lah untung membeli produk Nutriwhite dari shaklee ni. Bayangkan, 1 tiub boleh tahan lebih 3 bulan.




Nahhhhhhhh... ini dia testimoni Happy Sokmo dari pengguna Makeup remover shaklee.
Dina ni baru je start guna tau. X sampai seminggu kot. Tapi, terserlah kepuasan hatinya tu disitu.. 

Make up remover shaklee ni mmg tak pernah mengecewakan pun.
Boleh katakan, semua yang baru cuba pasti jatuh hati tak terkata.

1 lagi testimoni berfacial dengan produk shaklee. Beliau gunakan make up remover dlm aktiviti ber'facial' tu. Boleh lawat blog Hafidahkhaja ni ye. Mesti anda teruja

Anda yang nak tanggalkan daki dan make up tu, mudahkan kerja dgn penggunaan make up remover ni k.


Jom dapatkan Make up Remover!

Suzie Eizmierah
Founder of Eizmierah

Monday, September 21, 2015

Peppermint Ginger bantu Kurangkan angin dalam badan dengan Mudah

September 21, 2015 0 Comments
PEPPERMINT GINGER 


Si Agen pembuang angin TerrrrrrrrBAIK!

Al kisah nya, cerita di cameron tempohari. Kakak saya ni terlebih makan ubi keledek dan jagung yg sgt sdp di cameron tu. Akibat sedap sangat tu, maka bermula lah episod angin sebu kus kus masuk ke perut dan segenap tubuh nya.. bila dah masuk angin, memang buat apa pun tak kena lh kan.. 
Saya yang kesian tengok dia menahan angin sebu kus kus tu, mengOfferkan Peppermint Ginger ni pada dia. Tapi, dia tolak. "Tak mau lah.." katanya..
Saya bgtau dia, peppermint ni baguslah utk kuarkan angin ko tu..
Tapi, dah dia tak mau..ku pun x paksa lh kn..

Pastu dia masuk bilik.. ingatkan dia dah tidur, tup2 kuar bilik n mengadu sakit lg.. sy pun capai 2biji peppermint dan suh dia telan. Lepastu dia masuk bilik balik..

Esok nya dah ok dah.. alhamdulillah..


**********************************************************************************************
Kita berkenalan dengan si Peppermint Ginger ni ye..


Peppermint Ginger ni banyak manfaat nya dan bahan2nya pun dalah dari tumbuhan yang biasa kita jumpa.

Semua orang boleh ambil Peppermint ginger ni ye. tiada larangan pun.

Soalan yang mesti dan wajib pelanggan tanya pada saya, sebelum membeli Peppermint ni:
- SEBOTOL ADA BERAPA BIJI?
Dalam sebotol Peppermint Ginger ni ada 90 biji

- BERAPA HARGANYA?
Harga Retail price adalah RM47.70 (tidak termasuk kos penghantaran)
Sekiranya anda menjadi ahli, harga produk akan jadi lebih murah. iaitu kurang 20% dari harga RP tu.

-MACAM MANA CARA MAKAN?
Caranya, Telan 1-2 biji sehari atau anda juga boleh larutkan ke dalam segelas air kosong suam. larutkan Peppermint ginger ni hingga hancur. ia akan jadi seperti air teh. Kemudian, boleh lah di minum.
seperti gambar di bawah ni.
Pic ni ehsan dari Pakcik Google


nota kaki: Musim Raya dan cuti sekolah ni, dah tentulah kita2 ni akan pulang ke kampung kan? makanya, dah tentulah berbagai juadah makanan yang akan masuk ke perut tu. jadi, sebagai langkah berjaga2 dan langkah awal. Sila dapat kan segera Peppermint Ginger ni dari saya ye. Siap2 letak dalam Handbag anda tu. mudah bila anda di datangi angin sebu.. betul?

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan dari saya dengan menghantar tempahan ke no handphone saya di 012.3814786.

Sekian, perkongsian saya hari ni.


Suzie Eizmierah
Founder of Eizmierah

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates