Thursday, September 30, 2010

|| Kenangan || Fatin and ummi punye..

September 30, 2010 14 Comments
Salam..
Sapa tau ape nama bende ni?
Aku memang tak tau..
Cuma panggil gelang pseakit je.. heheheheh.
Ok, tadi godek2 file gambar lama2..
pastu terjumpa plak gambar ni..
Sweet moment masa melahirkan fatin dulu..
Benda ni pun masih lagi aku simpan kat dalam bag..
Sayang betul nak buang..
Gambar ni pulak aku ambil masa dalam pantang dulu..
tapi baru hari ni boleh entry kan..
Sebagai kenangan di hari muka..
Jom layan..


dua gelang..
Fatin punye yang pink, and putih ni ummi punye..
mine..

fatin punye..

kenangan terindah yang tak dapat di lupekan...
bila pegang dan tengok balik benda ni, sure terbayang wajah baby fatin dulu..

k lah..daaaaaaa!
-chugie-



Wednesday, September 29, 2010

Tinggal BE je lepas cash out Nuffnang

September 29, 2010 13 Comments
Salam..

Alhamdulillah, semalam dah cash out kan duit nuffy..
Insyaallah dalam masa sebulan sampai lah ke tangan hamba..
Ihik! gembira plak rasanya..

Yang tinggal dalam nuffy hanya BE je.. ME ku dah selamat di cash out kan.
Jumlahnye tak ada lah banyak mana pun..
Boleh lah buat beli baju 2 3 helai baju.. ekekekekek

Ini 1st time aku cash outkan selama bersetia dengan nuffy ni..
Hope tak ada sebarang masalah lah nanti aminn..


K lah, daaa dulu..
-chugie-

Tuesday, September 28, 2010

Lagi kisah ttg Pemilik kenderaan Sengal..

September 28, 2010 8 Comments
Salam..

Wah, ramai yang beri nasihat dan tak lupe juga beremosi tentang tajuk pg td kan?
Aku lg lah emosi.. geram sangat.. tapi fikirkan aku sedang berbadan dua ni,
tak ada lah aku pergi serang atau marah atau lanyak kereta tu..
aku just duduk kat buaian depan umah sambil tengok2 sapa empunya kenderaan tu.

Bila dah petang dlm 6.30 tu, pemilik pun kuar..
tapi malangnye, tiada langsung perasaan atau ungkapan "MAAF" dari orang tersebut..
Terus je berlalu macam tu saje..
Maka, kesimpulannya.. mungkin PEMILIK BERKENAAN MUNGKIN RABUN..

Ada lagi kisah yang berlaku sebelum2 ni sebenarnye..

FLASHBACK balik ek..

Sebelum ni, ade lah jiran depan umah kami tu buat kenduri kahwin anaknya,
Maka ramai lah yang hadir..
Seperti biasa, ramai juga lah yang tumpang parkir tanpa izin.. (tak pe lah kan.. janji tak kacau org)
Kebetulan waktu tu kawasan umah aku x banyak kereta,
Garaj untuk letak 2 biji kereta kat tepi umah pun kosong lah..
Masa tu dalam jam 12 tengah hari, time ramai dh dtg makan.

So kami ni pun, sefamily nak pergi lah kerumah kenduri tu..
Bila keluar je, Tengok2 dah sesak kawasan rumah kami tu dengan kereta2..
Yang paling mengejutkan, ada pulak yang siap parkir dalam garaj kereta kami tu..
dan yang paling tidak senonohnye,
ada yang telah melanggar tanaman di rumah kami semata2 mahu parkir dengan senang..

Aduhai lah.. masyarakat kita ni dah kurang berfikir ke?
atau dah kurang perasaan atau takut dengan harta benda orang lain ke ek??

Yang paling memalukan, orang yang parkir itu adalah pengantin lelaki dan rombongannya,
masa kami keluar tu, tak sorang pun dari rombongan tu menegur kami,
dan tanpa segan silu berlalu macam tu je..
sedangkan mereka dah buat garaj dan kawasan rumah kami macam tanah dorang.

Malah kami sebagai tuan rumah pulak yang rasa segan dan malu bila tengok keadaan tu..
haish.. macam2 hal.

Nak di jadikan cerita, petang tu lepas habis je kenduri,
dah kecoh2 plak kat garaj kami tu..
ingatkan ape kebendenye..
rupenye kereta pengantin lelaki yang suka2 hati mak bapak die park kat garaj kami tu rosak..
ha... tu lah akibatnye orang sombong dan sesuke hati je masuk ke kawasan orang.. hehehh:D
**Daulat tu** kan??

sekian dulu kisah Pemilik kenderaan yang sengal..

*** kesimpulannya: ramai sebenarnye manusia yang suka ambil jalan mudah untuk kepentingan diri sendiri, tanpa memikirkan hak orang lain.

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dulu ek!
-chugie-

Pemilik kenderaan yang SENGAL!!

September 28, 2010 14 Comments
Salam..
Tajuk agak Sengal pagi2 ni..
Ni ha, aku nak cerita kisah di petang hari ahad lepas..
Tentang seorang hamba allah a.k.a pemilik kenderaan Perodua Myvi berwarna silver,
yang aku rasakan manusia ni punya otak yang kurang berfikir, sengal dan mungkin juga tak ada otak!! (ayat geram ni)
Petang tu ada jamuan hari raya kat surau depan umahku itu,
makanya, ramai lah penduduk kg yang datang..
tapi parking tak ada lah sesak pun.. sebab rata2 mereka ni jalan kaki je.
Tapi yang membangkitkan kemaharan dan kegeraman kami ni,
ada pulak PEMILIK KENDERAAN YANG SENGAL atau tak ada otak ni,
telah meletakkan kenderaannya betul2 kat jalan masuk ke kawasan rumah kami.
Pelik bin geram jugak lah tengok kereta tu tiba2 je wujud ngam2 kat pintu masuk umah..
sedangkan dalam kawasan dan luar kawasan umah kami tu masih banyak lagi kawasan yang kosong..
Kebetulan pula, adik iparku keluar, dan kami ada tetamu yang nak dtg kerumah.
Maka, bila mereka ni balik dan datang, terpaksa lah mereka parkir kereta di luar kawasan rumah,
sebab jalan dah di blok (NO ENTRY)..
Aduhai lah.. manusia macam ni pun ada kan?
Ni ha, aku sempat lagi ambil gambar kereta yang blok jalan tu.


Sengal betul lah..
Punya banyak kawasan, jalan ke dalam umah aku gak yang die pilih jadi tempat park.
Agaknya dia tak nampak kot kewujudan rumah dan kereta2 yang ada kat kawasan umahku ini..
Close up sket kereta die..
NO Plat kereta: WPN 40XX
haish...
Lama plak tu, dah nak maghrib baru balik..
lepas tu, buat dek je blah dari situ..
SENGAL!!
-Chugie-

Monday, September 27, 2010

Progres Rumahku.. "sesi cuci2 dah settle"

September 27, 2010 13 Comments
Salam..
Dah lama tak de perkembangan rumah kami tu kan?
Sejak dapat kunci, dan settle pasal hal kemasukan air, dicampur bz layan hal2 kehamilanku ni,
tergandala pulak sesi perkembangan rumah tu.
Alhamdulillah, Sesi mencuci, menyamak, membersihkan rumah tu dah selesai..
Lega rasanye.. kalau tidak, macam2 hal jadi.
Yelah, dengan meter air hilang..
dengan meter elektrik baru missing in action gak semalam..
entah sape yang ambil agaknye meter2 tu.
Semalam, dengan bantuan adik beradikku, selesai juga akhirnye..
Selamat ada pembantu2 yang rajin ni,
kalau nak harap aku dan hubby buat, memang tak siap lah jawabnye.
Insyaallah, minggu depan penyewa kami nak tengok rumah..
Rumah ni kami sewakan dulu sampai lah kami sedia nak tinggal kat sini..
ok, jom layan gambar skit masa sesi pembersihan di jalankan.

Ruang belakang dah di penuhi oleh pokok ceri yang besar dan rumput yang banyak kat keliling pagar..
Walaupun owner lama tu dah simen abis semua lantai, tapi ade jugak sang rumput dan pokok yang sudi bertandang kat ruang belakang tu..
Sesi menyamak agak mencabar skit, sebab samak satu rumah kan..
so guna air yang agak banyak..
Penat juga lah aku membersihkannye..
Dah dekat petang, baru siap semuanye..
Lega bila tengok rumah tu dah bersih dan tak semak..
Susah jugak nak bersihkan lantai rumah yang dah lama di tinggalkan tu..
berkeladak! haish...
Dah abis sesi membersihkan rumah, aku belanja semua yang tolong tu makan McD!
Drive thru je.. sebab badan dah bau macam2,
so baik tapau je makanan tu dan makan kat umah..
Sekian dulu..
update lagi kemudian ye..
-chugie-


Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates