Saturday, July 25, 2009

Aduh..penatnye..

Salam..

Aduhai penatnye lah badan ku..

Minggu ni memang penuh dengan kesibukan.. Tak cukup masa kerja, lepas waktu kerja pun masih lagi sibuk. aduhai penatnye..tak sabar nak habiskan minggu ni dan berehat secukupnye masa hujung minggu. Ni pun aku curi2 create entry untuk blog sebab kepala dah rasa ding dong skit akibat kepenatan bekerja.

Untuk 3 hari ni office aku adakan hari bertemu pelanggan pada jumaat, sabtu dan ahad sempena pelancaran kereta viva yang di beri ubah suaian baru ( new facelift ). Jadi, aku di pertanggung jawabkan untuk pastikan event ni berjalan dengan lancar. Bermula dari hari selasa, aku dan staff lain dah mulakan persiapan untuk keraian ni. Antara aktiviti yang kami harus buat adalah menghias showroom. Semestinya bukan satu perkara yang mudah untuk menghias showroom sebab memerlukan kreativiti yang agak sempurna, kalau tidak showroom tu akan jadi nthapa2 ntah.

Jadi selama 3 hari sebelum majlis tu, aku dan beberapa staff bertungkus lumus untuk buat persiapan, alhamdulillah dalam kepenatan menyediakan majlis ni, segala yang di rancang berjalan dengan begitu lancar dan sememangnya aku amat berpuas hati dengan hasil kerja anak2 buah aku ni. Tak sangka sambutan yang kami terima juga amat menggalakkan. Mungkin juga berkat kerjasama semua staff kali ni yang bersama2 menyiapkan segala persiapan untuk majlis tu.

Harapan aku, moga salesman dapat banyak booking viva atau myvi. Hidup office aku!! huhuh..

got to go now!! kerja memerlukan aku.see ya!!

2 comments:

Zura Tahir said...

hidup perodua...

iman said...

hahaahha bestnyer, penat bekerja

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates