Showing posts with label Majalah Wanita. Show all posts
Showing posts with label Majalah Wanita. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

TIPS: Buat Air Selusuh Cara Ustaz Don

June 14, 2014 0 Comments
Assalamualaikum...

Ada yang dah beli dan baca Majalah WANITA keluaran terbaru ni?
Muka depannya Ustaz Don, Isteri dan Baby nya yang comel..

Sebenarnya saya dapat majalah ni secara percuma je, Dapat ketika Shaklee National Conference Tempoh hari.  Best, macam2 ada.. banyak juga pengisian.

Paling yang menarik perhatian adalah kisah Ustaz Don dan keluarga kecilnya.

saya tertarik dengan perkongsian ustaz Don tentang cara membuat air selusuh ni.


Cara Membuat air selusuh yang Ustaz Don beri;

Ambil dalam semangkuk air masak

1. Baca Surah Al-Fatihah

2. Baca Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24; yang bermaksud:-
#21. Kalau sekiranya kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan2 itu kami buat untuk manusia supaya berfikir.

#22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

#23.  Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

#24.  Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


3.  Selawat Syifa'

4.  Doa Selusuh;
    Terjemahannya;-
    " Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5.  Doa Pemudah:
terjemahannya;
" Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin.


Buat Para ibu2 hamil, boleh lah ikuti cara buat air selusuh yang ustaz Don beri ni. Minta suami anda yang buat ye. Kata Ustaz Don, Air selusuh ni lambat dia buat.. jadi, hanya sempat sapukan air ni pada pert isterinya sahaja.

Bagi yang nak dapatkan majalah ni, ini muka hadapannya ye..


Next Sharing, saya akan kongsi pasal tajuk lain plak..

Wasalam...

-Chugie-
SID 012.3814786
Master Ummie @ JMS

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates