Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

Khasiat Biji Rambutan untuk pesakit Diabetes Tahap 2

September 19, 2015 0 Comments


Khasiat Biji Rambutan.

Biji rambutan, kalau orang yang tak tahu khasiatnya, memang tak pandang lah si biji rambutan ni. Makan buah rambutan, habis isi, biji buang masuk tong sampah je lah kan..

Tapi, untuk pengetahuan korang semua, Biji Rambutan ni ada khasiatnya tau. Iaitu boleh digunakan dalam rawatan pesakit diabetes tahap 2. Kajian penyelidikan memberitahu, ektstrak methanol pada biji rambutan tu mengandungi falvaniod dan fenolik. Manfaatnya, aktiviti hipoglikemik menjadi berpotensi utk bantu pesakit yang menghidap diabetes.

Biji rambutan ni juga dikatakan boleh menguati penyakit buah pinggang.

Rambutan memiliki kandungan karbohidrat, lemak, protein, fosfor, besi, vitamin C dan kalsium. Kulit buahnya mengandung tannin dan saponin. Bijinya mengandung polifenol dan lemak, kulit batangnya mengandung tannin, flavonida, saponin, zat besi dan pectic substance. Sedangkan daun rambutan mengandung saponin dan tannin. Di dalam buah rambutan tersimpan khasiat sebagai ubat yang tidak ternilai harganya. Menurut kajian pakar tanaman ubat, setiap 100 gram mengandungi 69 kalori, 58 mg vitamin, dan 18,1 gram karbohidrat.

Buah rambutan juga memiliki kadar serat yang cukup tinggi, sekitar 2 gram per 100gram berat buah. Dengan jumlah kandungan di dalam rambutan, ianya sesuai untuk kesihatan dan buat orang – orang yang tengah berdiet tu.

Bagaimana nak buat nya?

Kumpul biji2 rambutan yang korang dh makan isinya tu.
Kemudian cuci bersih, tanggal kan juga kulit2 tebal tu ye
Lepas tu, goreng di kuali tanpa minyak (sangai) Macam pic bawah ni.

Pic Ehsan Google

Dah selesai goreng biji tu, tumbuk lumat. Pastikan anda guna lesung berasingan dengan lesung tumbuk cili ye. kang pedas panas pula biji rambutan yang nak makan tu :P

ok, dah selesai sesi tumbuk menumbuk, campur sedikit dalam air suam. Kacau2 dan boleh lah di minum hari2. Amalkan lah selalu hingga diabetes anda tu turun.

Ini hanya sekadar ikhtiar dari segi semulajadi ya.. apa pun, jangan lah lupa untuk berdoa, mohon Allah berikan kesembuhan pada penyakit yang kita hadapi tu dan jangan berhenti untuk berikhtiar. selagi ada usaha, selagi itu pasti ada hasil yang positif.

sekian...

Bagi yang rasa susahnya lah dan malas nak berenyah2 untuk buat semua diatas tu, Sila lah dapatkan set diebetes shaklee atau Vivix shaklee dari saya ye.. Tak mahal pun. Pastinya berbaloi dan berkesan untuk masalah anda.

Jangan kedekut nak melabur demi kesihatan sendiri...

Nak sakit atau Nak sihat? Pilihan anda!

Sekian dulu...

Suzie Eizmierah
Founder of, Eizmierah Mumnbabyshop / IG @ Vitaminshopsgbuloh
012.3814786

Wednesday, August 26, 2015

Pelupa? nah doa untuk elak pelupa.

August 26, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..

aduhai.. pagi tadi, punya lah banyak idea nak mengupdate blog ni.
pung pang pung pang buat macam2 kerja, last2 idea semua hilang entah kemana.. muahahahaha..

Biasalah, Emak anak tiga, urat dah banyak na putus nye ni ha..

Mesti anda semua pun dah biasa hadapi masalah macam ni kan? betul? :D

Di awal pagi, ilham setinggi gunung. macam2 cerita nak di ungkapkan dalam blog. bila masuk ke tengahhari, ilham pun hilang.

ok, ni tips yang di kongsikan sahabat saya untuk tidak berlakunya keadaan PELUPA ni ye..

1. Bila ilham tu datang, cepat2 tulis.
2. Bila ilham datang, tapi x sempat nak tulis, boleh buat voice rekod.
3. Banyakkan makan Kismis ye..
4. Banyak kan makan kurma
5. Jangan lupa makan Omega Guard. Minda akan kuat mengingat kalau kita amalkan Omega guard tau. tak tipu punya! hihi.. saya ni memang pengelat no 1 nak makan Omega guard sebab saya tak suka dengan baunya yang hanyir.. :P
6. Cuba lah amalkan doa2 bawah ni. Kita orang islam kan, jadi kena lah berbalik pada qalam Allah.. yang baik itu semuanya datang DariNYA.. jadi, amal2kan lah suruhannya.. doa banyak2 supaya kita di berikan minda dan otak yang cerdas dan tidak pelupa!




Doa Untuk Kecerdasan Otak & Doa Mengelak Lupa
- Sumber dari blog Shafiqolbu -

Sekian dulu sharing merapu dari saya.

Suzie Maswar
Pengedar Shaklee dan MumNbabyshop
FB Eizmierah Mumnbabyshop
IG @ Vitaminshopsgbuloh / Mumnbabyshop
012.3814786

Monday, September 1, 2014

Susu Badan Kurang?? Apa PUNCANYA?!

September 01, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..

Kerap sangat saya nampak soalan "Susu saya makin kurang, apa nak buat?"...
rata-rata, ibu yang mengalami masalah susu kurang ni adalah ibu yang masih kurang info tentang penyusuan, tentang situasi2 yang normal akan di hadapi oleh ibu2 dalam penyusuan.

Saya juga salah seorang ibu yang juga pernah alami masalah begini ketika anak pertama dulu.

Apa puncanya?
DIRI SENDIRI..

Ye, diri sendiri puncanya.. bukan orang lain, bukan Allah.. semuanya datang dari diri sendiri.

ok, macam ni ye..
Ketika kita hamil, sepatutnya kita dah set dalam diri nak susu kan anak dengan susu ibu, betul tak? jadi, sepatutnya start dalam waktu kehamilan kita tu, kita kena lah cari ilmu dan informasi tentang penyusuan, bukan setakat set niat di hati je. Itu semua tak cukup. Niat tanpa Ilmu, apa yang kita akan amalkan nanti? betul tak????
Jadi, perlu lah ada ilmu.. ilmu dalam penyusuan tu.

Biasanya hal ni berlaku sebab ibu2 terlalu ambil ringan hal menyusukan anak ni. persediaan pada alam penyusuan kurang. Nak membaca hal2 penyusuan kurang, malah MALAS.nak mencari dan membaca. Lebih2 lagi dalam zaman berteknologi tinggi dan pantas ni, kebanyakan kita lebih suka gunakan medium 'Tanya soalan dan duduk diam tunggu jawapan". Ni memang banyak berlaku dah ni.. sebab dah berlambak group2 sokongan di FB. Jadi, masing2 hanya tahu "Tanya dan tunggu JAWAPAN". Nak mencari info dan cara penyelesaian, -MALAS-..
Sebab itu lah berlaku nya masalah2 begini ketika sesi penyusuan bermula..

Saranan saya buat Ibu2 baru yang dah berniat untuk susukan anak dengan susu badan tu;

* SILA lah cari ilmu penyusuan sebanyaknya, BACA.. jangan setakat Cari, tapi simpan je lebih, bacanya TIDAK.

* SILA lah cari ilmu dan SIMPAN, simpan di dalam sebuah diari / buku / note di handphone yang mudah kita rujuk dan baca bila2 waktu.

* SILA lah Beli buku PANDUAN PENYUSUAN tu, bukan mahal pun, ada yang murah. RM10 je buku tu, tapi baaaaanyak sangat pengisian.

* SILA lah jadikan FORUM tu, medium untuk menambah ilmu. Rajin baca masalah dan cara penyelesaian, kemudian kita share dengan kawan2 dalam tu. bukan setakat jadi tunggul dan pemerhati dalam forum je..

Banyak sangat part2 penting yang ibu perlu tahu dalam memulakan sesi penyusuan ni, antaranya;

1. Kelengkapan penyusuan
2. Bahan rujukan penyusuan
3. Group2 atau forum2 perkongsian tentang penyusuan
4. Cari lah rakan penyusuan supaya mudah untuk merujuk
5. dan banyak lagi.

Buat ibu2 yang telah punya niat untuk susukan anak, jangan lah ambil mudah tentang hal2 penyusuan ni. Perbanyakan cari gali ilmu dan amalkan sikap Membaca dan Menyimpan Ilmu tu.

Saya sebagai ibu yang juga menyokong penyusuan susu ibu, sentiasa doakan ibu2 yang menyusukan anak sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi situasi2 kritikat ketika penyusuan tu.

Setiap titik susu yang kita salur pada anak kita tu adalah pahala yang sangaaaattt besar nilainya di sisi Allah..


Sekian,
Sharing pendek dari saya.

Penasihat Shaklee dan penyusuan anda.
Chugie A.K.A Suzianti Maswar
SID 866440
COD AREA: Kuang, Sri kundang, Laguna Biru, Bdr Baru Sg Buloh
Contact: 012.3814786
FB: Eizmierah Mumnbabyshop

Saturday, June 14, 2014

TIPS: Buat Air Selusuh Cara Ustaz Don

June 14, 2014 0 Comments
Assalamualaikum...

Ada yang dah beli dan baca Majalah WANITA keluaran terbaru ni?
Muka depannya Ustaz Don, Isteri dan Baby nya yang comel..

Sebenarnya saya dapat majalah ni secara percuma je, Dapat ketika Shaklee National Conference Tempoh hari.  Best, macam2 ada.. banyak juga pengisian.

Paling yang menarik perhatian adalah kisah Ustaz Don dan keluarga kecilnya.

saya tertarik dengan perkongsian ustaz Don tentang cara membuat air selusuh ni.


Cara Membuat air selusuh yang Ustaz Don beri;

Ambil dalam semangkuk air masak

1. Baca Surah Al-Fatihah

2. Baca Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24; yang bermaksud:-
#21. Kalau sekiranya kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan2 itu kami buat untuk manusia supaya berfikir.

#22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

#23.  Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

#24.  Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


3.  Selawat Syifa'

4.  Doa Selusuh;
    Terjemahannya;-
    " Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5.  Doa Pemudah:
terjemahannya;
" Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin.


Buat Para ibu2 hamil, boleh lah ikuti cara buat air selusuh yang ustaz Don beri ni. Minta suami anda yang buat ye. Kata Ustaz Don, Air selusuh ni lambat dia buat.. jadi, hanya sempat sapukan air ni pada pert isterinya sahaja.

Bagi yang nak dapatkan majalah ni, ini muka hadapannya ye..


Next Sharing, saya akan kongsi pasal tajuk lain plak..

Wasalam...

-Chugie-
SID 012.3814786
Master Ummie @ JMS

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates