Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

Khasiat Biji Rambutan untuk pesakit Diabetes Tahap 2

September 19, 2015 0 Comments


Khasiat Biji Rambutan.

Biji rambutan, kalau orang yang tak tahu khasiatnya, memang tak pandang lah si biji rambutan ni. Makan buah rambutan, habis isi, biji buang masuk tong sampah je lah kan..

Tapi, untuk pengetahuan korang semua, Biji Rambutan ni ada khasiatnya tau. Iaitu boleh digunakan dalam rawatan pesakit diabetes tahap 2. Kajian penyelidikan memberitahu, ektstrak methanol pada biji rambutan tu mengandungi falvaniod dan fenolik. Manfaatnya, aktiviti hipoglikemik menjadi berpotensi utk bantu pesakit yang menghidap diabetes.

Biji rambutan ni juga dikatakan boleh menguati penyakit buah pinggang.

Rambutan memiliki kandungan karbohidrat, lemak, protein, fosfor, besi, vitamin C dan kalsium. Kulit buahnya mengandung tannin dan saponin. Bijinya mengandung polifenol dan lemak, kulit batangnya mengandung tannin, flavonida, saponin, zat besi dan pectic substance. Sedangkan daun rambutan mengandung saponin dan tannin. Di dalam buah rambutan tersimpan khasiat sebagai ubat yang tidak ternilai harganya. Menurut kajian pakar tanaman ubat, setiap 100 gram mengandungi 69 kalori, 58 mg vitamin, dan 18,1 gram karbohidrat.

Buah rambutan juga memiliki kadar serat yang cukup tinggi, sekitar 2 gram per 100gram berat buah. Dengan jumlah kandungan di dalam rambutan, ianya sesuai untuk kesihatan dan buat orang – orang yang tengah berdiet tu.

Bagaimana nak buat nya?

Kumpul biji2 rambutan yang korang dh makan isinya tu.
Kemudian cuci bersih, tanggal kan juga kulit2 tebal tu ye
Lepas tu, goreng di kuali tanpa minyak (sangai) Macam pic bawah ni.

Pic Ehsan Google

Dah selesai goreng biji tu, tumbuk lumat. Pastikan anda guna lesung berasingan dengan lesung tumbuk cili ye. kang pedas panas pula biji rambutan yang nak makan tu :P

ok, dah selesai sesi tumbuk menumbuk, campur sedikit dalam air suam. Kacau2 dan boleh lah di minum hari2. Amalkan lah selalu hingga diabetes anda tu turun.

Ini hanya sekadar ikhtiar dari segi semulajadi ya.. apa pun, jangan lah lupa untuk berdoa, mohon Allah berikan kesembuhan pada penyakit yang kita hadapi tu dan jangan berhenti untuk berikhtiar. selagi ada usaha, selagi itu pasti ada hasil yang positif.

sekian...

Bagi yang rasa susahnya lah dan malas nak berenyah2 untuk buat semua diatas tu, Sila lah dapatkan set diebetes shaklee atau Vivix shaklee dari saya ye.. Tak mahal pun. Pastinya berbaloi dan berkesan untuk masalah anda.

Jangan kedekut nak melabur demi kesihatan sendiri...

Nak sakit atau Nak sihat? Pilihan anda!

Sekian dulu...

Suzie Eizmierah
Founder of, Eizmierah Mumnbabyshop / IG @ Vitaminshopsgbuloh
012.3814786

Saturday, March 16, 2013

OsteMatrix - Kenapa saya Suka???

March 16, 2013 0 Comments
OsteMatrix.. apa yang bestnya Si OsteMatrix Shaklee ni?
haa... memang best dan lain dari yang lain tau.  Ostematrix Shaklee sangat berbeza dengan produk makanan tambahan Kalsium yang lain. Untuk pengetahuan anda, Ostematrix dilengkapi Vitamin D dan Magnesium, yang mana ia merupakan agen penyerap kalsium ke dalam tubuh.

Kalsium juga merupakan salah satu komponen penting untuk produce susu, kalau badan kita kekurangan kalsium, macam mana tubuh nak produce susu. Jadi, inilah kepentingan kalsium dalam badan. Jika kalsium kurang, badan juga akan sukar untuk produce susu. Maka, berlakulah masalah kekurangan hasil susu.

Seperti saya, yang memang bukan penggemar susu, saya amalkan Ostematrix ni untuk bantu penghasilan susu juga untuk memastikan tubuh saya mendapat kalsium. Bukan tu je, saya juga nak pastikan yang anak saya juga mendapat jumlah kalsium yang mencukupi apabila meminum susu badan saya tu. Badan saya juga sering rasa sakit2 badan apabila kerap menyusukan anak secara mengiring di waktu malam, setelah mengamalkan OsteMatrix ni, dengan makan 4biji sebelum tidur malam, keesokan harinya, badan saya tidak rasa sakit2 dan lenguh, malah saya rasa lebih bertenaga dan badan rasa ringan je.

Selain dari tu, Ostematrix juga dikatakan sebagai salah satu MILKBOOSTER. bagi mereka yang tidak serasi memakan alfalfa, Ostematrix merupakan 'option' nya.

Vitamin WAJIB yang saya amalkan sampai lah sekarang untuk Penyusuan adalah ESP + Alfalfa + osteMatrix ni..

alhamdulillah, di usia anakanda saya 'Fadiah' yang masuk ke 2 tahun 2 bulan, dia masih mendapat bekalan air susu yang mencukupi.

Kepada Ibu2 yang Berminat untuk dapatkan Ostematrix ni atau mana2 produk Shaklee, Boleh hubungi saya di:
Eizmierah MNB Healthy Shop
atau terus hubungi saya di 012-3814786

sekian dulu...
chugie

Friday, March 15, 2013

Apa itu Kanser Pankreas??

March 15, 2013 1 Comments
Assalamualaikum..

Rasa terpanggil nak bercerita tentang kanser Pankreas ni. Walaupun jarang2 kita dengan tentang kanser ni, tapi rasanya, kita wajib ambil tahu tentang kanser pankreas ni, kerana kanser ni datang tiba2.

Jom kita kenali kanser Pankreas ni.






Pankreas adalah organ yang berbentuk bujur yang terdapat di tengah kawasan atas perut. Kanser pada pankreas adalah hasil pada perubahan sel yang berbahaya, selalunya pada kepala kelenjar.

Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Lelaki mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser pankreas berbanding wanita (2:1). Purata umur bagi kanser pankreas ialah 65 tahun.

Apakah Simptom bagi Kanser Pankreas

- Jaundis (sakit kuning) ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana bilirubin,bahan kegagalan sel darah yang rosak,berkumpul di dalam darah. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.

- Selain dari itu pesakit akan berkurangan berat badan, rasa mual;- rasa keletihan dan sakit yang menyusuk dalam perut.


Apakah gejala-gejala kanser pankreas?

 Kerana tanda-tanda awal adalah sangat ‘senyap’, kanser pankreas dikesan biasanya hanya di peringkat akhir.

Gejala-gejala pertama termasuk hilang selera, kejijikan makanan dan kehilangan berat badan, walaupun gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain.

Gejala-gejala lain yang mungkin kelihatan termasuk keletihan, demam kuning, muntah dan cirit-birit. Sakit perut juga boleh hadir.

Rasa seperti tusukan yang sangat mendalam, sakit di bahagian atas perut, sehingga ke belakang, mungkin berpunca daripada pankreas, walaupun kesakitan itu disebabkan oleh terdapatnya banyak bernigna.

Ujian Kanser pankreas 

Ujian darah perlu dijalankan untuk mengenal pasti samada paras bilirubin yang menyebabkan kekuningan adalah meningkat, jenis bilirubin yang terlibat (conjugated-, nonconjugated-, uro- bilirubin)

Imaging: Ultrasound atau CT scan perlu dilakukan untuk melihat sendiri jenis jisim yang terbentuk pada bahagian abdomen tersebut dan lokalisasi sebenar jisim tersebut untuk memastikan organ yang mana satu yang terlibat.

Antara yang boleh dilihat dalam penghidap kanser pankreas ialah jisim pada pankreas, pengembangan pada saluran hempedu, dan metastasis sel kanser pada hati (liver metastasize)

ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatography) perlu dilakukan untuk membolehkan bahan kontras dimasukkan ke dalam salur hempedu (biliary tree) dan pankreas untuk melihat tempat sebenar sumbatan berlaku di dalam saluran tersebut.


Prognosis
Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas)
Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/10/kanser-pankreas-carcinoma-of-pancreas

Sekian, Info sharing n Caring dari saya..
Semoga jadi info berguna buat kita semua..

Wasalam..
Chugie

Thursday, January 17, 2013

Bahaya AIR KOSONG untuk bayi dibawah umur 6 bulan

January 17, 2013 0 Comments
Salam...

Bahayanya air kosong untuk bayi kita.

Sebenarnya tradisi memberi air kosong pada bayi ni dah lama di praktikkan sejak tok nenek kita lagi.. bagi ibu bapa yang dh sedar akan keburukan air kosong ni pada bayi, dah tentu lah dorang lebih berhati2.

Dalam zaman serba canggih ni, rasanya dah ramai ibu2 yang berilmu dan punya info mengenai keburukan air kosong buat si manja.

jom kita tengok apa masalah yg boleh timbul rentetan situasi ini:
1# MENGANCAM NYAWA
dikhuatiri air kosong itu mengandungi kuman, jadi dah semestinya bayi berisiko mendapat cirit birit jika kebersihan tidak di jaga.

2# MENGHAKIS PELINDUNG PENYAKIT
Air kosong akn menghakis pelindung penyakit yg di perolehi dari susu ibu.

3# MENYEBABKAN SAWAN TARIK
Bayi di bawah umur 5 minggu berisiko mendapat sawan tarik kerana bila air diberi berlebihan, garam di dlm tubuh bayi akn cair. Ini akn mengakibatkan suhu badan yg rendah, kembung dan sawan tarik.

4# MERENCATKAN PERTUMUBUHAN
Saiz perut bayi yg kecil dan dipenuhi dgn air akan menyebabkn dia kenyang dan kurang menyusu ibu, akibatnya bayi tidaj mendapat khasiat susu ibu yang sepatutnya. Jadi ia melambatkan proses pertumbuhan bayi.

5# MENJEJASKAN AKAL
melalu kajian, amalan memberi air kosonh pada bayi di awl kelahiran bolwh menibgkatkn lg bilirubin dlm darah. Malah, pemberian air akn memburukkan lagi keadaanbayi yg di serang jaundis tu.

Setelah bayi sudah melepasi umur 6 bulan, barulah kita boleh mula memberikanbya air. Tapi hanya sekadar yang pelu sahaja..

Setelah anak berumur 1 tahun barulah kita boleh berikan air kosong tanpa perlu di sekat.

(sumber: majalah Pa&Ma)


Harap ibu bapa semua celik mata tentabg keburukan air kosong untuk bayi anda...

Sekian duku...

♥Chugie♥●○●○●○●○

Monday, April 11, 2011

Pink box untuk ibu mengandung!!

April 11, 2011 3 Comments
Salam..


Khas buat kawan2 yang sedang mengandung,


jom klik laman web ni untuk reserve your own gift 'Pink Box'


klik je pada pic bawah ni ye..


bukan tu je, parents yang sudah punya anak pun boleh melayari laman web ni untuk dapatkan tips2 berguna tentang anak2 korang..


aku dapat info ni dari PMC aritu, dorang bagi gift box dari baiboo ni.. so, aku share this info dengan korang semua!


bleh layari wwb baiboo di : http://www.baiboo.com.my/


sekian dulu, info dari..


-chugie-

Saturday, February 12, 2011

emm.. baru ingat..

February 12, 2011 11 Comments
Hari ni..

Baru ingat nak g shopping kat Jusco OU..
tapi...

Hubby still demam,
dah 3, 4 hari juga dia demam.. x kebah2 pun.
kesian betul..
Biasanye, sehari dah cukup buat die kebah dengan ubat2tan..
tapi kali ni teruk pulak demam nye.
Semalam dah pegi klinik, siap buat ujian darah lagi..
takut lah kalau2 kena DENGGI kan??
Tapi Alhamdulillah.. tak de pape.

Fatin pulak dah mula batuk2..
malam tadi die batuk teruk,
sambil nangis2..
batuk berbunyi..teruk gak ler.
aku try dukung and pujuk die berenti nangis..
tapi bila die batuk je, die akan nangis balik..
sambil tu die tepuk2 dada..
risau aku di buatnye..
malam tadi memang aku tak dapat tido lena,
perhatikan betuk si kecik ni..
risau kalau2 jadi pape kan?

Alhamdulillah,
pagi ni nampak die ceria skit..
tapi aku tetap standby ubat untuk die makan..
Harap2nye hari ni kedua2 orang sakit ni sembuh lah..

Risau bila dua2 sakit..
nasib umminye ni x bersalin lagi,
kalau tidak..
tiga2 sakit..

-chugie-

Friday, October 29, 2010

Bahaya Nyamuk Aedes

October 29, 2010 5 Comments
~Pic ehsan dr Yahoo image!~
Salam..
Harini aku nak bentang skit pasal hal Nyamuk!!
Memandangkan kes demam denggi ni dah semakin meningkat balik, so ada baiknye kita share info ni kan?
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika.
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan",
kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.
Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. (perghh..giler dasat kan? kejap betul die membesar dengan jayanye!)
**Tabiat nyamuk aedes**
~Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
~Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
~Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah
**Tempat pembiakan nyamuk aedes**
~Dalam Rumah
~Akuarium
~Perangkap semut
~Pasu Bunga
~Timba
~Tempayan
~Kolam (kolah) mandi
~Tempat air peti sejuk
~Luar Rumah
~Tayar buruk
~Tempurung kelapa
~Botol/gelas pecah yang mengandungi air
~Salur air hujan
~Pokok Pisang
~Pokok Keladi
~Longkang yang tersekat
~Tangki septik (terdedah)

**Pencegahan pembiakan nyamuk aedes**
~Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
~Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
~Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
~Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
~Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
~Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
~Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
~Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
(info ini seacrh by yahoo & wikipedia...)

pssst: Rasanya nyamuk sekarang ni macam dh up to date lah.. mana taknye, bila di sembur berkali2 pun, cuma pengsan je.. matinye tidak! lepas tu beranak makin banyak.


sekian dulu..
daaaaa
-chugie-

Tuesday, July 13, 2010

Anakandaku demam..

July 13, 2010 17 Comments
Salam..
Anakandaku pulak demam..
Semalam panasnye dah cecah ke 39 darjah celcius..
lepas dah bagi ubat 2 kali semalam,
campur pagi2 tadi dalam 2.30 pg..
alhamdulillah, panas badan dia dah surut..
dah jadi normal ke 36.6 darjah celcius je..
Risau yang amat semalam, sebab dia asyik merengek dan menangis je
makan pun tak nak..
minum susu pun tak abis..
rasanye fatin macam kene ulser mulut dan sakit tekak lah,
sebab dia asyik kuarkan puting dr mulutnya dan isap pelan2..
Sian dia..
gambar bawah ni, latest pic fatin..
yang aku snap minggu lepas..

Siap ada bunga lagi kat celah telinga tu.. :D
Bunga ni petik dr umah wannye..
abis di kerjakan segala bunga2 tu..
psst: terima kasih pada yang sudi share petua yg aku mintak tu ye.. berguna tu!
sekian dulu..
-chugie-

Saturday, May 8, 2010

Share Info tentang Flu (H1N1)

May 08, 2010 7 Comments
Salam teman2 blogger yang aku sayang..
Now nak share an info about Flu (H1N1)
Aku dapat ni dari iklan nuffnang yang appear dalam blog ni..
Macam berminat nak tau tentang Influenza ni..
jadi, aku pun klik2 lah..
dan kuar pic bawah ni..

Untuk tahu lebih lanjut,
korang terus je ke SINI
Ada info tentang perbezaan antara demam selsema biasa dengan H1N1,
dan yang paling penting tentang VAKSIN untuk cegah penyakit ni masuk dalam badan kita..
Serta effect selepas mengambil VAKSIN flu ni.
Insyaallah, kalau kita ambil langkah awal, tak rugi kan??
apa lagi??
Sekian dulu.. daaaaaaa!
-chugie-

Wednesday, December 30, 2009

Fatin kena demam campak

December 30, 2009 11 Comments
Salam...

Akhirnye dah tau dah apa sebabnye anak aku demam panas yang teruk.. rupenye die kena demam campak...

Petang semalam demam fatin tinggi lagi, jadi kami terus bawa fatin ke hospital sungai buloh untuk buat rawatan selanjutnye.. ye lah takut juga mana tau dapat penyakit lain pulak.. dah lah sekarang ni macam2 penyakit wujud. Sampai je kat Bahagian kecemasan, aku mintak dorang check fatin sebab panas die kuat sangat.. orang yang bertugas kat kaunter tu mintak kami pergi ke bahagian 'Fever Centre', sebab kalau nak tunggu kat bahagian kecemasan ni memang agak lambat skit. Dan kebetulan masa kami sampai tu, memang ramai yang tengah tunggu untuk dapatkan rawatan. Jadi kami pun pergi lah ke fever centre tu.. selamat lah x lama, lepas je buat pendaftaran terus kami di panggil masuk ke dalam bilik dan doktor check suhu dan badan fatin. Lepas tu ambil darah untuk buat ujian.. Alhamdulillah, darah die normal..xde masalah. Jadi doktor hanya beri ubat demam jenis tablet untuk di masukkan kat bontot lagi. Siannye lah fatin.. Doktor pesan, kalau badan die panas lagi, basahkan atau mandikan je die sampai suhu die turun.

Sampai je kat umah, kami pun teruslah basahkan badan fatin dan mandikan die skit sampai suhu badan die turun. Lepas mandikan ni lah baru kami perasan bintik2 halus keluar kat sekitar muka, kepala dan dada fatin.. mulanye skit je.. lepas tu jd banyak.. tak lama lepas tu, bila badan die dah kering, bintik tu hilang skit mungkin di sebabkan ubat tablet yang baru di masukkan tu kot, jadi bintik2 campak tu tak de lah keluar sepenuhnye..

Alhamdulillah, malam semalam fatin tido agak lena jugak.. cuma merengek skit je nak minum susu..

Pagi tadi masa bangun untuk beri die ubat, aku tengok badan die dah banyak bintik2, memang sah lah fatin kene demam campak.. dan lepas tu aku beri minum air kelapa skit.. tapi dapat lah masukkan sesudu kecik je kat mulut die.. yang selebihnye die luahkan.. susah betul nak bagi die minum ubat ni.. bila aku try untuk suakan lagi air kelapa tu, die kemam rapat mulutnye.. emm pandai betul lah si kecik ni.. macam dah paham2 je bende yang nak aku bagi tu ubat..

So buat masa ni, aku just tunggu apa yang akan jadi kat campak die.. panas badan die pun dah tak terlalu tinggi sangat, dan fatin pun dah mula berpeluh..

Hope lepas ni demam die terus kebah dan sihat cam biasa..

Besar betul rasanya pengalaman ni... aduhai lah..

Bintik2 yang dah mula banyak kat area muka, kepala dan leher fatin.. aku yang tengok ni pun dah terasa gatal dan miangnye..

Fatin banyak tido masa demam ni.. agaknye sebab badan yang letih kot..

Emm..siannye anak ummi.. x sabar nak tengok anak ummi sembuh n ceria cam biasa..

Friday, November 13, 2009

Fatin demam lagi lah..

November 13, 2009 5 Comments
Salam..

Hari ni masuk hari kedua fatin kene Selsema + batuk yang teruk jugalah.. Selamat demam tak sampai ke tahap panas yang melampau. Fatin dapat selsema ngn batuk dari umah penjaganye.. yang mana ada budak yang dah demam+batuk+ selsema kat sana.. so, berjangkit lah kat fatin dan budak lainnye.. kesian bila tengok budak yang sebaya fatin ni bila kene batuk.. sedangkan kita yang dewasa ni pun bila dah kena batuk, rasanye dah tak tentu arah, ni kan pulak baby yang baru beberapa bulan..

Semalam masa pergi klinik untuk dapatkan rawatan pun, doktor kata memang sekarang ni ramai budak kene demam bercampur dengan batuk dan selsema.. lelebih lagi di musim hujan ni.. Masa kat klinik tu, badan fatin dah tak panas sangat, cuma batuk je teruk skit.. so doktor bekal kan 3 jenis ubat utk demam, batuk dan selsema..

Sampai je kat umah, kami pun terus bagi fatin makan ubat.. haa..ni lagi satu masalahnye, sebab fatin agak susah skit nak makan ubat.. tapi aku sumbat gak kat mulut dia sampai die minum ubat tu.. memang si fatin ni meraung lah dibuatnye, macam kene dera dengan ummi & ayah dia pun ada.. kami yang bagi ubat ni, dengar je lah raungan si kecik ni.. biar die nangis, asalkan die dapat makan ubat tu dan sihat cepat.. hati ni akan risau je 24 jam kalau anak sakit.. lepas dah makan ubat pun die still nangis lagi, nangis mengada2..lelebih lagi kalau dah ayah dia yang pujuk.. lepas tu baru lah die tido, itu pun memang die tak lena sangat, mungkin sebab batuk dan kahak yang ada dalam tekak die.. sedih pulak aku tengok die asyik beralih2 tido je tiap masa.. aelain tu ada juga aku cuba petua letakkan kunyit kat batang idung baby utk kurangkan selsema, hope kuranglah hendaknye..

emmm..hope lepas makan ubat ni, cepat lah skit kebahnye batuk dan selsema tu..

Pada kengkawan yang ada petua nak kurangkan selsema ngn batuk utk baby, sila lah kongsi dengan aku ye.. aku akan cuba apa je, asal kan dapat kurangkan sakit fatin ni.

Saturday, October 24, 2009

Anakku demam lagi..

October 24, 2009 4 Comments
Salam semua..

Dah 2 malam fatin demam..agaknye sebab kene cucuk hari tu kot. sehari lepas kene cucuk tu die tak de pulak demam.. masuk hari kedua malam tu, rasa badan die dedar2.. aku bagi die makan ubat demam, lepas tu die tido lah macam biasa..memang x meragam pun, cuma die nampak tak berapa selesa dan lena sangat malam tu.. bila siangnye, badan die dah kebah sikit.. tapi aku tetap pesan pada penjaga fatin supaya beri die makan ubat demam kalau badan dia panas balik. Rasanya fatin cuma demam waktu malam je.. sebab masa siang, badan die ok je.

Semalam masa balik dari umah pengasuh die, dah mula rasa badan die dedar2 skit.. sampai je kat rumah, aku breast feed kan die.. dan lepas tu die terus tido.. nak main pun macam x de mood je.. sian die.. malam pun tido macam biasa.. cuma aku still perasan yang die macam tak lena dan tak selesa.. dalam pukul 4++a.m die terjaga, mulanya aku x sedar die terjaga dr tido sebab die tak menangis, tapi bila dah dengar mulut die bebel2 sorang2.. baru lah aku terjaga, aku rasa badan die panas sangat dan hidung dah mula berhingus.. terus kejutkan hubby dan beri fatin makan ubat.. tak cukup dengan tu, aku jaram kepala die dengan asam jawa.. (penah dengar petua ni untuk budak demam). Pagi tadi, barulah badan die back to normal.. hope demam fatin dah hilang lah.. risaunye lah bila si kecik ni demam.. dah lah kecik lagi..takut kalau2 demam die tak surut.. aduh..risau sangat2!

Ya Allah.. jauhkan lah anakku dari Demam panas dan sebarang penyakit..amin.

P/s: korang doakan anak aku ye..

Friday, October 16, 2009

Demam..

October 16, 2009 9 Comments
Salam..

Demam lah.. sejak semalam, bangun tido pg tu aku dah rasa ting tong sket, badan plak dah sengal2.. tapi still lagi kuat nak pergi kerja, dan memandangkan staff opis lain semua nya bercuti.. jadi aku tetap gagahkan juga ke pejabat. Mulanya badan aku rasa ok lagi, x berapa panas dan kepala pun tak sakit sangat.. dalam hati berharap gak demam ni tak makin teruk.. ubat?? memang aku ni jenis manusia tak kan makan ubat selagi tak teruk..jadi, tak de lah aku makan ubat.

Masuk ke jam 12pm, badan dah rasa semacam..seram sejuk, kadang2 rasa bahang yang amat.. kepala lak dh rasa berat.. nak amik half day, rasa macam tak sampai hati pulak nak tinggal opis tanpa orang.. memandangkan kerja pulak memang berlambak tahap ape ntah.. so, batalkan jelah niat tu.. masa lunch hour, aku cuba tido dan rehatkan badan.. nak makan pun memang dah tak de selera.. hope lepas tido, kurang lah skit demam ni.. tapi, tak kebah gak... pe lagi, aku mintak tolong cleaner beli kan panadol, pastu telan 2 biji... rasa ok skit.. tp kepala lak rasa berpinar.. mata lak kejap2 tengok jam.. bila lah nak kul 5 ni.. dah nak dekat kul 5 tu, aku cabut terus...

Dalam rasa badan yang dh makin teruk dan kepala dh semakin ting tong, aku sempat gak gagahkan diri ambil fatin dari rumah penjaga... nasib baik selamat sampai kat umah. Sampai je umah, lepas aku tido kan fatin, aku pun terus pengsan.. dan malam baru hubby bawa ke klinik.. di sebabkan panas badan aku teruk, dapat lah aku MC sehari hari ni..

Sekarang ni dah rasa ok skit... hope demam ni tak berpanjangan lah..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates