Showing posts with label Bebelanku. Show all posts
Showing posts with label Bebelanku. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

I Love Blogging! - satu Masa Dulu -

September 20, 2015 0 Comments
Aduh.. Tajuk nya kok sedap benarrrrr keh keh keh keh...

Ye, dulu2 kan saya memang seorang yang addicted dengan dunia blog. Apa sahaja yang saya rasai, saya lalui, saya hadapi, saya makan, saya guna, dan apa sahaja perkara best yang berlaku. Blog adalah tempatnya..

Blog adalah dunia Online pertama yang saya jelajah. Blog lah yang menambah ramaikan sahabat maya saya. dari blog yang simple dan kaku. kemudiannya bertukar kepada blog yang ramai follower. ramai penkomen. t

Masa tu, saya tiada sebarang komitmen.
Belum Kahwin
Single mingle
Belum ada anak
Belum ada bisnes

Saya punya masa dan ruang untuk berblog. tiada sekatan. Pantang ada perkara menarik, terus on blog.

pegi mana2, mesti snap pic sebab nak masukkan dalam blog.

sampai lah satu ketika, saya dah kahwin dan hamil anak pertama. Biasalah, orang mengandung ni. alahannya terlalu banyak. salah satu alahan saya adalah jengah blog. Maka, dari saat saya hamil tu, Blog ni jadi TUKUN. heheheheh...

seriously, nak karang entry pun tak ada idea tau. Minda tepu time tu. sedangkan, itu lah saat2 yang wajib saya simpan dlm blog saya ni kan???
tapi, saya lepaskan peluang tu.. saya bazirkan usia blog saya ni..

tapi lepas dari tu, saya mula giat balik. giat ber blog.. tapi, kerajinan nak ber blogwalking tu masih samar2...

in shaa allah, sedang dalam proses nak walk in to tuanpuan punya blog ya..

ok, meh lah jengah blog2 saya yang lain...

ni antara koleksi blog saya ye..

1. Koleksi resipi dan tempat makan yang saya pergi : RESIPI CHUGIE

2. Blog Bisnes Barang penyusuan saya, Eizmierah Mumnbabyshop

3. Blog suka suki join contest dan giveaway : Chugie & Contest 

Ada 1 lagi blog, iaitu blog anak2ku.. tapi dah lama sangat terabai dah.. so bai bai je lah..

ok, sudi2 kan lah menjengah blog2 hasil nukilan saya tu ye. Blog biasa je.

sekian dulu lah ekkkk..

Suzie Eizmierah
Founder of EIZMIERAH

Monday, September 14, 2015

Insiden Kren Tumbang di Mekah - September 2015

September 14, 2015 0 Comments
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..



Insiden Kren Tumbang di Masjidil Haram yang berlaku pada jumaat lepas, 11/9/15 amat memeranjat kan seluruh rakyat malaysia. Insiden yang buat seluruh umat islam berasa pilu dan sedih bila di maklumkan, antara yang terlibat adalah jemaah dari malaysia. Yang menjadi semakin pilu bila mereka yang terlibat tu meninggal dunia.  Allahu... sedangkan kita yang tiada kaitan hubungan kekeluargaan dengan jemaah yang terlibat pun rasa sedih dan pilu dengar berita ni, apatah lagi ahli keluarga sendiri yang menerima berita ni kan..

Bila lihat gambar2 insiden di sana yang di viral kan di FB, buat hati makin di gamit sayu dan pilu. Tapi semua ni ada hikmahnya, ada rahmatnya dan ada asbab nya.. Ap yang berlaku ni adalah dalam perancangan Allah, Dia lebih tahu apa yang berlaku kan..

Kalau kita rasa ianya musibah, adalah sebaiknya jika ia di pandang dari sudut yang baik dan positif, ianya adalah satu rahmat. Mereka yang terkorban tergolong dalam syahid. Bertuahnya mereka. Di jemput Allah pada hari jumaat yang mulia yang di minta2, di jemput di tanah suci mekah, tempat yang paling mulia, di jemput pula ketika dalam menunaikan haji, rukun Islam ke 5.

Bila lihat video2 yang di rakam oleh jemaah yang berada di sana, teringat balik kenangan masa kami berada di sana mengerjakan umrah. Melihat kan kren2 yang tinggi dan banyak memenuhi persekitaran  masjidil haram tu buat otak berfikir macam2 yang buruk. Tapi, cepat2 fikiran tu di buang jauh2. Bila kita dah berada di tanah suci, automatik mind kita jadi telus. tak nak fikir kan sebarang keburukan. yang kita fikirkan hanya 1, iaitu Allah sedang dekat dengan kita. Apa je kemungkinan yg bakal berlaku pada kita, REDHA adalah jawapannya. REDHA demi Allah.

Al Fatihah buat seluruh Jemaah haji yang terkorban..

Buat seluruh Jemaah haji yang berada di tanah suci, selamat menunaikan ibadah haji.

buat kita yang berada di malaysia, sama2 doakan keselamatan dan perlindungan jemaah haji kita..

Mudah2an ada jemputan buat saya untuk ke tanah suci di kala umur masih muda dan tubuh masih kuat ni. Rindunya nak ke rumahMU Ya Allah..







Thursday, September 3, 2015

Nak Seribu Daya, tak nak tu, Berjuta lah Alasan..

September 03, 2015 0 Comments
Kah.. kah.. kah..

Saya dapat Pertanyaan secara personal dari Anak didik Shaklee saya Semalam.

Soalannya : Ummie, lajunya ummie buat compilation feedback product ngn edit2 pic promo tu. Bestnya, tengok Ummie Free.. banyak masa.

Jawapan saya: hehehehehehe... (saya gelak je, membalas soalannya tu)

Okay, ini jawapan jujur sejujurnya ye...

FREE?
Saya lapang sangat? tak ada kerja ke saya? sampai Freeeeee sangat boleh edit2, boleh create2 pic promo, boleh chit chat..

haaaa memang FREE lah sangat kan..

meh nak habaq ye.

Saya Ada suami, yang wajib saya bantu dan sediakan kelengkapannya.

Saya ada rumah yang harus di uruskan sebelum saya memulakan tugas sebagai biz women setiap hari.

Saya ada anak2. 3 orang anak. 2 dah bersekolah tadika. Pergi jam 8pg dihantar oleh ayahnya. balik jam 11.30pg diambil oleh saya..

Saya ada sorang baby berumur setahun 1 bulan.. yang memang perlukan perhatian dan semuanya perlu saya selesaikan dari mandi, pakaikan baju, beri makan dan menyusu serta mengasuh.

Saya Ada biznes Online pertama yang perlu di uruskan iaitu Biznes Barang2 penyusuan iaitu Eizmierah Mumnbabyshop. saya yang handle 100%. Tiada bantuan dari siapa2 pun.

Saya Ada Kedai Barang penyusuan yang perlu di uruskan oleh saya sendiri juga. Walaupun saya telah pun (baru sahaja) ada pekerja. tapi bukan semua tugasan telah di serahkan pada nya. Saya masih lagi menggalas 100% urusan kedai dan collect order.

Saya juga ada empayar Biznes Shaklee yang utama harus di uruskan. Dengan Ahli yang dah melebihi 1000 orang. Dengan Para Leader yang dah melebihi 30 orang. Dengan Para Biz Partner yang melebih ratusan orang. Dan mereka2 ini memerlukan kasih sayang dan tunjuk ajar saya dalam biz shaklee.

Saya juga ada para pelanggan yang di sayangi untuk saya jaga dan follow up..

nahhhhhh... banyak kan tugas saya?
Tapi, saya tak pernah nak beri alasan yang saya TIADA MASA. TAK CUKUP MASA. PENAT. TAK LARAT. BUSY. SUSAH.

Sebab apa?
Sebab saya suka dengan kerja saya
sebab ini adalah sumber pendapatan saya
sebab ini adalah punca REZEKI saya.
ya, REZEKI.. berani kah anda menolak rezeki?
Menolak, sama seperti anda tidak bersyukur..

Allah dah beri, kita dah jemput.. jadi, terima dan buat lah sebaiknya..

Bila kita enjoy buat apa yang kita suka, maka hasilnya sangat cantik..

Love what u do.. do what u love..

Sekian,
Suzie Eizmierah
Founder iezmierah.blogspot & Eizmierah Mumnbabyshop

Monday, July 21, 2014

Kelahiran puteri ke 3 saya

July 21, 2014 2 Comments
Alhamdulillah, saya telah pun selamat melahirkan puteri ke-3 saya pada 12/7/2014 yang lalu.. bersamaan hari Sabtu 13 Ramadhan.

Selepas check up terakhir pada hari jumaat 11/7/14, baby dah pun berada di kedudukan sepatutnya..  bukaan pun dah ada 3cm dah rupanya. Makanya, pada hari sabtu esoknya, terpaksa lah saya menyerah diri untuk bersalin. Ikut hati, nak hold hingga tarikh due iaitu pada 19/7/14.. tapi memandangkan baby yg kejap turun, kejap naik, kejap lg melintang dlm perut ni, maka doctor cadang kn untuk terus bersalin je, tak nak tunggu2 dah..

Sabtu jam 8pg admit, doctor terus pecah kan air ketuban.. bukaan baru 3cm time tu.
Tak ada rasa sakit pun..
Di sebabkan tiada contraction, jadi, air di masuk kn melalui drip.. rasanya lebih 3botol air masuk.. baru lah contraction mula terasa..

Kali ni, bukaan agak perlahan..walaupun tak sakit sgt, tapi rasa lama juga tunggu nak bersalin tu.

Alhamdulillah, setelah bertarung nyawa, jam 4.13ptg, selamat lah puteri ke 3 sy dilahirkan. Kali ni dapat lagi merasai bersalin normal.. syukur, doa dan hajat bersalin normal di tunaikan dan berjalan lancar..

*Nanti saya cuba titipkan saat2 melahirkan puteri sy ni ye..

Haaaa...
Ini lah puteri saya..
NUR FARHANA BT MOHD FAHMI


Moga jadi anak yang solehah.. aamin..

Chugie a.k.a suzie
SID anda..

Sunday, July 6, 2014

Doa Ramadhan ke-8

July 06, 2014 0 Comments
Alhamdulillah..
Dah seminggu kita berpuasa kan. Hari ni dah pun memasuki hari ke 8 untuk kita.

Jom baca doa ni.

Doa hari ke 8 Ramadhan...

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Mudah2an, hari ini kita berpuasa dengan lebih baik lagi dari hari semalam.

Syukur, Allah masih panjangkan dan pinjam nyawa untuk beramal di muka bumi ini..

Semoga kita jadi hambanya yang beriman.

Perbanyakkan sedekah..
Jangan berkira2 untuk sedekah..
Buat lah dengan seikhlasnya..
Mudah2an Allah menerima amalan kita ni.

Wasalam..

Pengedar Shaklee Anda
Chugie a.k.a Suzie Maswar
FB: Eizmierah Mumnbabyshop
Page: Eizmierah MNB Healthy Shop
Contact: 012.381.4786

Thursday, June 26, 2014

update kehamilanku di 36minggu

June 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Hari ni nak update sikit tentang kandungan ke 3 ni..
Agak culas update tentang kandungan kali ni. Almaklum, ummie nye semakin busy tahap gaban dah ni.

Walaupun dah jadi suri rumah sepenuh masa, rutin menghadap biznes dari rumah masih belum boleh di lepaskan lagi..
Kena dapatkan sorang lagi pembantu ni, hihihi.. over kan?

Baiklah..
Cek up untuk 36minggu ni berjalan lancar, berat baby dah cecah 2.8kg, berat ummienya dah cecah 56kg. Sejujurnya, hamil kali ni memang tak beri impact besar pada berat badan saya..
Tak naik banyak sangat kalau nak di bandingkan dengan kehamilan yang lepas.

Jadi, rasanya memang tak ada masalah saya nak kuruskan badan time pantang nanti.. hihihi..

Apa pun, alhamdulillah.. baby sihat..
Cuma, kedudukan baby masih belum berada di kedudukan sepatutnya. Sepatutnya baby dah pusing ke bawah ni, tapi mungkin belum masanya lagi. Walau sedikit kecewa di situ, tapi saya dah pun redha..
Doctor bagi tahu, sekiranya dalam 2minggu ni baby tak turun juga, saya akan di cezer.. sedih.. tapi tu je jalan yang selamat buat kami..

So dalam tempoh 2weeks ni, saya tetap berusaha untuk buat baby pusingkan diri nya ke kedudukan sepatutnya..

Doa..dan terus doa serta usaha utk capai hasil yang di izinkan Allah..

Mohon doa sahabat semua, supaya baby saya berpusing ke bawah dan saya dapat bersalin dengan kaedah normal ya..

Doa kalian, sy dahului dengan ucpan terima kasih.. hanya Allah mampu membalasnya.

Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie
Shaklee distributor
012.3814786

Friday, June 13, 2014

Perisiapan untuk baby baru belum ada..

June 13, 2014 0 Comments
Assalmualaikum..

Ya Allah, kandungan saya dah pun cecah 8 bulan.. tapi peralatan baby belum ada lagi..
siannya lah baby ummie yg ke3 ni. kurang excited kah? hhuhuhu...

Sesungguhnya memang sangat2 busy sekarang ni. macam2 agenda pulak..

in syaa allah, akan cuba settle kan keperluan untuk anak ummie ni dalam minggu ni juga..

list yang wajib beli:
Baju2 baby
Mandian baby
barang2 ummie
bengkung
pilis dan param
set berpantang shaklee
tukang urut
bag barang baby

Apa lagi ye??

tak boleh fikir dah..

kena cari lagi dan lagi dan lagi..

Nervousnya nak bersalin kali ni...
dup dap dup dap..

okies..

chow chin chow!!

-chugie-
SID semalaysia :D

Thursday, May 29, 2014

Jual Diri!!

May 29, 2014 1 Comments
-Assalamualaikum-


JUAL DIRI!!

ye.. sila jual diri jika anda adalah PENIAGA.
Eh, bukan gadai diri tau.. tapi jual diri.

nak jadi PENIAGA kena lah rajin jual diri..supaya orang tahu anda adalah peniaga.
kalau nak berniaga tapi malu nak tonjolkan diri, baik tak payah berniaga..

bagaimana nak jual diri tu?

*saya ambil contoh peniaga produk suplimen shaklee ye*

1. Anda baru nak mula bertapak dalam biz shaklee kan, perkara pertama yang diperlukan adalah kenal kan diri anda pada orang. Contohnya di FB, boleh create 1 gambar anda or trademark anda dan watermark anda iaitu nama, no contact dan kawasan yang anda cover tu.
bagi yang meniaga melalui offline, siap sedia dengan Kad nama. Kad nama itu biarlah yang ala2 profesional.. bukan yang ala2 nak beri pada kwn2 biasa.ni yang formal biz kad ye.

2. Sbgai seorang yang ingin menjual, kena lah rajin utk jadi peramah. Peramah di mulut dan peramah di FB. Jika di Fb, rajin2 lah lawat post kawan2 tp jgn over sangat hingga buang masa di post orang lain. Cukup sekadar utk tinggalkan jejak anda melalui komen. Dengan itu, kawan fb anda tu pasti tahu tentang kewujudan anda di friend list nya.

3. Rajin lah cari info2 baru yang lebih 'up-to-date'.. supaya org yg membacanya or mendengarnya tidak muak. Dan mereka juga pasti akan 'SHARE' info anda tu dengan orang lain.

4. Konsisten dalam menjual diri. Bila kita konsisten lakukan perkara apa pun, sudah tentulah hasilnya LUAR BIASA.. bagi yang sekejap ON dan sekejap OFF, pelanggan pun akan 'confuse' samada kita ni masih menjual atau tidak. Jadi cuba lah untuk konsisten

5. Jangan SYOK SENDIRI. ada juga peniaga yang syok sendiri. Post di FB contohnya. Ada yang suka meroyan tak tentu pasal. Ada yang suka meninggi diri melebih2 dan ada yang poat iklan produk terlalu kerap. Ini akan buat orang BENCI dengan kita. Jadi, berhati2 lah dalam proses JUAL DIRI ni..

ni je tips2 simple dari saya.
Ada banyak lagi tips2 lain yg boleh di guna pakai untuk jadi seorang peniaga yg bagus.

jom jual diri!!


♡Chugie♡
Shaklee independent Distributor
*Sg Buloh

Tuesday, May 27, 2014

Bil Elektrik NAIK lagi??? Ayoyoooo...

May 27, 2014 1 Comments
Bil oh bil..
Elektrik oh elektrik..

Tak pernahnya nak turun, makin naik lagi adalah..

Bila bil melambung, dah tentulah gaji yang kita dapat akan di lebihkan lagi untuk membayar bil2 ni kan?
maka, catuan dalam perbelanjaan lain-lain juga terpaksa lah di catu.

Kesian bagi mereka yang punya pendapatan yang rendah tu. Gaji dah lah sikit..
semuanya cukup2 makan je.

Bila berlakunya kenaikan tarif elektrik ni, sudah tentulah akan menambahkan bebanan rakyat yang tidak punya pendapatan yang besar.

Bila hal ini berlaku, maka emosi akan terganggu. Bebanan semakin meningkat.

APA YANG PERLU KITA BUAT SEBAGAI RAKYAT YANG POSITIF?
1. Ambil ini sebagai satu keadaan yang positif. Jika kita terus menerus marah dan memberontak, ia akan menambahkan stress dalm diri.

2. Ambil langkah mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni ramai orang dh mula berniaga. so, mulakan lah perniagaan kecil2an dulu. Apa yang nk di niagakan tu, anda yang perlu cari.. buat lah perniagaan yang berasaskan kebolehan diri anda. itu adalah yang sebaiknya.

3.  Kawal perbelanjaan lain-lain anda tu.. jangan membazir ye. Bila rasa nak beli barang yang tak di perlukan, ingat balik yang anda perlu simpan duit untuk waktu2 gawat anda nanti.

4.  sama2 plan dan berbincang dengan suami supaya tidak berlaku masalah dalaman rumah tangga yang melibat kan wang.

5. Jom mulakan berbiz Shaklee.. hehehehehe... ni last choice ya.. tiada paksaan, tapi amat di alu2kan..
siapa2 yang berminat untuk menjadi anak didik shaklee saya, Sila lah register diri bawah saya..

Sekian, Pesanan khidmat suka hati dari saya :D

Chugie,
Shaklee Independent Distributor
Contact no: 012.3814786

Saturday, March 29, 2014

2tahun dengan shaklee!!

March 29, 2014 1 Comments
Assalamualaikum..

owh, dah masuk mac 2014 dah.. adoi, ape sal boleh tak sedar yang bulan ni adalah bulan ke 2 ku di dalam shaklee??

pejam celik, pejam celik.. dah 2y pun..

alhamdulilah.. this is the best moment.
Penat lelah,
Kurang Rehat,
Kurang tidur,
Stress,
kurang itu, kurang ini..

semuaaaaaaa dah pun selamat ku redah!
berbaloi2...

betul lah kata pepatah melayu,
Bersusah2 dahulu..
Bersenang senang kemudian.

ianya bukan sekadar ayat suka2 tau.
tapi adalah benar belaka.

kalau nak di ingat balik detik2 awl berkecimpung dalam dunia perniagaan shaklee ni, memang penuh dengan pancaroba.. bersengkang mata dan mengalir air mata.

tapi, itu semua dh pun berlalu. Bila dah rasai HASILNYA, semua yg lama2 tu dah tak de dalam memori dah. Dah pun jadi KENANGAN TERINDAH.

Alhamdulillah, Syukur padaMU Ya Allah..
Perjuangan utk membantu lebih ramai lagi anak2 melayu utk melangkah maju belum berakhir.
Selagi hayat di kandung badan.

Saya akan terus bantu anda yang ingin MAJU!

Suzianti Maswar
Master Coordinator @ Shaklee
Shaklee Independent Distributor

Thursday, December 19, 2013

Saya Hamil ank ke-3

December 19, 2013 5 Comments
Salam...

Aduhai.. macam mana lah sy boleh lupa nak buat mukadimah sebelum post 'air liur banyak keluar ketika hamil' tu..

Hihihi...

Buat pengetahuan sahabat semua, sy sedang hamil 8minggu.. Alhamdulillah, masih di beri rezeki dan peluang untuk tambah Harta Akhirat saya.

8minggu, memang dalam zone pening2 lalat dan dugaan maha hebat. Sy anggap ni 'Zone Rehat' saya.. ada hikmahnya kan? Dah beberapa tahun jd wanita yg x cukup masa nak rest dgn pjg nye.. maka Allah beri sy hadiah ni.. melepek je lah sepanjang hari.

Hahaha..

Tapi so far, zone rehat sy dah semakin nak tamat sebab muntah2 dah x over mcm awal dulu.. syukur alhamdulillah..

Lepas ni akn masuk ke zone 'menambah berat' plak ye..

Doakan saya dan kandungan sentiasa sihat sejahtera tau..

Supliment wajib saya sekarang dah tentulah dari Shaklee:
Vitalea - Multivitamin yang bantu berikan extra energy pd tubuh sy, sbb sy kerap muntah dan lembik.
B-Complex - ada kandungan folic asid yg bagus untuk janin saya ni..
ESP- minuman wajib sy setiap pagi. Untuk kurang kn rasa loya dan angin yg banyak dlm perut.. seriusly, best sgt lps amalkan esp time hamil ni.. walaupun x mkn, tp bdn x rasa lesu sgt..
Ostematrix- kalsium wajib yg sy ambil sejak dulu.. memandang kn saya bukan lh penggemar susu, maka sy wajibkn diri untuk makan Ostematrix ni..

Alhamdulillah...


Sekian,
Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie Maswar
SID 866440
Master Coordinator Shaklee

*Jemput lawat FB saya di: Eizmierah Mumnbabyshop

Sunday, September 29, 2013

Rajin dah Puan Chugie ber blog...

September 29, 2013 0 Comments
Assalamualaikum..

Yes, Blog saya dah tak bersawang ye.. dah di bersihkan.. nak jemput semua sahabat blogger utk kembali melawat rumah saya ni..

Moga saya akan mantain blog ni setiap hari..

********                  **********************

Hari ni Ahad, sure plan korang macam2 hari ni kan..
Esok dah nk closing (Shaklee) so sy sedang berdebar ni menanti akhir nya closing september.. mudah2an closing kali ni sangat marveles.

OV sales saya mencecah lebih 70K bulan ni. syukur.. sangat2 bangga dengan pencapaian anak2 shaklee saya.. mereka sangat komited dan bersemangat lebih 100%.. lebih dr semangat saya.. lebih dr semuanya..

Alhamdulillah.. sy terharu bercampur gembira...!!

ok, nak kene off dari gadjet dulu ya... ada tugas menanti.

daaaaaaa...
-Chugie-


Saturday, September 28, 2013

Shaklee closing day: Aura Closing semakin hangat!!

September 28, 2013 0 Comments
Assalamualaikum..

Closing owh closing.. semakin hangat dah skrg ni. Another 3days untuk menutupi misi September.

Yeah.. happy giler harini.. mostly Leaders saya report BEST reputation of the group.. memang senyum sampai ke telinga lah jawabnye kan?? Haha..

Ok, back to the Aura.. actually, this is the normal situasi yg berlaku di saat2 hari terakhir setiap bulan dan ini mmg akan dirasai oleh setiap pengedar shaklee, terutamanya BIG LEADERS.. nama pun MAK kn, of course lah wajib pikul tanggungjawab besar ni..
Closing satu hal.. nak up dan support semamgat dan motivasi anak2 downline satu hal lagi.. but it can be solve smoothly when there is a teamwork.. nama pun MLM.. So wajib lah bekerja dlm teamwork. Support each other  to cheer up when they are fall down.. cheewah..

Apa pun, saya sebagai umie kepada anak cucu cicit shaklee saya, akan sentiasa menyokong dan mendoakan semuanya cemerlang.. tanggung jwb yg sy pikul untuk bantu dorang naik masih belum berakgir.

Doakan kami berjaya..

Cheerssss
-Chugie a.k.a Suzie.. SID 866440 -
Shaklee Independent Distributor


Ada yang berminat nak join team shaklee saya?
Sila hubungi saya ke 012.3814786 untuk maklumat lanjut tentang Biz ini ye..

Saturday, September 21, 2013

Saya adalah Master Coordinator In Shaklee!!

September 21, 2013 1 Comments
Assalamualaikum..

Yeah.., bersawang dah blog ni.. sibuk betul lah tuan tanah kedaung ni yew... ahaha..

ok, straight to the point. Alhamdulillah.. akhirnya, tercapai juga Target saya untuk rangkul title MASTER COORDINATOR in SHAKLEE.. sejak tahun lepas, saya dah siap buat TARGET besar2 " MASTER COORDINATOR in AUGUST 2013" dan letak di kedai. jadi, hari2 saya akan lihat TARGET ni.

Syukur sangat, saya buat target dan saya rancang, segalanya dengan izin Allah. setahun lima bulan bergiat dalam shaklee, akhirnya August 2013 saya berjaya rangkul title yang di idamkan ni.. ye, sangat teruja, sangat gembira dan tak tau dah nak gambar macam mana. Memang tak di sangka, hajat nak sampai ke pangkat MASTER ni tercapai pada tarikh keramat yang saya rancang. Bukan tu je tau.. ni merupakan hadiah paling besar dalam bulan kelahiran saya..

yes, i am really speechless. saya sekarang bergelar Master Suzie..

Ya allah, memang tak terungkap dengan kata2 betapa saya rasa bersyukur mengenali SHAKLEE.. Bersyukur sebab tergolong dalam kumpulan yang hebat iaitu Jutawan Shaklee di bawah naungan Master Shareeza (K.Cery) >> Master Iffah Anuar >>> Master Farah Wahidah (Mummy saya dalam shaklee). tanpa mereka2 ini, saya tidak akan berjaya rangkul title Master..didikan, tips, motivasi dan bimbingan kerohanian memang sangat2 menusuk ke jiwa.  juga tak lupa, Anak2 cucu cicit piut miut shaklee saya yang sangat2 kuat, semangat dan tabah untuk daki kejayaan demi kejayaan.. Tanpa mereka semua, saya tak kan merasai nikmat ini..

Alhamdulillah... sekarang, masa saya pulak untuk bantu anak2 saya untuk naik seperti saya.. saya akan bawa ramai lagi jadi MASTER Coordinator

Thursday, March 14, 2013

Esok RAYA???

March 14, 2013 4 Comments
Ohoi.... mata tak boleh pejam ni. nk tido, tp x rasa mengantuk lagi.. Adakah penangan esok 'Raya'?? hihi..

RAYA ni utk guna pakai geng2 shaklee saya je.. masuk je tgh bulsn, masing2 dah sibuk kan diri nak sambut raya a.k.a BONUS MASYUUUUKK...

Biasanya 14hb dah masuk dah.. kalau dulu2 mmg 15hb baru masuk.. tp bulan ni, tak sure berapa hari bulan plak dia masuk. kalai 14hb, means beraya sakan lah...

ok.. mata n jari jemari comel saya dah penat.. time tu labuh kan otot2.. esok ada kerja menanti.

jumpa lagi yew.

daaaaa
chugie


Tuesday, November 6, 2012

Mengidam...Travel

November 06, 2012 2 Comments
As'salam....

Apa lah yang di idam kan tu ye? tajuk sikit punya gempak!

Well, dah lama x travel ni.. last pun tahun lepas kot. Join kawan2 hubby ke cherating.. lepas tu dh xde dah rasanya.. owh, bestnye kalau dapat cuti2 malaysia..

Seriusly, sangat2 penat lately.. dengan bisnes, shaklee, anak2, family n macam2 urusan duniawi.. OMG! I need rest! i need Travel!!

Tapi dengan cuaca di malaysia yang tak berapa nak betul n sukar di ramal ni, adalah lebih baik di tunda dulu perancangan itu...

Dah ada 2 3 destinasi pilihan hati.. insyallah, bakal di realisasi nanti..

ok lah... tak boleh nak berceloteh panjang lebar, sebab kerja masih banyak menanti!!

gembiranya bila dapat update blog! :D

Friday, June 22, 2012

3 Orang yang sangat Glamour..

June 22, 2012 8 Comments
Assalam...
Ni lah 3 orang yg sangat2 glamer tu...
*
*
*
*

 Orang pertama dah tentulah Puan tanah kan.. a.k.a Puan chugie.. Cun Nak!!


Orang kedua... Nur Fatin Adlina.. dengan muka yang sangat Comot nye... ~ Ya Rabbi...~


Dan Last Sekali... si dedek... Nur Fadiah Adelia... Muka tergezut! ~ Waduh..~


Sekian dulu..
-Chugie-


Sunday, November 20, 2011

Ada apa dengan 20-11-2011?

November 20, 2011 5 Comments
Salam..

uhuk uhuk,... ku sedang di landa batuk ni.. any petua??

owh, ye.. bukan nk cerita ttg kesihatan ku ye..
tp nak cerita tentang tarikh yang cun melecun ni.. 20112011.
as usual, of coz lah ramai yang ambil tarikh cun melecun ni as their best date kan?
especially those nak kawin tu.. of coz ari ni, tok2 kadi busy sokmo nak menikahkan org.. :D

Dan tak lupa juga doktor2 dan para jururawat yang dari malam tadi dok kerje ONCALL..
sebab ramai yang berebut nak dptkan tarikh yang cun melecun ni kan???

dan tak lupe juga..
hari ni juga hari berlangsungnye majlis kahwin si POLAN yang aku ada mention before ni..
ala, si polan yang dah lama menyepikan diri dari hidup aku,
dan tup tup.. anta jemputan yang tak terhormat pada aku melalui FB..
ahaks! apekah....

apa pun, moga si POLAN ni sentiasa bahagia dengan bakal Isteri dia,
Moga dia dapat mejaga dan membina perhubungan yang kekal sampai ke nafas terakhirnye..
jangan lah buat pe'el macam masa bujang dulu ye...
~ mcm lah SI POLAN tu baca blog aku ni ehehheh ~

ok lah, hari ni ku ada dua jemputan makan kenduri kawin.. 1 di Puchong (sahabat sekolahku)..
dan 1 lagi di seri kembangan ( kawan office hubby)..
So hari ni di isytiharkan cuti memasak.. ahahahha:)) i loike...

k lah,
nak chow sin chi.... :D

Sunday, October 30, 2011

Makan2 @ Carl's Jr.

October 30, 2011 2 Comments
Salam..

Rindu kita tak??? eheheh..

Hari Sabtu lepas kerja ku dan incek suami ke One Utama..
Nak shopping baju Fatin dan Fadiah..
Sian dorang, macam dah kekurangan baju, sedangkan baru je shopping raya aritu.. ;p

Jalan punye jalan, terjumpa plak dengan restoran makanan segera ni..
-Carl's Jr-

Nampak macam best je kan.. ape lagi, kami berdua pun langkah kaki ler ke situ...
dengan muka toye, n ala2 haku yang punya kedai,
dengan slumbernye aku tanya, "bleh tak rekemen which meal yang the best kat sini???" ahahahah... sengal tak haku? :p
n budak tu pun rekeman lah this n that meal best kat situ..

after mencuba burger dan cheeze fries dia.. emm bleh lah datang sini lagi next time..
actly die lebih kurang macam burger king je..

tp i like the fries and the roti burger tu.. very soft tau.
The fries pun sedap lah.. rangup.. rasa macam makan curly fries McD plak heheheh..

So, i recommended this fast food to all of u.....

jom layan my piccas!

counter... ramai plak orang masuk nk makan kat sini, lepas kami dtg tau.. :D

Fries yang haku kata sedap tu.. serius... mmg sedap

Ni lah berger yg haku makan.. sedap tau! kalau x caya, p ler try...
see, berger ni siap dh balut dengan pembalut kertas lagi.. x payah susah2 nk pikir mcm mana nk makan berger yg beso ni.. buka n ngap je.. bagus kan?? ngeh..

ehem.. see the cheese.. very the cheezy ok.
the bun and the meat are very soft n tender... jatuh chenta tau! ngeh...

last but not least....... muka haku n hubby ku...
dah lama ku tak enterprem kan muka kat sini kan?
asyiklah muka anak2ku je..

ada yang rindu kat aku tak???
sila angkat 1 jari! eheheheh

k lah..

now dah jam 1:37a.m 30/10/2011
mau titon lah.. bye..
salam.

-chugie-

Thursday, September 22, 2011

Tahniah Mek Rose aka Ibu Rafiq

September 22, 2011 7 Comments
Salam..

Alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah..
Seorang lagi sahabat bloggerku dah selamat bersalin..
Semalam dapat sms dari Rose yang dia dah selamat melahirkan..

Tahniah kepada Mek Rose aka ibu Rafiq,
Sebab dah selamat melahirkan semalam 21/9/2011
pada jam 12.02 a.m.
Rose dapat baby girl..
now dah sepasang lah cahaya matanya..

Dan yang paling best sekali,
Rose dapat bersalin secara normal..
Alhamdulillah hajat die nk bersalin secara normal di makbul kan..

Apa pun, kita tunggu lah pic New born baby rose nanti ye..
Moga baby dan ibu sihat..
and pada Rose, selamat menjalani detik2 berpantang dengan jayanye hehehe :D
dan selamat kembali ke dunia penyusuan..!!

Siapa lagi lepas ni ye???
Mamalieyna ke fieza??? ke ada lagi geng lain ni??? eheheh

daaaaaaaaaaa
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates