Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Tuesday, December 26, 2017

Tips dan cara makan GLA Complex Shaklee untuk Hamil

December 26, 2017 0 Comments



Sejak kebelakangan ni, ramai juga pelanggan baru saya bertanyakan tentang suplimen kesuburan dan bantu untuk hamil. 

Ada antara pelanggan mereka yang telah pun mencuba untuk hamil lebih 3 tahun dengan berbagai cara. Jadi, mereka ingin ikhtiar pula dengan suplimen shaklee.

Antara suplimen yang sangat saya tekankan untuk mereka ni ambil adalah GLA Complex.

- Bahan yang terkandung dalam GLA Complex Shaklee -



BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU MUDAH HAMIL DAN KESUBURAN WANITA?

Untuk Pengetahuan semua, GLA Complex shaklee ni amat membantu dalam masalah hormon wanita. Terutama hormon yang tak stabil yang mana ia boleh menyebabkan kitaran haid jadi tidak teratur. Bila ini berlaku, maka waktu subur pun sukar untuk di ketahui dan susah nak di kira.

GLA Complex Juga bantu dalam memberi kelegaan sekiranya wanita tersebut mengalami masalah Sindrome Pra Haid (PMS ) seperti senggugut. 

Dalam menjamin kesuburan wanita, GLA Complex shaklee membantu dalam meransang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi, malah ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Lendiran serviks yang di hasilkan adalah lebih subur dn berkualiti. Ia di kenali sebagai 'mukus serviks putih telur'. Cecair ini sangat subut, nipis, berair dan lebih kenyal. 
Ia sangat membantu sperma untuk berenang melalui uterus, terus ke tiub Fallopio dan terus menuju kepada telur atau ovum.


CARA PENGAMBILAN GLA COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESUBURAN

Untuk pengetahuan, cara pengambilan adalah berbeza mengikut individu. Ini kerana ia bergantung kepada kitaran haid mereka.

1. PERIOD TERATUR

Kira kitaran period. 
Contoh: 28 hari Waktu subur kira-kira hari ke-14. 

Cara makan : Mulakan dari hari pertama kitaran haid,  antara hari  ke-12 atau hari ke-13 berhenti makan GLA. Bersama suami seperti biasa kerana waktu ini adalah waktu subur anda. Ada juga yang mencadangkan berhenti makanpada hari ke-14. Boleh juga tak ada masalah, cuma kita tak tahu dengan tepat bila telur akan keluar.
Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner. 
Selepas berhenti jangan teruskan makan dulu. Kalau haid lambat datang, silalah buat ujian kehamilan. Kalau hamil, jangan makan GLA. Jika tak hamil, teruskan langkah pertama seperti diatas.

2. Period Tidak Teratur

Cara makan: ambik tiga biji sehari, iaitu sebiji selang 8 jam sehingga period menjadi teratur.
Bila period dah teratur, guna cara 1.

Bila dah di sahkan HAMIL, berhenti kan terus pengambilan GLA Complex tersebut.

Jangan lupa terus berdoa dan minta sungguh2 dengan Allah.

Boleh cuba amalkan doa di bawah ni. Mudahan Tips ni membantu anda yang sedang berikhtiar untuk hamil. Jangan berhenti berusaha, inshaallah sampai masanya Allah pasti makbulkan doa dan semua usaha yang kita dah buat tu.




Bagaimana nak dapatkan GLA Complex ni?
Boleh terus hubungi saya di 012.3814786 
Suzie Maswar
Pengedar Sah Shaklee
COD Sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor






Sunday, October 12, 2014

Tips Hamil: Wajib kah Multivitamin?

October 12, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..
Sedikit info untuk ibu hamil..

Saya yakin, mesti ada yang tidak suka dan kurang senang bila disogok dengan vitamin yang pelbagai jenis ketika hamil. Sampaikan ibu2 confuse perlu atau tidak vitamin itu untuk kesihatan..betul?

Baiklah, tujuan utama kita di minta untuk mengambil vitamin adalah untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dan ingin anak dilahirkan dengan cergas dan bijak.

Persoalannya, perlukah wanita hamil mengambil suplemen multivitamin? Sebenarnya selagi kehamilan anda sihat dan tidak bermasalah, cuma satu sahaja vitamin yang perlu diambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.
Doktor juga biasanya akan membekalkan suplemen ini sejak awal kehamilan lagi. 

Tetapi, Sebaiknya ibu hamil mendapatkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral lain yang diperlukan sepanjang hamil dengan memakan pelbagai makanan yang sihat. 

Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang ibu dan bayi perlukan.

Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:
*Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

*Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.

*Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.

*Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Sama seperti ikan dan garam laut, produk tenusu adalah sumber iodin baik yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan otak bayi.

Sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak makanan dan minuman berlemak atau manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan.
Walaupun tidak dinafikan, kadang kala sukar untuk ibu mendapatkan diet yang seimbang terutama sekiranya mengalami masalah loya, muntah, tiada selera makan dan terlalu sibuk di pejabat, maka suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrient yang diperlukan.


Sekiranya ibu hamil tidak mampu untuk mengikuti penyediaan makanan kumpulan ini, adalah sebaiknya ibu hamil mengambil multivitamin supaya cukup nutrien yg sepatutnya.

Jgn lupa, dapatkan multivitamin yang bagus,mudah larut dan tidak ada unsur sintetik.
Pilihan saya sejak dulu adalah multivitamin dari shaklee, iaitu VitaLea. Mudah larut, sumber yang di yakini, dan kesan keatas tubuh yang cepat dirasai.

*infodarimajalahPAMA*

Sekian, perkongsian kasih sayang dari saya.
Rakan shaklee anda.
Suzianti Maswar
012.3814786

Thursday, June 26, 2014

update kehamilanku di 36minggu

June 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Hari ni nak update sikit tentang kandungan ke 3 ni..
Agak culas update tentang kandungan kali ni. Almaklum, ummie nye semakin busy tahap gaban dah ni.

Walaupun dah jadi suri rumah sepenuh masa, rutin menghadap biznes dari rumah masih belum boleh di lepaskan lagi..
Kena dapatkan sorang lagi pembantu ni, hihihi.. over kan?

Baiklah..
Cek up untuk 36minggu ni berjalan lancar, berat baby dah cecah 2.8kg, berat ummienya dah cecah 56kg. Sejujurnya, hamil kali ni memang tak beri impact besar pada berat badan saya..
Tak naik banyak sangat kalau nak di bandingkan dengan kehamilan yang lepas.

Jadi, rasanya memang tak ada masalah saya nak kuruskan badan time pantang nanti.. hihihi..

Apa pun, alhamdulillah.. baby sihat..
Cuma, kedudukan baby masih belum berada di kedudukan sepatutnya. Sepatutnya baby dah pusing ke bawah ni, tapi mungkin belum masanya lagi. Walau sedikit kecewa di situ, tapi saya dah pun redha..
Doctor bagi tahu, sekiranya dalam 2minggu ni baby tak turun juga, saya akan di cezer.. sedih.. tapi tu je jalan yang selamat buat kami..

So dalam tempoh 2weeks ni, saya tetap berusaha untuk buat baby pusingkan diri nya ke kedudukan sepatutnya..

Doa..dan terus doa serta usaha utk capai hasil yang di izinkan Allah..

Mohon doa sahabat semua, supaya baby saya berpusing ke bawah dan saya dapat bersalin dengan kaedah normal ya..

Doa kalian, sy dahului dengan ucpan terima kasih.. hanya Allah mampu membalasnya.

Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie
Shaklee distributor
012.3814786

Thursday, December 19, 2013

Saya Hamil ank ke-3

December 19, 2013 5 Comments
Salam...

Aduhai.. macam mana lah sy boleh lupa nak buat mukadimah sebelum post 'air liur banyak keluar ketika hamil' tu..

Hihihi...

Buat pengetahuan sahabat semua, sy sedang hamil 8minggu.. Alhamdulillah, masih di beri rezeki dan peluang untuk tambah Harta Akhirat saya.

8minggu, memang dalam zone pening2 lalat dan dugaan maha hebat. Sy anggap ni 'Zone Rehat' saya.. ada hikmahnya kan? Dah beberapa tahun jd wanita yg x cukup masa nak rest dgn pjg nye.. maka Allah beri sy hadiah ni.. melepek je lah sepanjang hari.

Hahaha..

Tapi so far, zone rehat sy dah semakin nak tamat sebab muntah2 dah x over mcm awal dulu.. syukur alhamdulillah..

Lepas ni akn masuk ke zone 'menambah berat' plak ye..

Doakan saya dan kandungan sentiasa sihat sejahtera tau..

Supliment wajib saya sekarang dah tentulah dari Shaklee:
Vitalea - Multivitamin yang bantu berikan extra energy pd tubuh sy, sbb sy kerap muntah dan lembik.
B-Complex - ada kandungan folic asid yg bagus untuk janin saya ni..
ESP- minuman wajib sy setiap pagi. Untuk kurang kn rasa loya dan angin yg banyak dlm perut.. seriusly, best sgt lps amalkan esp time hamil ni.. walaupun x mkn, tp bdn x rasa lesu sgt..
Ostematrix- kalsium wajib yg sy ambil sejak dulu.. memandang kn saya bukan lh penggemar susu, maka sy wajibkn diri untuk makan Ostematrix ni..

Alhamdulillah...


Sekian,
Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie Maswar
SID 866440
Master Coordinator Shaklee

*Jemput lawat FB saya di: Eizmierah Mumnbabyshop

Monday, April 11, 2011

Pink box untuk ibu mengandung!!

April 11, 2011 3 Comments
Salam..


Khas buat kawan2 yang sedang mengandung,


jom klik laman web ni untuk reserve your own gift 'Pink Box'


klik je pada pic bawah ni ye..


bukan tu je, parents yang sudah punya anak pun boleh melayari laman web ni untuk dapatkan tips2 berguna tentang anak2 korang..


aku dapat info ni dari PMC aritu, dorang bagi gift box dari baiboo ni.. so, aku share this info dengan korang semua!


bleh layari wwb baiboo di : http://www.baiboo.com.my/


sekian dulu, info dari..


-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates