Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Tuesday, December 26, 2017

Tips dan cara makan GLA Complex Shaklee untuk Hamil

December 26, 2017 0 Comments



Sejak kebelakangan ni, ramai juga pelanggan baru saya bertanyakan tentang suplimen kesuburan dan bantu untuk hamil. 

Ada antara pelanggan mereka yang telah pun mencuba untuk hamil lebih 3 tahun dengan berbagai cara. Jadi, mereka ingin ikhtiar pula dengan suplimen shaklee.

Antara suplimen yang sangat saya tekankan untuk mereka ni ambil adalah GLA Complex.

- Bahan yang terkandung dalam GLA Complex Shaklee -



BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU MUDAH HAMIL DAN KESUBURAN WANITA?

Untuk Pengetahuan semua, GLA Complex shaklee ni amat membantu dalam masalah hormon wanita. Terutama hormon yang tak stabil yang mana ia boleh menyebabkan kitaran haid jadi tidak teratur. Bila ini berlaku, maka waktu subur pun sukar untuk di ketahui dan susah nak di kira.

GLA Complex Juga bantu dalam memberi kelegaan sekiranya wanita tersebut mengalami masalah Sindrome Pra Haid (PMS ) seperti senggugut. 

Dalam menjamin kesuburan wanita, GLA Complex shaklee membantu dalam meransang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi, malah ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Lendiran serviks yang di hasilkan adalah lebih subur dn berkualiti. Ia di kenali sebagai 'mukus serviks putih telur'. Cecair ini sangat subut, nipis, berair dan lebih kenyal. 
Ia sangat membantu sperma untuk berenang melalui uterus, terus ke tiub Fallopio dan terus menuju kepada telur atau ovum.


CARA PENGAMBILAN GLA COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESUBURAN

Untuk pengetahuan, cara pengambilan adalah berbeza mengikut individu. Ini kerana ia bergantung kepada kitaran haid mereka.

1. PERIOD TERATUR

Kira kitaran period. 
Contoh: 28 hari Waktu subur kira-kira hari ke-14. 

Cara makan : Mulakan dari hari pertama kitaran haid,  antara hari  ke-12 atau hari ke-13 berhenti makan GLA. Bersama suami seperti biasa kerana waktu ini adalah waktu subur anda. Ada juga yang mencadangkan berhenti makanpada hari ke-14. Boleh juga tak ada masalah, cuma kita tak tahu dengan tepat bila telur akan keluar.
Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner. 
Selepas berhenti jangan teruskan makan dulu. Kalau haid lambat datang, silalah buat ujian kehamilan. Kalau hamil, jangan makan GLA. Jika tak hamil, teruskan langkah pertama seperti diatas.

2. Period Tidak Teratur

Cara makan: ambik tiga biji sehari, iaitu sebiji selang 8 jam sehingga period menjadi teratur.
Bila period dah teratur, guna cara 1.

Bila dah di sahkan HAMIL, berhenti kan terus pengambilan GLA Complex tersebut.

Jangan lupa terus berdoa dan minta sungguh2 dengan Allah.

Boleh cuba amalkan doa di bawah ni. Mudahan Tips ni membantu anda yang sedang berikhtiar untuk hamil. Jangan berhenti berusaha, inshaallah sampai masanya Allah pasti makbulkan doa dan semua usaha yang kita dah buat tu.




Bagaimana nak dapatkan GLA Complex ni?
Boleh terus hubungi saya di 012.3814786 
Suzie Maswar
Pengedar Sah Shaklee
COD Sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor






Sunday, October 12, 2014

Tips Hamil: Wajib kah Multivitamin?

October 12, 2014 0 Comments
Assalamualaikum..
Sedikit info untuk ibu hamil..

Saya yakin, mesti ada yang tidak suka dan kurang senang bila disogok dengan vitamin yang pelbagai jenis ketika hamil. Sampaikan ibu2 confuse perlu atau tidak vitamin itu untuk kesihatan..betul?

Baiklah, tujuan utama kita di minta untuk mengambil vitamin adalah untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dan ingin anak dilahirkan dengan cergas dan bijak.

Persoalannya, perlukah wanita hamil mengambil suplemen multivitamin? Sebenarnya selagi kehamilan anda sihat dan tidak bermasalah, cuma satu sahaja vitamin yang perlu diambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.
Doktor juga biasanya akan membekalkan suplemen ini sejak awal kehamilan lagi. 

Tetapi, Sebaiknya ibu hamil mendapatkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral lain yang diperlukan sepanjang hamil dengan memakan pelbagai makanan yang sihat. 

Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang ibu dan bayi perlukan.

Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:
*Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

*Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.

*Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.

*Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Sama seperti ikan dan garam laut, produk tenusu adalah sumber iodin baik yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan otak bayi.

Sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak makanan dan minuman berlemak atau manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan.
Walaupun tidak dinafikan, kadang kala sukar untuk ibu mendapatkan diet yang seimbang terutama sekiranya mengalami masalah loya, muntah, tiada selera makan dan terlalu sibuk di pejabat, maka suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrient yang diperlukan.


Sekiranya ibu hamil tidak mampu untuk mengikuti penyediaan makanan kumpulan ini, adalah sebaiknya ibu hamil mengambil multivitamin supaya cukup nutrien yg sepatutnya.

Jgn lupa, dapatkan multivitamin yang bagus,mudah larut dan tidak ada unsur sintetik.
Pilihan saya sejak dulu adalah multivitamin dari shaklee, iaitu VitaLea. Mudah larut, sumber yang di yakini, dan kesan keatas tubuh yang cepat dirasai.

*infodarimajalahPAMA*

Sekian, perkongsian kasih sayang dari saya.
Rakan shaklee anda.
Suzianti Maswar
012.3814786

Thursday, June 26, 2014

update kehamilanku di 36minggu

June 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Hari ni nak update sikit tentang kandungan ke 3 ni..
Agak culas update tentang kandungan kali ni. Almaklum, ummie nye semakin busy tahap gaban dah ni.

Walaupun dah jadi suri rumah sepenuh masa, rutin menghadap biznes dari rumah masih belum boleh di lepaskan lagi..
Kena dapatkan sorang lagi pembantu ni, hihihi.. over kan?

Baiklah..
Cek up untuk 36minggu ni berjalan lancar, berat baby dah cecah 2.8kg, berat ummienya dah cecah 56kg. Sejujurnya, hamil kali ni memang tak beri impact besar pada berat badan saya..
Tak naik banyak sangat kalau nak di bandingkan dengan kehamilan yang lepas.

Jadi, rasanya memang tak ada masalah saya nak kuruskan badan time pantang nanti.. hihihi..

Apa pun, alhamdulillah.. baby sihat..
Cuma, kedudukan baby masih belum berada di kedudukan sepatutnya. Sepatutnya baby dah pusing ke bawah ni, tapi mungkin belum masanya lagi. Walau sedikit kecewa di situ, tapi saya dah pun redha..
Doctor bagi tahu, sekiranya dalam 2minggu ni baby tak turun juga, saya akan di cezer.. sedih.. tapi tu je jalan yang selamat buat kami..

So dalam tempoh 2weeks ni, saya tetap berusaha untuk buat baby pusingkan diri nya ke kedudukan sepatutnya..

Doa..dan terus doa serta usaha utk capai hasil yang di izinkan Allah..

Mohon doa sahabat semua, supaya baby saya berpusing ke bawah dan saya dapat bersalin dengan kaedah normal ya..

Doa kalian, sy dahului dengan ucpan terima kasih.. hanya Allah mampu membalasnya.

Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie
Shaklee distributor
012.3814786

Thursday, December 19, 2013

Saya Hamil ank ke-3

December 19, 2013 5 Comments
Salam...

Aduhai.. macam mana lah sy boleh lupa nak buat mukadimah sebelum post 'air liur banyak keluar ketika hamil' tu..

Hihihi...

Buat pengetahuan sahabat semua, sy sedang hamil 8minggu.. Alhamdulillah, masih di beri rezeki dan peluang untuk tambah Harta Akhirat saya.

8minggu, memang dalam zone pening2 lalat dan dugaan maha hebat. Sy anggap ni 'Zone Rehat' saya.. ada hikmahnya kan? Dah beberapa tahun jd wanita yg x cukup masa nak rest dgn pjg nye.. maka Allah beri sy hadiah ni.. melepek je lah sepanjang hari.

Hahaha..

Tapi so far, zone rehat sy dah semakin nak tamat sebab muntah2 dah x over mcm awal dulu.. syukur alhamdulillah..

Lepas ni akn masuk ke zone 'menambah berat' plak ye..

Doakan saya dan kandungan sentiasa sihat sejahtera tau..

Supliment wajib saya sekarang dah tentulah dari Shaklee:
Vitalea - Multivitamin yang bantu berikan extra energy pd tubuh sy, sbb sy kerap muntah dan lembik.
B-Complex - ada kandungan folic asid yg bagus untuk janin saya ni..
ESP- minuman wajib sy setiap pagi. Untuk kurang kn rasa loya dan angin yg banyak dlm perut.. seriusly, best sgt lps amalkan esp time hamil ni.. walaupun x mkn, tp bdn x rasa lesu sgt..
Ostematrix- kalsium wajib yg sy ambil sejak dulu.. memandang kn saya bukan lh penggemar susu, maka sy wajibkn diri untuk makan Ostematrix ni..

Alhamdulillah...


Sekian,
Wasalam..

Chugie a.k.a Suzie Maswar
SID 866440
Master Coordinator Shaklee

*Jemput lawat FB saya di: Eizmierah Mumnbabyshop

Monday, April 11, 2011

Pink box untuk ibu mengandung!!

April 11, 2011 3 Comments
Salam..


Khas buat kawan2 yang sedang mengandung,


jom klik laman web ni untuk reserve your own gift 'Pink Box'


klik je pada pic bawah ni ye..


bukan tu je, parents yang sudah punya anak pun boleh melayari laman web ni untuk dapatkan tips2 berguna tentang anak2 korang..


aku dapat info ni dari PMC aritu, dorang bagi gift box dari baiboo ni.. so, aku share this info dengan korang semua!


bleh layari wwb baiboo di : http://www.baiboo.com.my/


sekian dulu, info dari..


-chugie-

Tuesday, February 8, 2011

kenapa Doctor kena seluk bawah??

February 08, 2011 12 Comments
salam..

emm.. tajuk cam bahaya je kan?? ekekeke...;p
Dalam entry sebelum ni, ada yang tanya kenapa doc nak kene seluk bawah kan??

ye..macam korang2 gak, aku pun kurang arif,
cuma kata doctor, nak rasa dan anggarkan laluan baby..

Untuk pengetahuan kawan2 semua, aku buat cek kehamilan kat private (Putra Medical Centre).
dan bersalin pun di klinik yang sama.
So, aku tak tau cam ne prosedur cek up kat gomen..

Tapi, melalui pengalaman yang 1st dulu.. bila aku dah cecah ke 39 minggu,
doctor akan seluk bawah, untuk tengok samaada dah ada bukaan,
dan doc juga nak rasa samaada kepala baby tu dah dapat dirasa atau belum..
dan lagi satu katenye, doc nak anggarkan bukaan tulang pelviks aku..
tu je lah yang aku tau serba sedikit dari penerangan doctor..
Mungkin pregnant sebelum ni, baby dalam perut besar..
dan yang kedua ni pulak sama kan? so prosedur nye akan jadi sama..

kalau ikut pengalaman adik aku yang bersalin kat hospital plak,
die akan di seluk bila dah sampai sakit nak bersalin,
tu memang prosedur biasa bila nak deliver kan?

Wallahualam..
ada siapa2 kena cam aku tak? di seluk...
tapi seriously, lepas seluk tu..
akan ada kuar tanda (lendir coklat)

Base on 1st experience dulu,
lepas je di seluk tu..
sehari dua lepastu aku akan dapat rasa kontraksi,
dan akan kuar tanda (lendir coklat)..
tak lama lepas tu ada bukaan sebanyak 2cm..
Tapi tu lah, lepas dah bukak 2 cm, aku dah tak rasa pape sakit..
sampai doctor bagi masa seminggu untuk aku rasa sakit kontraksi tu..
tapi lepas seminggu, masih lagi tak de tanda pape.. dan aku sendiri pun tak rasa sakit langsung..
bukaan pulak memang stuck pada 2 cm tu jelah..

Akhirnye, aku di induce...
lahirlah cik fatin kite tu.... ekekek..

Untuk yang kedua ni, tak tau lah macam mana pulak gayanye..
tunggu je lah ye..
laporan akan di beri bila sudah sampai masanye..:p

sekian dulu..
daaaaaaaaaaaaaa...
-chugie-

pssst: macam2 pengalaman ibu melahirkan anak ni kan? tapi, semuanye buat aku rasa sedih, syahdu dan menangis.. pengorbanan ibu tu sangat besar! tak dapat nak di gambarkan dengan kata2..

Check up kehamilan @ 38 minggu...

February 08, 2011 9 Comments
Salam..

Semalam ada check up lagi,
bertemankan anakandaku fatin..
aduh.. penat aku di buatnye bila fatin yang temankan tau!
nyesal.. len kali memang x de lah nak bawak die g klinik tanpa adanye incek suami.

Menunggu untuk di check up sampai 2 jam..
mula2 ok je si fatin main kat playground, sambil2 die membuli budak2 yang main kat situ..
dah lepas sejam menunggu die mula mintak macam2..
mintak air, lepas tu mintak susu..penat main agaknye.

dah dekat2 turn aku masuk ke bilik doctor,
die menangis pulak.. nak masuk dalam bilik doc katenye..
Bila dah masuk, die senyap je, tengok aku di check up oleh doc ratna..
tiba time scan and buat doppler pada kandunganku,
die terus melalak...
agaknye terkujat dengar bunyi yang kuat masa buat doppler tu kot..

aku yang tengah di scan ni pun rasa cam x best je, sebab fatin dah melalak sakan..
segan di buatnye dengan doc ratna..
and doc pun cam x boleh nak concentrate sangat je..
at last, check up tu ending dengan pantasnye.. memang kejap sangat..

Doc kate baby sihat.. cuma berat je tak sempat nak cek..
Base on berat baby minggu lepas, doc estimate berat baby aku dah 3.1kg (berat kan?)
Ni semua penangan makan2 di penghujung kehamilan ni.. adui!
berat aku plak turun sekilo minggu ni.. minggu lepas 60kg..

emm, next check up, doc nak seluk bawah lah pulak...
Ni lah part yang paling aku tak suka..
dari di seluk2 begitu, baik terus sakit nak bersalin tau..
aku lebih rela... ekekekek:P

k lah, tunggu laporan next check up pulak ye..
sekian dulu,
daaaaaaaaa
-chugie-

psst: doppler yang aku maksudkan tu, scan yang ada kuar bunyik sekali dari dalam kendungan.. doc buat ni untuk check perjalanan darah dalam saluran uri/tali pusat baby.. ada siapa2 pernah buat bende ni??
nanti aku try search tenet tentang doppler ni ek!

Wednesday, January 26, 2011

Check up kehamilanku ke 36 minggu

January 26, 2011 8 Comments
salam..



Hasil checkup minggu yang ke 36...


Beratku: still maintain at 58kg.. tak berubah dari checkup 34 minggu aritu.
Berat babyku : naik dari 2.4++kg ke 2.7kg.. emm baby dah kuat makan time ujung2 ni.



Doc ratna tak banyak explain tentang scan aritu, sebab pakar scan dh terangkan..
katanye, mengikut laporan scan tu, semuanya ok dan tiada sebarang masalah..
Cuma yang peliknye air ketuban aku tu je..
But still hope tak de pape masalah besar lah bila sampai harinye nanti.


Seperti biasa, doc ratna akan scan baby lagi..
kepala baby dah ade dalam kedudukan bawah, cuma belum betul2 di tempat laluan lagi.
doc nasihatkan aku supaya rajin2 berjalan supaya baby terus ke laluannye..
makanye bila baby dah di laluannye, dapatlah aku bersalin secara normal..
Insyaallah.. harapnye pun nak bersalin normal jugak, memandangkan baby ku kali ni kecik..
tapi kalau dah takdir nak di cezer lagi, redha je.. janji baby selamat., kan?

so, lepas ni kena start datang check up seminggu sekali.. sebab hari yang di nanti tak lama je lagi..



owh, sangat nervous tau!
sekarang pun dah terasa nyeri2 je kat bahagian ari2 tu..
maybe baby sedang berusaha untuk membuat laluannye kan?

ummi plak, sedang beri semangat setulus hati pada baby untuk bekerje keras kat dalam tu..
tinggal lebih kurang 3 minggu je nak sampai ke HARI nye..



k lah.. tunggu next laporan plak ye.

daaaaaaaa

-chugie-

Tuesday, January 11, 2011

Check up ke 34 minggu, dan hasilnye...

January 11, 2011 25 Comments
Salam..

Seperti biasa, rutin bulananku untuk check up kehamilan.
Kali ni untuk minggu ke-34
Petang semalam, keluar awal sikit dari opis.. supaya x lewat nak jemput fatin.
Pergi sorang je, sebab hubby still kerja and balik lewat.

Sampai kat PMC, terus bagi kad and alhamdulillah, aku adalah orang pertama.
kebetulan masa tengah tunggu tu, Doc Ratna baru siap buat check up kat bilik bersalin atas.

Seperti biasa, aku kene timbang berat.. naik jugak lah dari 56kg - 58kg.
pastu periksa tekanan darah, pun doc kata ok gak.
Doc bagi tau, result air gula aku aritu pun ok, tak de kencing manis.

owh, masa nak scan tu, dada cam rasa berdebar je.. risau gak kalau dengar bad news kan.
tapi memang ada bad news lagi..sedihnye lah.
cuma belum di sahkan sepenuhnya..
Baby sihat, dan berat pun bleh tahan 2.4kg je..
Jantung pun ok, maknanya mengikut dalam scan tu, baby nampak ok..
Cuma air ketuban aku makin banyak.. dan itu lah bad news nye..

Aku tanya doctor, ada apa2 masalah ke kalau air ketuban banyak?
Dia kata biasanya air ketuban banyak di sebabkan ke abnormalan baby..
owh, aku dh semakin risau dan dh rasa sebak gak bila dengar doc cakap camtu..
tanya lagi, abnormal cam mana?
die kate, kemungkinan baby ada masalah buah pinggang atau saluran pemakananya tersumbat.
Di sebabkan masalah pada bayi macam tulah yang menyebabkan air ketuban jadi lagi banyak.
Kedudukan baby plak buat masa ni masih lagi songsang.. arghh.. lagilah aku risaukan.
Mungkin di sebabkan air ketuban yang dh berlebihan, so baby x boleh nak ke bawah lagi.
Doc kata, tunggu 2 minggu lagi.. hope time tu baby dah kebawah.

Bila dengar apa yang doc ratna cakap tu, aku rasa cam a bit pressure gak.
Risau, sedih, dan banyak lagi yg dah sesak kat otak ni.
Ya allah.. Dia je yang tahu ape yang aku rasa time tu.
Dah lah hubby tak ikut sama check up tu,
mulanya nak tanya banyak sangat soalan kat doctor, tapi di sebabkan aku dh rasa sebak..
terus termendap soalan2 yang nak aku tanya tu..
air mata pun aku tahan je dari jatuh..

Doc Ratna mintak aku datang lagi sabtu ni untuk buat detail scan.
Maknanye scan tu akan pastikan lagi punca air ketuban aku banyak,
dan kat situ nanti baru tau apa masalah yang sebenarnya.

Malam tadi dah cerita kat hubby pasal hal ni, rasa sebak je nak bagitau die..
memang nak nangis lah di buatnye.. tapi aku control je.
dah tengah tido tu baru nangis.. sedih dan risau bila pikir hal baby ni.
nak ilangkan rs nangis tu, aku cakap2 ngan baby..
bagi tau baby, yang semuanya tak akan ada sebarang masalah..
aduh... dugaan betul lah.

Harap scan yang akan di buat nanti ni tak beri bad news lagi..
mintak2 tak ade ape lah masalah pada baby aku ni.
sedihnye lah bila mengenangkan dia ada masalah tu..

skang ni, aku tengah search tentang risiko air ketuban yang banyak.
nak tengok info tentang air ketuban tu and ape puncanye..
pada kawan2, yang pernah alami masalh macam aku ni, sila2 lah kongsi sama..
memang perlukan khidmat nasihat dari kawan..

doakan kami juga ye..

-chugie-

Tuesday, December 14, 2010

Check up @ 30th week

December 14, 2010 11 Comments
Salam..

Harini aku masih lagi tak sihat seperti biasa..
masih lagi batuk..
masih lagi selsema..
masih lagi tersumbat hidung ni, geram tau!

Petang semalam dah buat cek up untuk 30 minggu,
Alhamdulillah, baby sihat..
Time scan tu siap bleh nampak dengan jelas mulut, idung and mata baby..
sampai doc kate tak payah buat 3D scan pun, dah boleh nampak jelas baby aku.
Beratku naik lagi ke 55kg.
HB plak seperti biasa lah, memang rendah.. tp doc kate normal bg pregnant mommy.
Perut pun dah beso..
Doc scan, and say that this baby not as big as my 1st baby..
sedang2 cun je dia kate..
"pandai aku maintain.. katanye lah.."
lama doc scan tau!
die godek sana.. die godek sini..
Die godek atas, die godek bawah..
sampai aku pn rasa cam x selesa..
di tambah dengan risau juga, yelah tak pernah doc scan lama camtu..

masa sesi cakap2 ngan doc tu,
katanye air ketuban aku banyak sangat..
and die suspek kencing manis pulak..
adui, so sad lah!
semalam ambik darah untuk buat ujian,
weekend ni nak kena datang lagi untuk minum air gula dan ambik darah lagi..

adui.. macam2 hal lah pulak!
ape lah rasanye minum air gula tu ek? 1st time ni..
hope aku tak muntah darah lah lepas minum air tu nanti ekekekek..

so till next..
daaaaaaaa
-chugie-

Tuesday, August 17, 2010

Check up for 13th weeks

August 17, 2010 14 Comments
Salam..
Selamat ber-ramadhan yang ke-7... dah seminggu kita puasa kan..
Alhamdulillah, aku masih kuat untuk gagahkan diri berpuasa..
dan babyku ini juga.. sangat kuat bantu umminye berpuasa..

Ok, nak cite pasal check-up arini ye..
Kali ni aku pegi sendiri je.. suami tak dapat teman sebab bekerja.
Rasa berdebar2 je bila langkah kan kaki masuk klinik..
yelah, 1st time pegi check-up sorang2..

Memandangkan doctor Ratna ada emergency case lagi,aku pun terpaksa lah tunggu sampai jam 10pg..
Sampai bilik doctor, dia cek tekanan darah dan timbang berat..
Alhamdulillah, tekanan darah aku normal..
cuma berat badan aku je susut dari 50Kg ke 45 kg je..

Masa time scan baby ni, ati berdebar2 sangat..
hope tak ade pe lah kat kandungan aku..
bila doc scan, aku nampak baby dah ada kaki, tangan..
Kiranya dah complete lah.. Alhamdulillah...
Pastu doc scan2 lagi... ke kiri, ke kanan..
dan doc nampak ade gumpalan darah pada kantung baby berdekatan dengan urinye..
Jantung aku macam nak berhenti je masa tu..
risau dan rasa nak menangis..dah lah suami tak de kat sebelah..
tapi tetap calm down..dan aku tanya doc, bahaya ke keadaan tu?
die kate, keadaan tu boleh jadi bahaya kalau darah tu semakin banyak..
nauzubillah... gelap kejap dunia aku!

Doc bagi aku ubat kuatkan kandungan dan obimin..
supaya darah yang ada tu akan ilang sikit2..
Doc pun nasihatkan aku supaya tak terlalu lasak, dan jangan dukung anak..
alahai.. siannye lah fatin..

Kuar dari klinik tu, aku dah nangis2 sendiri dah..
sebab takut yang amat sangat..

Hope tak de pape yang buruk jadi lah..
Moga aku dan baby selamat sampai ke saat melahirkan nanti..

Ya Allah...
-chugie-

Thursday, July 15, 2010

Hari ni ada check up..

July 15, 2010 8 Comments
Salam..

Alahai, dah petang baru dapat buat entry.
Ini pun bukan main susah..
kene cilok2 buka blog ni..
sebab bos dah balik dari bercuti,
so memang arini sepenuh masa lah die kat dalam biliknye..
Dan aku pulak, terpaksa menahan rasa nak berblog..

Ni dah petang, die pun dah keluar untuk tea-time,
so, aku pun apa lagi...
meneruskan hajatku berblog dan mengupdate!

ok, Hari ni ada Check-up..
petang ni nak jumpa Doc Ratna,
hope petang ni die bertugas lah..
kalau tidak, kene set appointment lagi..
Tak mo cek ngan doc lain, sebab dah biasa cek ngan dia.
Harapnye, cek hari ni baby dalam kandungan ni ok.. sihat..

Ok lah, tak leh nak lelama.. ni nak g jenjalan umah korang lg.

K lah, till next..
daaaaaaaaaa
-chugie-

Friday, July 2, 2010

Alhamdulillah.. positif dah!

July 02, 2010 30 Comments
Salam..

Alhamdulillah, syukur...
Di hari jumaat yang sangat mulia ni,
Aku rasa bersyukur dan gembira sangat..
walaupun badan rasa tak berapa nak sihat lagi ni..

Hari tu, lepas je entry tentang RASA tu..
Ramai kawan suh buat test urine..
Balik dari opis, terus lah ke farmasi untuk beli UPT..

Sampai umah, terus buat test tu..
Alhamdulillah, positif!
Sebenarnye masa nak test tu kan, punye lah nervous tau!
Rasa takut dan rasa yang tak dapat nak di gambar kan..

Last2.. bila dah dapat result, baru rasa lega..
dan juga rasa terkejut gak..

So, semalam baru aku g buat cek up kat PMC (tempat biasa)
so, memang confirm dah ada isi lah..
doctor scan, n die kata masih baru lagi..
Dalam 5 minggu..

Hope, segalanya berjalan dengan baik..
dan doakan yang terbaik untuk kami ye..

Daaaa dulu k..
kesihatan x berapa baik buat masa ni..


pssst: gambar tak sempat nk uplaod dalam ni.. hanya entry sahaja!



-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates