Showing posts with label Bebelanku. Show all posts
Showing posts with label Bebelanku. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

I Love Blogging! - satu Masa Dulu -

September 20, 2015 0 Comments
Aduh.. Tajuk nya kok sedap benarrrrr keh keh keh keh...

Ye, dulu2 kan saya memang seorang yang addicted dengan dunia blog. Apa sahaja yang saya rasai, saya lalui, saya hadapi, saya makan, saya guna, dan apa sahaja perkara best yang berlaku. Blog adalah tempatnya..

Blog adalah dunia Online pertama yang saya jelajah. Blog lah yang menambah ramaikan sahabat maya saya. dari blog yang simple dan kaku. kemudiannya bertukar kepada blog yang ramai follower. ramai penkomen. t

Masa tu, saya tiada sebarang komitmen.
Belum Kahwin
Single mingle
Belum ada anak
Belum ada bisnes

Saya punya masa dan ruang untuk berblog. tiada sekatan. Pantang ada perkara menarik, terus on blog.

pegi mana2, mesti snap pic sebab nak masukkan dalam blog.

sampai lah satu ketika, saya dah kahwin dan hamil anak pertama. Biasalah, orang mengandung ni. alahannya terlalu banyak. salah satu alahan saya adalah jengah blog. Maka, dari saat saya hamil tu, Blog ni jadi TUKUN. heheheheh...

seriously, nak karang entry pun tak ada idea tau. Minda tepu time tu. sedangkan, itu lah saat2 yang wajib saya simpan dlm blog saya ni kan???
tapi, saya lepaskan peluang tu.. saya bazirkan usia blog saya ni..

tapi lepas dari tu, saya mula giat balik. giat ber blog.. tapi, kerajinan nak ber blogwalking tu masih samar2...

in shaa allah, sedang dalam proses nak walk in to tuanpuan punya blog ya..

ok, meh lah jengah blog2 saya yang lain...

ni antara koleksi blog saya ye..

1. Koleksi resipi dan tempat makan yang saya pergi : RESIPI CHUGIE

2. Blog Bisnes Barang penyusuan saya, Eizmierah Mumnbabyshop

3. Blog suka suki join contest dan giveaway : Chugie & Contest 

Ada 1 lagi blog, iaitu blog anak2ku.. tapi dah lama sangat terabai dah.. so bai bai je lah..

ok, sudi2 kan lah menjengah blog2 hasil nukilan saya tu ye. Blog biasa je.

sekian dulu lah ekkkk..

Suzie Eizmierah
Founder of EIZMIERAH

Monday, September 14, 2015

Insiden Kren Tumbang di Mekah - September 2015

September 14, 2015 0 Comments
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..



Insiden Kren Tumbang di Masjidil Haram yang berlaku pada jumaat lepas, 11/9/15 amat memeranjat kan seluruh rakyat malaysia. Insiden yang buat seluruh umat islam berasa pilu dan sedih bila di maklumkan, antara yang terlibat adalah jemaah dari malaysia. Yang menjadi semakin pilu bila mereka yang terlibat tu meninggal dunia.  Allahu... sedangkan kita yang tiada kaitan hubungan kekeluargaan dengan jemaah yang terlibat pun rasa sedih dan pilu dengar berita ni, apatah lagi ahli keluarga sendiri yang menerima berita ni kan..

Bila lihat gambar2 insiden di sana yang di viral kan di FB, buat hati makin di gamit sayu dan pilu. Tapi semua ni ada hikmahnya, ada rahmatnya dan ada asbab nya.. Ap yang berlaku ni adalah dalam perancangan Allah, Dia lebih tahu apa yang berlaku kan..

Kalau kita rasa ianya musibah, adalah sebaiknya jika ia di pandang dari sudut yang baik dan positif, ianya adalah satu rahmat. Mereka yang terkorban tergolong dalam syahid. Bertuahnya mereka. Di jemput Allah pada hari jumaat yang mulia yang di minta2, di jemput di tanah suci mekah, tempat yang paling mulia, di jemput pula ketika dalam menunaikan haji, rukun Islam ke 5.

Bila lihat video2 yang di rakam oleh jemaah yang berada di sana, teringat balik kenangan masa kami berada di sana mengerjakan umrah. Melihat kan kren2 yang tinggi dan banyak memenuhi persekitaran  masjidil haram tu buat otak berfikir macam2 yang buruk. Tapi, cepat2 fikiran tu di buang jauh2. Bila kita dah berada di tanah suci, automatik mind kita jadi telus. tak nak fikir kan sebarang keburukan. yang kita fikirkan hanya 1, iaitu Allah sedang dekat dengan kita. Apa je kemungkinan yg bakal berlaku pada kita, REDHA adalah jawapannya. REDHA demi Allah.

Al Fatihah buat seluruh Jemaah haji yang terkorban..

Buat seluruh Jemaah haji yang berada di tanah suci, selamat menunaikan ibadah haji.

buat kita yang berada di malaysia, sama2 doakan keselamatan dan perlindungan jemaah haji kita..

Mudah2an ada jemputan buat saya untuk ke tanah suci di kala umur masih muda dan tubuh masih kuat ni. Rindunya nak ke rumahMU Ya Allah..







Thursday, September 3, 2015

Nak Seribu Daya, tak nak tu, Berjuta lah Alasan..

September 03, 2015 0 Comments
Kah.. kah.. kah..

Saya dapat Pertanyaan secara personal dari Anak didik Shaklee saya Semalam.

Soalannya : Ummie, lajunya ummie buat compilation feedback product ngn edit2 pic promo tu. Bestnya, tengok Ummie Free.. banyak masa.

Jawapan saya: hehehehehehe... (saya gelak je, membalas soalannya tu)

Okay, ini jawapan jujur sejujurnya ye...

FREE?
Saya lapang sangat? tak ada kerja ke saya? sampai Freeeeee sangat boleh edit2, boleh create2 pic promo, boleh chit chat..

haaaa memang FREE lah sangat kan..

meh nak habaq ye.

Saya Ada suami, yang wajib saya bantu dan sediakan kelengkapannya.

Saya ada rumah yang harus di uruskan sebelum saya memulakan tugas sebagai biz women setiap hari.

Saya ada anak2. 3 orang anak. 2 dah bersekolah tadika. Pergi jam 8pg dihantar oleh ayahnya. balik jam 11.30pg diambil oleh saya..

Saya ada sorang baby berumur setahun 1 bulan.. yang memang perlukan perhatian dan semuanya perlu saya selesaikan dari mandi, pakaikan baju, beri makan dan menyusu serta mengasuh.

Saya Ada biznes Online pertama yang perlu di uruskan iaitu Biznes Barang2 penyusuan iaitu Eizmierah Mumnbabyshop. saya yang handle 100%. Tiada bantuan dari siapa2 pun.

Saya Ada Kedai Barang penyusuan yang perlu di uruskan oleh saya sendiri juga. Walaupun saya telah pun (baru sahaja) ada pekerja. tapi bukan semua tugasan telah di serahkan pada nya. Saya masih lagi menggalas 100% urusan kedai dan collect order.

Saya juga ada empayar Biznes Shaklee yang utama harus di uruskan. Dengan Ahli yang dah melebihi 1000 orang. Dengan Para Leader yang dah melebihi 30 orang. Dengan Para Biz Partner yang melebih ratusan orang. Dan mereka2 ini memerlukan kasih sayang dan tunjuk ajar saya dalam biz shaklee.

Saya juga ada para pelanggan yang di sayangi untuk saya jaga dan follow up..

nahhhhhh... banyak kan tugas saya?
Tapi, saya tak pernah nak beri alasan yang saya TIADA MASA. TAK CUKUP MASA. PENAT. TAK LARAT. BUSY. SUSAH.

Sebab apa?
Sebab saya suka dengan kerja saya
sebab ini adalah sumber pendapatan saya
sebab ini adalah punca REZEKI saya.
ya, REZEKI.. berani kah anda menolak rezeki?
Menolak, sama seperti anda tidak bersyukur..

Allah dah beri, kita dah jemput.. jadi, terima dan buat lah sebaiknya..

Bila kita enjoy buat apa yang kita suka, maka hasilnya sangat cantik..

Love what u do.. do what u love..

Sekian,
Suzie Eizmierah
Founder iezmierah.blogspot & Eizmierah Mumnbabyshop

Monday, July 21, 2014

Kelahiran puteri ke 3 saya

July 21, 2014 2 Comments
Alhamdulillah, saya telah pun selamat melahirkan puteri ke-3 saya pada 12/7/2014 yang lalu.. bersamaan hari Sabtu 13 Ramadhan.

Selepas check up terakhir pada hari jumaat 11/7/14, baby dah pun berada di kedudukan sepatutnya..  bukaan pun dah ada 3cm dah rupanya. Makanya, pada hari sabtu esoknya, terpaksa lah saya menyerah diri untuk bersalin. Ikut hati, nak hold hingga tarikh due iaitu pada 19/7/14.. tapi memandangkan baby yg kejap turun, kejap naik, kejap lg melintang dlm perut ni, maka doctor cadang kn untuk terus bersalin je, tak nak tunggu2 dah..

Sabtu jam 8pg admit, doctor terus pecah kan air ketuban.. bukaan baru 3cm time tu.
Tak ada rasa sakit pun..
Di sebabkan tiada contraction, jadi, air di masuk kn melalui drip.. rasanya lebih 3botol air masuk.. baru lah contraction mula terasa..

Kali ni, bukaan agak perlahan..walaupun tak sakit sgt, tapi rasa lama juga tunggu nak bersalin tu.

Alhamdulillah, setelah bertarung nyawa, jam 4.13ptg, selamat lah puteri ke 3 sy dilahirkan. Kali ni dapat lagi merasai bersalin normal.. syukur, doa dan hajat bersalin normal di tunaikan dan berjalan lancar..

*Nanti saya cuba titipkan saat2 melahirkan puteri sy ni ye..

Haaaa...
Ini lah puteri saya..
NUR FARHANA BT MOHD FAHMI


Moga jadi anak yang solehah.. aamin..

Chugie a.k.a suzie
SID anda..

Sunday, July 6, 2014

Doa Ramadhan ke-8

July 06, 2014 0 Comments
Alhamdulillah..
Dah seminggu kita berpuasa kan. Hari ni dah pun memasuki hari ke 8 untuk kita.

Jom baca doa ni.

Doa hari ke 8 Ramadhan...

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Mudah2an, hari ini kita berpuasa dengan lebih baik lagi dari hari semalam.

Syukur, Allah masih panjangkan dan pinjam nyawa untuk beramal di muka bumi ini..

Semoga kita jadi hambanya yang beriman.

Perbanyakkan sedekah..
Jangan berkira2 untuk sedekah..
Buat lah dengan seikhlasnya..
Mudah2an Allah menerima amalan kita ni.

Wasalam..

Pengedar Shaklee Anda
Chugie a.k.a Suzie Maswar
FB: Eizmierah Mumnbabyshop
Page: Eizmierah MNB Healthy Shop
Contact: 012.381.4786

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates