Bila lihat gambar2 insiden di sana yang di viral kan di FB, buat hati makin di gamit sayu dan pilu. Tapi semua ni ada hikmahnya, ada rahmatnya dan ada asbab nya.. Ap yang berlaku ni adalah dalam perancangan Allah, Dia lebih tahu apa yang berlaku kan..
Kalau kita rasa ianya musibah, adalah sebaiknya jika ia di pandang dari sudut yang baik dan positif, ianya adalah satu rahmat. Mereka yang terkorban tergolong dalam syahid. Bertuahnya mereka. Di jemput Allah pada hari jumaat yang mulia yang di minta2, di jemput di tanah suci mekah, tempat yang paling mulia, di jemput pula ketika dalam menunaikan haji, rukun Islam ke 5.
Bila lihat video2 yang di rakam oleh jemaah yang berada di sana, teringat balik kenangan masa kami berada di sana mengerjakan umrah. Melihat kan kren2 yang tinggi dan banyak memenuhi persekitaran masjidil haram tu buat otak berfikir macam2 yang buruk. Tapi, cepat2 fikiran tu di buang jauh2. Bila kita dah berada di tanah suci, automatik mind kita jadi telus. tak nak fikir kan sebarang keburukan. yang kita fikirkan hanya 1, iaitu Allah sedang dekat dengan kita. Apa je kemungkinan yg bakal berlaku pada kita, REDHA adalah jawapannya. REDHA demi Allah.
Al Fatihah buat seluruh Jemaah haji yang terkorban..
Buat seluruh Jemaah haji yang berada di tanah suci, selamat menunaikan ibadah haji.
buat kita yang berada di malaysia, sama2 doakan keselamatan dan perlindungan jemaah haji kita..
Mudah2an ada jemputan buat saya untuk ke tanah suci di kala umur masih muda dan tubuh masih kuat ni. Rindunya nak ke rumahMU Ya Allah..
No comments:
Post a Comment