Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Monday, October 18, 2010

|Langkawi| Part 2 : Awana Porto Malai..

October 18, 2010 15 Comments
Salam..


Okies, berentri tentang langkawi lagi..


Tak habis2 kan??
Untuk makluman, pakej yang kami ambil ni termasuk dengan penginapan..
jadi, kami ambil Hotel Awana Porto Malai sebagai tenpat penginapan kami kat langkawi nun.
Best gak kat awana ni.. walaupun tempat ni biasanye untuk mereka2 yang sedang honeymoon,
tapi rata2 yang datang sini ada yang berkeluarga, dan group jugak..
Cuma, awana tak de pantai, cuma ada jeti dan tempat lepak tepi laut je..
but, semuanya best.. termasuk layanan pihak hotel!
Memandangkan waktu check in adalah jam 3 ptg, makanya kami kena lah menunggu sementara pihak hotel uruskan bilik2 kami.. dan sempat juga lah kami snap2 pic kat awana tu..
jom layan piccas2 kat awana..



Sampai je kat awana, fatin dah terus terjah kat kolam yang terletak di kedua belah jalan menuju ke reception counter.. banyak betul ikan die..
Nasib baik fatin tak masuk sekali dalam kolam tu, sebab teruja sangat tengok ikan2 dalam tu,
kalau tidak.. umminye jugak lah yang jadi mangsa keadaan..:D
Ini di ruangan menunggu yang terletak di lobby berdekatan dengan reception counter.
Sementara kami uruskan hal2 bilik, hubby dapatlah duduk dan rehatkan badan jap kat situ.
Cantik tempat ni..
dan ini adalah bilik kami..
masuk2 je,fatin dah buat hal..
terus masuk ke toilet, n tak nak keluar..
dan yang paling tak boleh lupe, fatin dah p main air yang ade dlm toilet bowl! eee ngeri je..
aishhhhhhhh.. mcam2 hal anak ku ini!

Biliknya ok, not bad, cuma toiletnye asing2.. bilik mandi dan tandas di asingkan..
rasanya, kebanyakan hotel sekarang ni dah combine kan bilik mandi dan tandas jadi satu..
Tp kat awana, still guna style lama..
Owh, sila abaikan model di atas katil itu ye.. hubbyku yang kepenatan..sian die!
Ini pulak katil dalam bilik kami tu..
ada 2 queen bed. untuk kami memang terlebih cukup lah! hehehe..
Rasanye, kalau dua keluarga duk dalam bilik ni pun ok kot kan?
sebab katilnye besar dan ada dua tu! :D
Sampai2 je, masing2 dah tak tunggu lama.. terus terjun ke swimming pool!
cuma kami anak beranak je yang turun lambat skit.. sebab penat!
dah sejam lebih duk berehat, baru aku bawa fatin join budak2 tu madi kolam..
tapi lepas tu, payah pulak aku nak pujuk si kecik ni naik atas! haisssssssss...
Gambar ni aku ambil pada hari kedua.. masa ni kami lepas breakfast dan nak mulakan sesi jalan2 kami..
Cantik rumah ni.. i like!!

Hubby bergambar di tepi laut.. bersantai lepas breakfast!
best je lepak2 kat tepi ni.. kebetulan malam tu hujan lebat,
so pagi2 memang sejuk dan nyaman je..

huhu.. fatin dan umminye yang suke berposing..
best betul tengok pic ni tau!

owh, saya dan hubby pun nak abadikan kenangan bersama di Awana juga..
berlatar belakang kan kapal2 dan bot! hehehh:D


Gambar fatin lagi... cun arrrr!


antara aksi2 mereka..
gambar ni pun aku suke tengok jugak!
1st time fatin bergambar dengan aksi yang lain dari lain.. eekekeke...
k lah, pasni nak cerita pasal sesi jalan2 kami pulak ye..
tunggu...
daaaaaaaaaa
-chugie-

Thursday, October 14, 2010

|| Langkawi || part 1 : Airport & Jom Ikan Bakar

October 14, 2010 15 Comments
Salam..
Syukur alhamdulillah.. dapat jua upload gambar2 masa di langkawi aritu..
Kami ke langkawi dengan sponsor dari company.
Yang mana sepatutnye kami ke China,
tapi atas sebab2 dan keinginanku yang tak seberapa ke negara Cina tu,
makanya, aku dan kawan yg lain sepakat ke Langkawi je..
Rombongan kami cuma seramai 10 orang (termasuk ahli keluarga)
Kami menggunakan pakej percutian Fireflyz..
Hotel dan flight termasuk sekali dalam pakej ni..
Harga pun tak lah mahal mana pun..
Kami bercuti 3Hari 2 Malam.. Tapi, jujur aku kata, memang tak cukup dan tak puas!
Ok lah, layan gambar sambil bercerita ye.. lebih mudah!


Gambar kiri tu masa di Subang Airport, Encik hubby dapat layanan 1st class dari staf2 kat sana,
almaklum lah.. OKU sementara.. heheheh:D
Sampai nak naik flight pun kami diberi keutamaan..best gak ler! heheheh..
Owh, anakandaku ini memang x boleh di control ye..
sangat2 lasak masa kat airport tu.
aku pun dah tak larat nak jaga n kejar die merata2..
silap2 terberanak aku di buatnye..
selamat lah ade anak2 kawanku, dorang yang pakat jaga dan main2 ngan fatin.
Seperti biasa.. bila naik firefly, dah semestinye ade jajan kan?
kami dapat kacang, biskut dan juices..
sangat2 best.. siap mintak berkali2 lagi..
Banyak songeh kan kami ni?? *wink*
Fatin yang lasak ini juga, memang tak reti duduk diam kat dalam flight tau!
kejap berdiri, kejap nak berjalan..
dan akhirnye aku bagi main lip glossku.. Hancur di buatnye..
Bila dah dapat jajan, baru die diam membisu..
Hubbyku yang setia dan bosan huhuhu..
Sian die, sebab kena paksa rela ikut aku ke Langkawi..
"Sekali sekala kan b...:D"

Ini lah Kawan2 anakandaku..
Selamatlah budak2 ni ada, peneman dan penjaga fatin kat sana.
Kalau tidak.. memang haru biru lah idupku..

Lebih kurang sejam dalam flight, barulah kami sampai ke Langkawi..
Sampai pun dah ngam2 makan tengah hari, so kami terus terjah JOM IKAN BAKAR!

JOM IKAN BAKAR LANGKAWI..
ha.. kedai ni memang famous tau!
dan sedappppppppppppp.. murah jugak!
tengok je lah gambar kedainye tu.. cam ala2 kat tepi laut je kan?
tapi sebenarnye kedai ni kat tepi jalan besar je..

Lokasinye,
Kalau keluar dari airport, belok kanan dan akan jumpa roundabout.
kat roundabout tu, korang amik angka 9 (belah kiri) jalan menuju ke pekan KUAH..
bila dah belok ke angka 9 tu, korang terus je dalam beberapa meter..
tengok belah kanan, akan nampak lah kedai ni.
Kedai ni berhadapan dengan foodcourt.
Senang je nak cari!

Gambar kiri tu, antara makanan yang di sajikan..
Ada macam2 hidangan tau. Bila tengok lauk2 ni, memang rambang mata di buatnye..
sayur pun ada bermacam jenis..
dan ulam2 yang best serta sambal belacannye..

Aku pekena ikan bakar dan sup daging.. memang sedap tau!
jumlah makan kami untuk tengah hari tu cuma RM40 untuk 10 orang tu..

gambar atas ni aku ambil selepas makan tengah hari kat situ..
dah abis makan baru tempat ni kosong..
hajat hati nak makan kat dalam pondok ni.. tp masa kami datang tu penuh lah pulak!

pssst: kat sebelah kedai ni ade satu kedai roti dan kek..
memang sedap lah! ownernye melayu.. dan tak kedekut tau!
kami sampai datang 2 kali ke kedainye nak beli roti dan donut.
sedap.. try ler kalau ke langkawi k!

tunggu part seterusnye nanti k..
daaaaaaaa
-chugie-

Thursday, July 1, 2010

Travelku..#Last - Pekan Baru Indonesia

July 01, 2010 17 Comments
Salam..
Ok, last part tarvel kami di Indonesia..
Untuk Hari terakhir ni, kami cuma pusing2 sekitar bandar Pekan baru ni je..
+ shopping maping skit barang2 yang berkenan kat hati..
Cuma harga di Pekan Baru agak mahal dari di Tempat lain.. mungkin di kawasan bandar kot kan?..
Macam2 kami jumpa tau, Bank CIMB pun ada gak kat sana.. eheheh:D
Cam jakun jap aku ni bila nampak CIMB ada kat indon heheheh:D
Luas betul CIMB punye jajahan ek!


Jalan2 dulu di shopping Mall di Pekan Baru ni..
Nama Mall ni, Plaza Sukarama..
Biasalah kan, kalau nama pun shopping Mall, macam2 ada tau!
harga pun murah2 je.. tapi, tak semurah kat Bukit Tinggi.


Sebelum ke Airport, kami ke Balai Seni Budaya Pekan Baru dulu..
Tak de buat pe pun..
Kebetulan Suami makcik kami ni ada projek seni budaya kat sana, so dapat lah cuci mata tengok kawasan tu..
Besar giler Balai budaya dia.. macam istana tau!


Kat dalam sekitar kawasan Bangunan tu ada rumah2 contoh mengikut bangsa di sana..


Ada Rumah Riau, Rumah Minangkabau, Rumah Bingkalis dan lagi satu rumah aku tak ingat lah.. Aku sempat snap 3 rumah tradisi tu je.. yang selebihnya aku x sempat n tak larat nak snap dah!
Letih sangat dah time tu..
Ok, tu je lah cite tentang travel aku...
sekian dulu..
yeay! dah abis dah...
-chugie-


Wednesday, June 30, 2010

Travelku #3 - Bukit Tinggi, Indonesia.

June 30, 2010 20 Comments
salam..
ok, kali ni part ke Bukit tinggi pulak ye..
Owh ya, ada kawan tanya, macam mana dapat idea jalan2 travel camni ye? kan dh inform dalam #1 aritu.. yang kami ke Indonesia bukan setakat travel semata.. tapi melawat saudara mara kami yang tinggal kat sana..
Ok, berbalik pada travel kami ke Bukit Tinggi ya..
Memandang makcik kami ni Cikgu, maka hari ahad jelah masa untuk dia bawa kami ke tempat ni. Kami kat sana pun 2 hari 1 malam je, dan aktiviti kat sana, sangat2 express..
jom layan pics ya!

Gambar atas tu diambil masa berada di hotel yang kami inapi..
suasana pagi dia memang nyaman.. tapi Bukit Tinggi dah tak sesejuk dulu..
Orang kata, dulu Bukit Tinggi macam kat genting tau! Tapi Sekarang, biasa2 je..
Cuma Tempat tu tak sesibuk macam kawasan bandar lain lah..


yeay!! ini lah aktiviti pertama kami..
sempat posing dulu depan kereta kuda ni sebelum kami naik..

yeay!! jalan2 time.. bayaran menaiki kereta kuda ni Rp30,000. Kalau convert duit malaysia dalam belas2 RM je..
kami sewa 3 biji kereta kuda, dan dibawa pusing2 ke sekitar kawasan Bukit Tinggi tu.
Memang happening dan seronok sangat naik kereta kuda sambil menikmati permandangan sekitar kawasan BT.

Ha.. ni yang paling best tau!
Ini di Kawasan bersejarah.. nama nya Kawasan Lubang Japang!
Nama pun dah tau kan??

pemandangan dia memang memukau kalbu.. tapi sayang, masa ni bateri kamera, hp dan lain2 dah kong! jadi tak dapat nak snap2 pic kat sekitar kawasan lubang japang tu.

+ aku tak berani nak masuk ke Lubang Japang, seram wei!! kang tak tido malam plak kang! cuma Hubby, BIL dan anak buah aku je yang masuk.. kami yang lain cuma jalan2 dan tinjau2 kawasan luar lubang japang tu je.

gambar atas ni merupakan sekitar tempat beli belah di BT.. tapi sayang, kami tak sempat menjelajah keseluruhan pasarnye.. memang sangat2 rugi dan frust sangat tau!

kami shopping pun di Pasar aur.. yang rupanya pasar tu tutup pukul 1 ptg hari ahad..
Sempat lah beli ole2 untuk di bawa balik ke Malaysia..

Gambar di sekitar kawasan Bukit Tinggi..


Gambar atas belah kiri tu adalah gambar di Dataran Jam Gadang..Biasanye pelancong akan singgah kat sini untuk bergambar sebab ini merupakan Trade mark utama di Bukit Tinggi ni.
Gambar atas belah kanan tu adalah Hotel The Hill dan juga merupakan hotel yang paling besar dan cantik.

Gambar Kiri bawah merupakan Shopping Mall yang terbesar di sana.. aku pun lupa lah apa nama mall tu.

Dan yang belah kanan bawah ni pulak Bank negeri dia.. lebih kurang cam bank negara kat sini kot kan? :D

Untuk pengetahuan, terdapat banyak tempat2 bersejarah di Bukit Tinggi ni.. antaranya masa perang antara indon dan jepun, Belanda dan banyak lagi.

Abis part kat BT ni, kami ke padang pulak Jalan2.. tapi tak de lah sampai betul2 kat Padang sebenarnye, cuma sempat ke sempadan antara BT dan Padang je..
Memandangkan masa tak mengizinkan, kami cuma sempat lalu kat kawasan yang di landa gempa aritu je..

Yang paling menariknye, dapat tengok kawasan tanaman padi bertingkat kat atas bukit dan kebun sayur nye..memang cantik, tenang dan hijau je..

Rugi sangat sebab tak dapat abadikan gambar2 tu sume dalam ni..ishhh!!


Sekian dulu..
next entry part akhir kami di pekan baru pulak ye..
daaaaaaaaaaaaa...
-chugie-

Wednesday, June 23, 2010

Pacu Jalur..

June 23, 2010 15 Comments
Salam..
Macam yang aku kata dalam entry INI, aku dah godek2 google pasal PACU JALUR ni..
so dapat lah sikit sebanyak info tentang ini untuk dikongsikan dengan kalian.
##Pacu Jalur merupakan sejenis lumba perahu dayung tradisional dari Riau, Indonesia.
Perahu yang berukuran sepanjang 25-40 meter dengan awak perahu seramai 40-60 orang.
Perayaan ni biasanya diadakan untuk meraikan dan menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia.. yang biasanye di buat sekitar bulan Julai dan Augus setiap tahun.
Antara acara lainnye adalah, Upacara Sakral dan magis, pertunjukan sendratari, lagu daerah, randai dan banyak lagi.##

pic dari en. google

-Dari sumber2 yang aku dapat, acara perayaan ni merupakan acara yang paling besar dan memang di nantikan oleh penduduk di sekitar Daerah Pekan baru, Taluk Kuantan dan kebanyakan tourist dari luar negara.-

Setiap kampung di daerah tu akan menghantar wakil untuk menyertai acara Pacu Jalur ni..

pic dari en. google..
-Tengok je lah tu, memang ramai betul yang datang menjayakan perayaan ni kan?-

pic dr en. google juga..
pergh.. dasat! memang ramai lah.. patutlah perayaan ni di buat besar2an kan?? tengok je lah jumlah manusia yang datang. Penuh sesak..
sekian dulu, sedikit info tentang Pacu Jalur..
pssst: patutnye nak postingkan sambungan jalan2 ku di Indonesia, tapi line tenet di umah rosak pulak!
so, tunggu ya!
daaaaaaaaaa
-chugie

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates