Wednesday, June 30, 2010

# Travel

Travelku #3 - Bukit Tinggi, Indonesia.

salam..
ok, kali ni part ke Bukit tinggi pulak ye..
Owh ya, ada kawan tanya, macam mana dapat idea jalan2 travel camni ye? kan dh inform dalam #1 aritu.. yang kami ke Indonesia bukan setakat travel semata.. tapi melawat saudara mara kami yang tinggal kat sana..
Ok, berbalik pada travel kami ke Bukit Tinggi ya..
Memandang makcik kami ni Cikgu, maka hari ahad jelah masa untuk dia bawa kami ke tempat ni. Kami kat sana pun 2 hari 1 malam je, dan aktiviti kat sana, sangat2 express..
jom layan pics ya!

Gambar atas tu diambil masa berada di hotel yang kami inapi..
suasana pagi dia memang nyaman.. tapi Bukit Tinggi dah tak sesejuk dulu..
Orang kata, dulu Bukit Tinggi macam kat genting tau! Tapi Sekarang, biasa2 je..
Cuma Tempat tu tak sesibuk macam kawasan bandar lain lah..


yeay!! ini lah aktiviti pertama kami..
sempat posing dulu depan kereta kuda ni sebelum kami naik..

yeay!! jalan2 time.. bayaran menaiki kereta kuda ni Rp30,000. Kalau convert duit malaysia dalam belas2 RM je..
kami sewa 3 biji kereta kuda, dan dibawa pusing2 ke sekitar kawasan Bukit Tinggi tu.
Memang happening dan seronok sangat naik kereta kuda sambil menikmati permandangan sekitar kawasan BT.

Ha.. ni yang paling best tau!
Ini di Kawasan bersejarah.. nama nya Kawasan Lubang Japang!
Nama pun dah tau kan??

pemandangan dia memang memukau kalbu.. tapi sayang, masa ni bateri kamera, hp dan lain2 dah kong! jadi tak dapat nak snap2 pic kat sekitar kawasan lubang japang tu.

+ aku tak berani nak masuk ke Lubang Japang, seram wei!! kang tak tido malam plak kang! cuma Hubby, BIL dan anak buah aku je yang masuk.. kami yang lain cuma jalan2 dan tinjau2 kawasan luar lubang japang tu je.

gambar atas ni merupakan sekitar tempat beli belah di BT.. tapi sayang, kami tak sempat menjelajah keseluruhan pasarnye.. memang sangat2 rugi dan frust sangat tau!

kami shopping pun di Pasar aur.. yang rupanya pasar tu tutup pukul 1 ptg hari ahad..
Sempat lah beli ole2 untuk di bawa balik ke Malaysia..

Gambar di sekitar kawasan Bukit Tinggi..


Gambar atas belah kiri tu adalah gambar di Dataran Jam Gadang..Biasanye pelancong akan singgah kat sini untuk bergambar sebab ini merupakan Trade mark utama di Bukit Tinggi ni.
Gambar atas belah kanan tu adalah Hotel The Hill dan juga merupakan hotel yang paling besar dan cantik.

Gambar Kiri bawah merupakan Shopping Mall yang terbesar di sana.. aku pun lupa lah apa nama mall tu.

Dan yang belah kanan bawah ni pulak Bank negeri dia.. lebih kurang cam bank negara kat sini kot kan? :D

Untuk pengetahuan, terdapat banyak tempat2 bersejarah di Bukit Tinggi ni.. antaranya masa perang antara indon dan jepun, Belanda dan banyak lagi.

Abis part kat BT ni, kami ke padang pulak Jalan2.. tapi tak de lah sampai betul2 kat Padang sebenarnye, cuma sempat ke sempadan antara BT dan Padang je..
Memandangkan masa tak mengizinkan, kami cuma sempat lalu kat kawasan yang di landa gempa aritu je..

Yang paling menariknye, dapat tengok kawasan tanaman padi bertingkat kat atas bukit dan kebun sayur nye..memang cantik, tenang dan hijau je..

Rugi sangat sebab tak dapat abadikan gambar2 tu sume dalam ni..ishhh!!


Sekian dulu..
next entry part akhir kami di pekan baru pulak ye..
daaaaaaaaaaaaa...
-chugie-

20 comments:

mak encik | SZ said...

wahhh bestnya chugie...byk betul tempat dilawati...nnt boleh "copy paste" la tentatif ni :)

Unknown said...

heheh:D boleh aja.. travel kene betul2 menghayati tiap apa yg kita nampak dan lalui tu.. lelebih lg bila ke negara orang kak!

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Syioknyer dpt naik keta kuda..Bayaran dia pon ok lah kan..x mahal gak..Byk gak tmpt yg blh dilawati disana yer..
Dgr nama Lubang Japang tu pon dh seram..apa lg klu nk nk masuk erkk..mmg x leh tido lah jwbnyer.. ;)

zella y said...

banyak ke shopping kat situ chugie??
murah tak??

Unknown said...

Lily,
memang murah pun.. dia bawak pusing2 pun jauh jugak tau.

Unknown said...

zella,
emm.. boleh lah.. tp banyak bende yang nak di beli tu x sempat nak di cari.. cuma sempat beli barang2 wajib je..

memang murah!!!:D

Syida said...

bestnye, akak pun tgh fikir nak travel pegi mana ujung thn ni...

Unknown said...

syida,
kak.. g Bandung lah!! heheheh

edane said...

syoknya!!!!!!!!!! sukanya shoping di bukit tinggi. kain lawaaaaaaaaaaaaa!!!

Unknown said...

etiey erywan,
yep betul2!! kain die cun2.. + harga yg murah2 gitu..

Drama Mama said...

wowweeee! sronok lah eh jalan2 kat sana. ada relatives lagi la seronok nak berjalan...ada tour guide FOC

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Drama Mama said...

wowweeee! sronok lah eh jalan2 kat sana. ada relatives lagi la seronok nak berjalan...ada tour guide FOC

http://twinkywinkystars.blogspot.com

maszmadi said...

eee beshnyer jalan jalan.. yg pling swonok musti fatin kan.. ee biler la masz nak jalan2 nie.. isk

Mek Rose said...

besnye..
kwn sy pernah pegi sini rasanya sbb dia pernah bagi keychain bentuk menara jam tu..huhu

nieda said...

bestnya bukit tinggi..byk tempat menarik yer..naik keta kuda lagi

Zura Tahir said...

plg tensen bile xdpt snap gmbar...dhlah jarang dpt pegi..

|| NaFiRaa || said...

syok nye.. rugi jek x dapat tengok sawah padi bertingkat tuh..

Unknown said...

best juge yer bukit tinggi ni..leh pegi nx time insyaAllah :)

Fieza79 said...

wahh ini baru Bkt Tinggi...silap2 baca n3...heheh best je tmpat ni...fieza suka sgt la tmpat sejok2neh...ermm fieza dh ketinggalan part yg ni...

aLyNnZ said...

owhh kiranyer chugie bercuti sambil melawat sedara mara yer..mahal tak cost g indonesia nie chugie..?

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates