Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

OsteMatrix - Kenapa saya Suka???

March 16, 2013 0 Comments
OsteMatrix.. apa yang bestnya Si OsteMatrix Shaklee ni?
haa... memang best dan lain dari yang lain tau.  Ostematrix Shaklee sangat berbeza dengan produk makanan tambahan Kalsium yang lain. Untuk pengetahuan anda, Ostematrix dilengkapi Vitamin D dan Magnesium, yang mana ia merupakan agen penyerap kalsium ke dalam tubuh.

Kalsium juga merupakan salah satu komponen penting untuk produce susu, kalau badan kita kekurangan kalsium, macam mana tubuh nak produce susu. Jadi, inilah kepentingan kalsium dalam badan. Jika kalsium kurang, badan juga akan sukar untuk produce susu. Maka, berlakulah masalah kekurangan hasil susu.

Seperti saya, yang memang bukan penggemar susu, saya amalkan Ostematrix ni untuk bantu penghasilan susu juga untuk memastikan tubuh saya mendapat kalsium. Bukan tu je, saya juga nak pastikan yang anak saya juga mendapat jumlah kalsium yang mencukupi apabila meminum susu badan saya tu. Badan saya juga sering rasa sakit2 badan apabila kerap menyusukan anak secara mengiring di waktu malam, setelah mengamalkan OsteMatrix ni, dengan makan 4biji sebelum tidur malam, keesokan harinya, badan saya tidak rasa sakit2 dan lenguh, malah saya rasa lebih bertenaga dan badan rasa ringan je.

Selain dari tu, Ostematrix juga dikatakan sebagai salah satu MILKBOOSTER. bagi mereka yang tidak serasi memakan alfalfa, Ostematrix merupakan 'option' nya.

Vitamin WAJIB yang saya amalkan sampai lah sekarang untuk Penyusuan adalah ESP + Alfalfa + osteMatrix ni..

alhamdulillah, di usia anakanda saya 'Fadiah' yang masuk ke 2 tahun 2 bulan, dia masih mendapat bekalan air susu yang mencukupi.

Kepada Ibu2 yang Berminat untuk dapatkan Ostematrix ni atau mana2 produk Shaklee, Boleh hubungi saya di:
Eizmierah MNB Healthy Shop
atau terus hubungi saya di 012-3814786

sekian dulu...
chugie

Wednesday, July 20, 2011

Stok EBM untuk dihantar ke rumah Penjaga..

July 20, 2011 11 Comments
As'salam..


Tiap pagi, ini lah rutin harian ku..

Sediakan Stok susu untuk fadiah masa kat umah penjaganye..


Owh, mula2 sangat pening n letih juga nk biasakan diri dengan kerja baru ni..

but now, dah more expert.. ekekekek..


sbb dh jadi rutin kan?



Ini lah die stok untuk Fadiah..

Umur dah meningkat, so susu pun kena lah meningkat sama..

Mujur Susu umminye ni bleh tahan juga..;p


Sukatan ni mmg dah biasa buat dr mula Fadiah di hantar ke BS, sampai lah sekarang..

nk cuba letak 3oz utk setiap botol, takut macam membazir je..

Sebab bila nak cuci botol2 ni, sure ada lebihan susu yang tak di minum..

Sayang nye lah..

Botol yang dah siap di label dengan no, supaya mudah makcik nak bagi susu pd Fadiah..

Mujur penjaga Fadiah boleh terima BF ni..
Terima kasih tak terhingga pada makcik sebab bantuku dalm pengurusan susu ni.. :D

k lah.. daaa
-Chugie-

Susu ummi sedap.. terbaik!!

July 20, 2011 7 Comments
As'salam..


Owh.. cedapnye susu ummi saya ni tau.. :D


Alhamdulillah, umur 4 bulan Fadiah dah pandai pegang botol sendiri.. berdikari sunnguh anakku ini tau..


Dah lama nak tepek pic fadiah tengah hold the bottle with ummi's milk.. baru lah hari ni tercapai niat tu..


Alhamdulillah, she is very easy to handle.. walaupun ada kalanye buat ummi heart attack gak, sebab suka menjerit sampai 'berdesingggggg' telinga ;p.. tp sangat senang nak jaga ini budak tau..



Sejak dah pandai pegang botol sendiri ni, ringan skit beban ummi ekekeke..

e'eh.. sempat lagi jeling camera ye laling ummi ni... ;p
nice... syukur.. alhamdulillah, masih di beri peluang untuk menyusukan Fadiah.
Tiap masa, tiap solat.. tak lupa doa, moga susu ummi jadi susu no 1 pada Fadiah..


pssst: to my sifuuuuuuuuu (Mek rose) time kasih sbb sudi bg nasihat berguna tentang SI ye, cayang kamoooo:D






Wednesday, June 1, 2011

Cara menyimpan susu / EBM guna storage bag

June 01, 2011 7 Comments
Salam..


Kali ni nak share info cara2 nak simpan susu guna storage bag ni pulak..






1st.. kena lah ada storage bag ni ye..


aku guna autumnz storage bag.. sebab dia ada double zip lock!


keluarkan stock yang hendak di simpan dalam bag tu..
kalau boleh biar ikut sukatan botol ye..
senang nanti bila nak transfer balik ke botol untuk di beri pada bayi anda tu.

kadang2 sukatan pada bag tu x tepat..

masukkan susu yang dalam botol tadi ke dalam bag seperti di atas ni..

sebelum lock, tekap kedua2 belah jari tadi dari paras susu dalam tu, ke atas zip lock..

supaya udara tak terkandung dalam tu, so bila baring kan bag, tak de lah kembung je kan.

labelkan bag yang berisi susu tadi ye..


seperti atas ni.. sorry ye, blur lah plak! :D


labelkan dengan tarikh dan masa anda pam susu tu ok.. bukan tarikh n masa anda transfer susu ni tau!


kemudian susun / baringkan susu tu dalam rak bahagian beku macam gambar atas ni.

kalau boleh biar lah susu ni di bahagian dalam, supaya cepat beku..


akhir sekali, bila susu2 tu dah beku, susun lah ikut kesesuaian yang anda suka..

supaya space dalam peti tu dapat di jimatkan..


ok, tu je tunjuk ajar ku sifu untuk kali ni..


pada kawan2 yang dh OTAI tu, sila lah bagi tunjuk ajar lagi ye..

mana tau ada salah silap, terkurang terlebih ke kat entri ku ini..


sekian dulu,

-chugie-

Tuesday, May 31, 2011

Hasil susu ku - pam time lunch!

May 31, 2011 10 Comments
Salam..


eh.. sempat gak nak berentry ni..;p

ok, dah lama nak entry kan perihal mengepam susu time kerja..

so arini nak show skit susu2 ku itu..


untuk 15 minit pam, ini lah hasilnye..


gembira betul bila tengok susu yang penuh sebotol ni.
bertambah semangat lagi nak mengepam tau!

biasanye aku ambil 15-20 minit untuk mengepam susu pada waktu makan tengah hari,
so yang selebihnye, aku kena makan rehat dan solat..

biasanya aku mengepam sekali je kat opis, balik rumah baru aku pam lagi..

pam tanpa makan pun tak guna jugakan?
tak berkhasiat lah susu2 ku itu nanti..

pernah sekali pam tu, aku dapat 2botol (5oz) penuh susu..
memang gembira betul..
dan2 tu juga, doa dalam hati moga baby fadiah akan minum susu dengan mudah dan banyak..


psst: moga susu ku sentiasa ada untuk anakku.. amin...

-chugie-




Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates