Monday, August 3, 2009

Diari Ramadhan Rafiq..

August 03, 2009 3 Comments
Salam



Aku pasti ramai yang pernah tonton rancangan ni kan? dan pastinye korang juga menyukainya, macam aku gak, memang sangat menggemari drama ni. Boleh dikatakan satu family aku suka tonton cerita ni yang hanya akan di siarkan dalam bulan ramadhan.


Sebenarnya, baru beberapa hari lepas adik aku buka cerita pasal drama ni, katanya ade ke tidak agak nye siri baru drama ni keluar untuk ramadhan kali ni, sebab biasanya tv3 akan keluarkan 'gazet' (iklan tentang drama ni ) bila nak sampai bulan puasa. Tup tup, pagi tadi tv3 keluarkan ulangan drama siri yang kedua (tahun kepas punye cerita), macam tau2 lah pulak..memang satu kebetulan betul lah.

Rasanya tak payah lah aku ceritakan sinopsis drama ni sebab aku pasti ramai yang tahu jalan ceritanya. Antara watak yang aku suka adalah watak rafiq tu sendiri, budak lelaki yang berdarah kacukan yang memang fasih berbahasa melayu. Watak rafiq dan sepupu2nya yang sedikit nakal dalam siri pertama memang buat aku rasa teruja sangat nak menonton setiap episod yang ada selama bulan puasa, dan sampai hari ni pun, aku sedang menati samada tv3 akan mengeluarkan siri baru drama ni. Kisah yang di siarkan dalam setiap episod pun memang mengisarkan tentang kehidupan dan perjalanan harian budak2 yang baru mula belajar berpuasa.

Antara lain yang aku suka tentang drama ni adalah kawasan lakonannye, yang mana diadakan di kuang, memang betul2 berhampiran dengan kawasan rumah aku. Aku suka tengok rumah yang mereka gunakan sebagai set pengambaran pada episod pertama dulu, memang aku admire betul dengan rumah tu, nampak cantik, kemas dan tersusun je lebih2 lagi bila waktu malam. Bukan setakat di dalam rumah tu, tapi kat luar rumah pun nampak kemas dan bersih. Memang pandai pengarah drama ni pilih kawasan pengambaran.

Hope bulan puasa ni dapat tonton drama yang terbaru..

Sunday, August 2, 2009

Dinner @ Cinnamon Restaurant One World Hotel

August 02, 2009 6 Comments
Salam..

Jumaat lepas aku ada dinner di One World Hotel yang terletak di sebelah One Utama. Hotel baru yang boleh dikatakan antara hotel yang agak mahal juga lah. Dinner ala buffet di Cinnamon restoran ni aku yang incharge, tapi bukan aku yang bayar ye. Dua orang staff aku dapat durian runtuh dari HQ perodua, jadi dorang share duit untuk belanja semua staff makan buffet kat restoran ni. Jadi aku sebagai head, telah mencari restoran ni sebagai tempat dinner kami.

Restoran ni memang cukup eksklusif, lihat saje lah pada namanye, dan kawasannye. Harga untuk buffet ni pun boleh tahan juga dan makanan die pun sedap, cuma pilihan makan tu tak banyak yang macam aku sangkakan. Mungkin harga yang di tetapkan tu bukan base kepada makanan yang di hidangkan tapi more to nama hotel tu kot. Dari pengalaman aku menikmati makanan buffet di hotel, biasanya mereka akan hidangkan sekali air2 jus atau pun minuman manis yang lain. Tapi di sini dorang hanya sediakan kopi dan teh saje disamping air kosong. Kalau kita nak mintak air lain, charge akan dikenakan. Disini mereka sediakan beberapa kaunter yang berbeza jenis hidangan dari local ke continental food. Macam yang aku cakap tadi, jenis makanan setiap kaunter tu memang tak banyak. Rasa mcm tak puas hati pun ada, tapi memandangkan bukan keluar duit sendiri, jadi tak adalah rasa terkilan sangat. Apa pun aku dan kengkawan opis memang enjoy makan especially tang desertnye.. memang aku suke makan desert kalau pekena makan buffet ni. Aku akan cuba segala jenis cheese cake yang ada..memang sedap sangat.Enterprem skit gambar aku tengah menghadap makanan.. makan sampai puas tu hehehe..

Masa ni orang tak ramai lagi, aku pulak antara orang yang terawal sampai. Habis je waktu kerja aku terus ke sini. Kalau tak silap pukul 6 lebih aku dah terpacak dalam ni dan menikmati hidangan2 yang ada.. syok tu..

Meja yang kami reserve khas untuk sume staff yang hadir.. masih lagi kosong sebab dorang ni datang memang lewat..

Saturday, July 25, 2009

Aduh..penatnye..

July 25, 2009 2 Comments
Salam..

Aduhai penatnye lah badan ku..

Minggu ni memang penuh dengan kesibukan.. Tak cukup masa kerja, lepas waktu kerja pun masih lagi sibuk. aduhai penatnye..tak sabar nak habiskan minggu ni dan berehat secukupnye masa hujung minggu. Ni pun aku curi2 create entry untuk blog sebab kepala dah rasa ding dong skit akibat kepenatan bekerja.

Untuk 3 hari ni office aku adakan hari bertemu pelanggan pada jumaat, sabtu dan ahad sempena pelancaran kereta viva yang di beri ubah suaian baru ( new facelift ). Jadi, aku di pertanggung jawabkan untuk pastikan event ni berjalan dengan lancar. Bermula dari hari selasa, aku dan staff lain dah mulakan persiapan untuk keraian ni. Antara aktiviti yang kami harus buat adalah menghias showroom. Semestinya bukan satu perkara yang mudah untuk menghias showroom sebab memerlukan kreativiti yang agak sempurna, kalau tidak showroom tu akan jadi nthapa2 ntah.

Jadi selama 3 hari sebelum majlis tu, aku dan beberapa staff bertungkus lumus untuk buat persiapan, alhamdulillah dalam kepenatan menyediakan majlis ni, segala yang di rancang berjalan dengan begitu lancar dan sememangnya aku amat berpuas hati dengan hasil kerja anak2 buah aku ni. Tak sangka sambutan yang kami terima juga amat menggalakkan. Mungkin juga berkat kerjasama semua staff kali ni yang bersama2 menyiapkan segala persiapan untuk majlis tu.

Harapan aku, moga salesman dapat banyak booking viva atau myvi. Hidup office aku!! huhuh..

got to go now!! kerja memerlukan aku.see ya!!

Tuesday, July 21, 2009

Gambar Fatin sebelum dan selepas di botak kan

July 21, 2009 3 Comments
Antara gambar2 cute fatin yang aku ambil sebelum dan selepas dia di botak kan..





Comment dari aku :-


- Gambar masa ada rambut nampak dia lebih besar, dan tak nampak macam baby umur 2 bulan.


- Gambar selepas di botakkan, baru nampak rupa baby 2 bulan hehehe..





Apa pun, ummi tetap admire kedua2nye sekali..nampak cumelz dan kemas je. Cayang anak ummi..mmuuahhh!!




Gambar sebelum di botak kan

gambar selepas di botakkan



gambar aku ngan anakku.... enterprem sket huhuh...

Monday, July 20, 2009

Majlis aqiqah + Cukur Jambul Fatin

July 20, 2009 3 Comments
Salam..

Sabtu lepas kami buat majlis aqiqah + cukur jambul fatin. Sepatutnye majlis ni diadakan pada minggu lepas 11/07/2009, yang mana genap usia fatin 2 bulan masa tu, tapi memandangkan atas hal2 yang tak dapat di elakkan, majlis ni di tunda ke sabtu lepas 18/7/2009. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, begitu juga dengan puteri kami yang memang mood dia agak baik malam tu. Masa sedang cukur jambul pun dia tido lena sangat, sampai orang gunting rambut dia masa majlis sedang di jalankan pun dia langsung tak sedar, agaknya sedap sangat dengar alunan marhaban dan selawat kot. Jemputan yang datang pun memang ramai, rasa macam kenduri kawin pun ada. Bawah ni antara gambar yang sempat aku ambil masa majlis tu berlangsung.

tengok tu.. fatin tetap lena walaupun rambut dia sedang di gunting, memang tak sedar langsung.

Mak mertua aku pun tak ketinggalan untuk menggunting rambut fatin, berserta iringan doa dia untuk cucu sulongnye.
Fatin yang masih lagi lena, walaupun rambut dah habis lencun masa sesi cukur jambul tu diadakan.

Keesokan harinya baru kami cukur kepala fatin, sebab malam tu dah lewat sangat dan kami semua dah kepenatan.

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates