Monday, August 3, 2009

Diari Ramadhan Rafiq..

Salam



Aku pasti ramai yang pernah tonton rancangan ni kan? dan pastinye korang juga menyukainya, macam aku gak, memang sangat menggemari drama ni. Boleh dikatakan satu family aku suka tonton cerita ni yang hanya akan di siarkan dalam bulan ramadhan.


Sebenarnya, baru beberapa hari lepas adik aku buka cerita pasal drama ni, katanya ade ke tidak agak nye siri baru drama ni keluar untuk ramadhan kali ni, sebab biasanya tv3 akan keluarkan 'gazet' (iklan tentang drama ni ) bila nak sampai bulan puasa. Tup tup, pagi tadi tv3 keluarkan ulangan drama siri yang kedua (tahun kepas punye cerita), macam tau2 lah pulak..memang satu kebetulan betul lah.

Rasanya tak payah lah aku ceritakan sinopsis drama ni sebab aku pasti ramai yang tahu jalan ceritanya. Antara watak yang aku suka adalah watak rafiq tu sendiri, budak lelaki yang berdarah kacukan yang memang fasih berbahasa melayu. Watak rafiq dan sepupu2nya yang sedikit nakal dalam siri pertama memang buat aku rasa teruja sangat nak menonton setiap episod yang ada selama bulan puasa, dan sampai hari ni pun, aku sedang menati samada tv3 akan mengeluarkan siri baru drama ni. Kisah yang di siarkan dalam setiap episod pun memang mengisarkan tentang kehidupan dan perjalanan harian budak2 yang baru mula belajar berpuasa.

Antara lain yang aku suka tentang drama ni adalah kawasan lakonannye, yang mana diadakan di kuang, memang betul2 berhampiran dengan kawasan rumah aku. Aku suka tengok rumah yang mereka gunakan sebagai set pengambaran pada episod pertama dulu, memang aku admire betul dengan rumah tu, nampak cantik, kemas dan tersusun je lebih2 lagi bila waktu malam. Bukan setakat di dalam rumah tu, tapi kat luar rumah pun nampak kemas dan bersih. Memang pandai pengarah drama ni pilih kawasan pengambaran.

Hope bulan puasa ni dapat tonton drama yang terbaru..

3 comments:

Zura Tahir said...

kakak aku suke cite nie...dia suke lakonan rozita che wan

iman said...

erm...mmg best, ktorangpun sellau borak & tertunggu citer nie...

b4r1n4 said...

aritu aku jumpa dak rafiq tu kat cineleisure..puas aku pikir mana aku jumpa budak nih, huhu.

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates