Monday, August 24, 2009

Kuih Raya..

Salam semua..

Wah, nampak nya pada pembikin kuih raya pastinya bulan ni merupakan bulan yang paling sibuk untuk mereka.. mana taknya tempahan dah pun mula di keluarkan sebelum puasa lagi.. sana sini orang bagi sampel kuih raya dan tak lupa juga pengeluar atau pembuat kuih raya secara besar2an.. di shopping2 complex pun dah berlambak aku tengok stock2 kuih raya..tak tahu lah bila dorang ni start buat kuih2 tu kn..

Bagi aku, memang setiap tahun aku hanya jadi pembeli kuih raya, sebabnya aku memang tak reti nak buat pun. Resepi dah berlambak aku cari dan ambil, tapi sampai ke hari ini aku tak mencuba pun resipi2 tu. alasan aku untuk tak mencubanya adalah kerana sebelum ni aku pernah sekali buat biskut raya, memang bersemangat sangat masa tu nak hasilkan biskut raya sendiri.. malangnya, biskut tu tak menjadi.. bukan masalah tak sedap ye.. tapi biskut yang aku buat tu keras macam hape ntah.. rasanya kalau baling anjing, sure aku kene kejar heheheh...

Kalau nak buat biskut raya sendiri pun, aku cuma jadi pembantu pada akak aku je.. die memang teror bab2 buat kuih dan kek ni, tak macam aku hehehe.. so tunggu green light dari die je ni untuk sama2 buat biskut raya.. kami dah plan, cuma tak pasti lagi bila..

Jadi untuk tahun ni, aku dah pun menempah 5 jenis biskut iaitu Almond London (satu kemestian) Chocolate cornflakes, chocolate rice, biskut butter and spicy biscuit.. buat mase ni, ini aje lah biskut yang aku rase nak tempah.. mungkin akan di susuli dengan kerepek2 dan kacang2 kot..

Korang plak macam mana??? dah tempah ke? atau buat sendiri??

6 comments:

Unknown said...

aku, jual kek lapis serawak. dapatlah pendapatan skit plus hidangan untuk diri sendiri di hari raya juga.

sejak dua menjak ada anak ni, tak dan lagi nak buat biskut raya...pakat beli juga.

p/s: kalo baling, anjing pun mati, cemana chugie?

iman said...

ERM...AKU???XDE HATI NAK TEMPAH KUIH Z, SBB TAK TAU MCM MANE RAYE NNT, TP Y PASTI KAU KAT UMAH MAK AKU JER...SO WAT TMBH++ KUIH Y KAKAK2 AKU BELI JER

Unknown said...

tunfrida,
tu lah..berkenan gak kat kek lapis mu itu wahai normi.
eh, kalu baling anjing tu leh mati.. maknenye memang keras giler lah biskut yg aku buat tu heheh.

iman,
heheh.. raya sambil berpantang ye! memang x syoknye.. dh ler masa raya makanan lazat2 hehehe

zaza said...

KALAU TAK TEMPAH.. BELI LE TIME MALAM RAYA... KAT PASAR MALAM ..MURAH GILER!!

Zura Tahir said...

aku dh tempah sikit tp buat tetap buat...tp bkn aku yg buat kot...hehehe

Unknown said...

zaza,
betul3X tu zaza.. beli time tu memang murah2, tapi sure ramai org time tu. X larat den!

zura,
skang ni majoriti org tempah je kuih raya ra.. nk buat tu leceh gak heheh..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates