Friday, August 28, 2009

bertukar juadah..

Salam..


Rindunya pada masa dulu.. kalau dulu di tempat aku ni, hubungan antara jiran sangat rapat, tak ada hasad dengki, tak ada keji mengeji, tak ada busuk hati lebih2 lagi bila masuk bulan ramadhan, kami antara jiran tetangga akan bertukar2 juadah, aku pasti di tempak kalian semua pasti ada yang praktik kan cara ni kan??.. tapi sekarang ni dah tak ada semua tu disini.. masing2 dengan hal masing2, 'ko buat hal ko, aku buat hal aku'.

Mana yang silap agaknya.. mungkinkah peredaran angin? atau mungkin pertukaran cuaca? 'tak de kene mengena langsung'

Ingat lagi dulu, masa arwah mak masih ada.. bila masuk je bulan ramadhan, mak mesti tak lupa untuk hantarkan juadah yang di masak ke rumah jiran sebelah menyebelah. Biasanya aku dan adik2 lah yang akan jadi mangsa tukang hantar juadahnye.. tapi masa tu rasa malas membuak2, langsung tak ada rasa macam sekarang ni.. bila kami beri juadah pada jiran, jiran pula akan balas dengan juadah mereka dan tak ketinggalan juga yang beri bekas kosong je (tapi tu tak mengapa..).

Tapi sekarang ni dah tak nampak semua tu disini.. Ada ketikanya aku rindu untuk kembali pada keadaan tu.. rindu nak beramah dan bertukar2 juadah dengan jiran2 ,di bulan ramadhan ni, tapi sayang.. respond yang di harapkan tidak begitu bagus.. Pernah beberapa kali aku menghantar juadah dan kadang2 sengaja beli kuih lebih di bazaar untuk di beri pada jiran, tapi bila juadah di hantar, bukan sahaja tak bertukar dengan juadah mereka, malah bekas kosong pun tak di pulangkan.. aku bukan minta untuk di balas ye.. tapi di mana sikap kejiranan tu?? sekurang2 nya kembalikan lah bekas tu..

Apa pun, memang nampak berbeza betul dulu dan sekarang.. sejak dari tu, bila aku nak menghantar juadah pada jiran, aku hanya guna bekas biasa yang tidak memerlukan mereka untuk mengembalikan nya semula pada aku..

Dulu lebih seronok berbanding sekarang.. banyak yang dah berubah termasuk diri kita..

4 comments:

zh-ena said...

kat tempat aku msh lg beri n membalas nie lg..jd semangat kejiranan tu msh menebal..

Unknown said...

bagus tu na.. kt tpt aku ni dh tak ade dah..

Zura Tahir said...

skrg susah nk tgk org amalkan bende cm tue...

Unknown said...

emm tul kn ra? tapi aku tau, de lagi tpt2 lain kat area kampung2 masih mengamalkan budaya tu..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates