Saturday, August 8, 2009

JOM VOTE!!

Salam...

JOM VOTE FOR LESS SUGAR!!!

Pastinya sekarang ni orang ramai dah mula tercari2 gula kan?? pegi kedai ni, tak ada. Pegi pasaraya pun dah abis gak.. so macammana?? haaa.. apa kata kita pulak boikot gula, biar orang yang sorok kan gula tu plak rasa tak ada orang datang nak beli gula die. Lagi pun bagus apa kalau kita kurangkan pengambilan gula dalam makanan kita.?? boleh kurangkan penyakit kencing manis dan penyakit2 yang seangkatan dengannya.

Tentang penjual gula ni pulak, aku rasa dorang ni saja simpan gula sebab kan dah nak masuk puasa, lepas tu hari raya plak nanti. Jadi mereke2 ni saje lah simpan gula2 tu supaya bila dah orang ramai tercari2, dan harga gula di naikkan dapat lah dorang makan untung lebih hasil dari kenaikan harga gula. Emm..memang tak berhati perut betul.

Rasanya, keadaan sebegini memang dah biasa berlaku bila tibanya sambutan perayaan, lebih2 lagi sambutan hari raya dan tahun baru cina. Mula lah masuk tajuk utama berita yang negara kita menghadapi kekurangan bekalan makanan.. pelikkan??? Selain tu aku rasa bukan setakat gula je yang akan jadi masalah pada kita, tapi bahan makanan lain seperti ayam, cili dan tepung pun pasti akan jadi topik perbualan hangat bila tiba kenaikan harganya. Yang peliknya, bahan2 yang akan kurang tu semuanya bahan2 penting yang kita gunakan untuk makanan harian. Sepatutnya pengeluar bahan makanan berkenaan dah dapat menjangka sebesar mana penghasilan yang sewajarnya dorang keluarkan, dan dorang sepatutnye boleh mengawal harga barang tersebut supaya pengeluaran tidak berlebihan dan harga tidak lah dinaikkan sesuka hati.

Bila perkara ni berlaku, yang susahnya adalah pengguna juga. Lelebih lagi pada mereka yang kurang mampu.. kesian kn?? kepada kerajaan, harap mereka dapat ambil langkah bijak untuk tangani masalah ni. Dan kepada pengguna2.. cari langkah lain untuk mengelakkan kita berdepan dengan masalah seperti ini..

TEPUK DADA TANYA LAH SELERA MASING2... so apalagi, vote lah untuk kurangkan gula dalam makanan kita!! Sihat dan kuat sentiasa...chiowwww!!

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates