Thursday, August 6, 2009

Buang anak..

Salam..

Aku sedih, sedih yang amat dengan sikap manusia yang tak berotak, kejam dan b****h ni.. di beri akal untuk berfikir, tapi tak di gunakan dengan betul. Diberi perasaan, tapi tak tahu nak merasa. Di beri cukup segalanya, nyawa, makan, pakai, tempat tinggal, pelajaran, tapi tak juga reti nak menghargai dan menggunakan sebijak2 nye.. Apa nak jadi lah dengan dunia sekarang ni? Dah tak ada ke sifat keperimanusiaan?? arghh.. geramnye lah hati aku saat ni.

Pagi tadi, aku sempat membaca sepintas lalu berita dalam akhbar METRO yang berkisar tentang kes buang anak. Seorang pelajar sekolah menengah melahirkan anak di sekolah dan anak tersebut mati kerana lemas diletakkan oleh pelajar berkenaan didalam beg sekolahnya.

Nauzubillahhiminzalik.. berderai air mata aku mengenangkan nasib si bayi yang lahir dengan berat 3.6kg yang aku rasa cukup sifatnye. Tapi dengan mudah ibunye membiarkannye lemas dalam beg sekolah macam tu je.. aduh... tak dapat aku bayangkan bagaimana sedihnya bayi kecil tu, tatkala lahir kedunia ni, yang mana sepatutnye di sambut gembira, di tatang dan di azankan agar dapat melihat dunia. tapi dek kerana kejam si ibu yang sanggup membiarkan die lemas, hingga tak dapat die merasai semua tu.

Untuk si bayi yang malang, aku harapkan ada hikmah di sebalik nasib mu itu yang dah di tentukan olehNya..moga kau aman di sisiNya.

Pada si perempuan yang tak layak di panggil ibu tu, kau terima lah pembalasan kau kelak kerana sanggup mengerjakan perbuatan keji dan hina kau itu, hingga sanggup membiarkan bayi yang kau kandung mati begitu saje. Tak cukup dengan melakukan maksiat, kau bunuh pula dia.. tak berperikemanusiaan langsung.. aku geram dengan apa yang kau lakukan..!!

9 comments:

Zura Tahir said...

ala zie...budak tu kat sana syurga tmpatnye...

Unknown said...

buletin utama bbrapa hari lepas menyebut kes buang bayi di sebuah sekolah agama rakyat. tersumbat di lubang tandas, siap kena panggil bomba...

dunia akhir zaman ni zie...

iman said...

semalam kes bayi tggl kepala ngan tgn jer, ko de bc z? kat kuantan...menakutkan...diorg tau x anak akan bantu diorg kat akhirat sane....tp pelikkan parents diorg x perasan ker diorg nie pregnant????

zh-ena said...

mmg bodoh bdk2 skang nie..mmg langsung takder rasa bersalah..dh buat salah pastu teruskan lg kesalahan tu..

zh-ena said...

z ko buat la comment ko nie sbg pop up window sng skit nak bg komen..takder la lama sgt nak tggu window nie buka..

fuadnis said...

akupun tak puas ati tol la dgn diorang yg buang2 bayi ni..ingat nak beranak tu senang ke??

tapi tulakan..yg dah sah2 nikah. ade plak payah nak mengandung..yg tak nikah2 ni senang2 je beranak..tuhan nak tunjuk tue..

Macam-macam ada.. said...

KAlau ada sesapa yang rasa macam nak buang anak tu, lebih baik bagi je anak tu kat aku. biar aku jaga.. SERIUS. 0162727859

Macam-macam ada.. said...

bukan aku nak menggalakkan, tapi daripada dibunuh dan dibuang baby tu, baik kasi aku jaga. aku pun dah lama kawin takde anak lagi ni..

Unknown said...

macam-macam ada,
betul tu..tp dorg ni dh x boleh di ajar

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates