Kali ni aku nak cerita tentang peria.. Nampak perkataan peria tu pun dah boleh buat muka kita mencebek dan mulut rasa pahit kan??.. belum lagi memakannya..hehe.. Aku pasti ramai antara kita yang tak suka makan peria dek kerana rasanya yang pahit, kurang enak dan rupanya yang kurang menarik serta tak mengiurkan.
Dulu, aku juga berpendapat yang peria ni tak sedap, pahit dan memang bukan makanan pilihan aku. Tapi selepas aku mulakan memakan peria semasa dalam berpantang dulu, hingga sekarang aku memilih peria sebagai salah satu sayur kegemaran aku dan bila ada kesempatan ke pasar aku pasti akan membeli peria untuk di jadikan santapan kami sekeluarga.
Nak tahu bila aku mula suka makan peria?? emm.. masa tu aku masih dalam pantang di rumah mertua, satu hari mak mertua aku tanya samada aku makan peria ke tak, aku jawab tak. dia tanya kenapa?? aku jwb pahit sangat..x sedap!. Masa makan tengahhari, aku tengok peria yang mak mertua aku masak dengan cara salutan tepung rangup tu, aku rasa sikit peria tu.. memang sedap yang amat.. masa tu lah aku mula terpaut dengan peria.. banyak jugaklah aku makan peria goreng masa tu, rasa tak percaya pun ada bila aku dapat makan peria dengan banyaknye..
Sejak dari tu, aku semacam senang je nak terima peria walaupun pahit. Tak kisah lah dia masak apa pun, pasti aku boleh memakannya.. Sampai sekarang, bila ada kesempatan aku mesti akan masak peria.. ummppp..memang sedap..
Resepi peria goreng cara aku :
Bahan2 :-Peria di potong nipis2, tepung goreng kentucky, sedikit air, minyak masak secukupnya.
Caranya: Salutkan hirisan peria dengan tepung goreng kentucky, lepastu basah kn skit dengan air (skit je tau, bg die lembab), lepas tu salutkan balik dengan tepung goreng kentucky tu sampai sume hirisan peria tu tersalut, kemudian goreng sampai garing..
Info tentang peria : Peria tu pahit, tapi banyak khasiatnya terutama untuk tubuh badan kita. Ianya merupakan penawar kepada penyakit kencing manis yang mana dapat menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Selain itu, peria juga dapat mengubati penyakit batuk yang menyerang kanak2..
12 comments:
akusuke..aku suke...!tak kisah la macam mana cara masaknye, aku tetap suka. vote for peria!ahaks!
Ko pun suke gak ek... cedap kn??
salam...
peria?? akak x suka la..tp kalau ikut cara chugie ni cam sedap jek..tempura kan..
erm...tol kerr z, sedapppppp??? nntlh aku cube wat,tgk leh masuk ekr x
tahniah suzi, kerana akhirnya dapat menikmati peria.
aku memang suka sayur ni. kalo mak aku, selalu minum JUS Peria Katak [hok kecik tu].
tumis pedas dgn telur pun sedap...
auuwww!
oh i loveeeeee peria goreng nih. slalu makan kat kedai mamak kat jalan TAR, marvelous. tapi cara masak lain tak penah try, tak lalu kot? hehehe
yours truly,
kak, try lah cara masakan ni.. a'ah like tempura. Memang cedap kak.
imah,
try ler..sure leh makan punye, pahit pn x rasa sangat. Kalu nk ilangkan rasa pahit tu skit, kene rendam ngn air garam.
Frida,
wah.. mak ko minum jus die ke? aku belum lagi sampai tahap tu normi. Emmm peria katak memang lebih pahit, kecik dan hijau sangat. Aku penah rasa..pahitnye..mak ai.. tp bagus!!
Drama mama,
u love tu?? uhhh..kat sane memang biasa jual.
yea ker sedap..entah la smp skang nie aku tak suka..
mmg sedap z... aku dulu pun tak makan. tapi sejak aku mula kawen, hubby aku suke paksa aku makan peria. satu hari tuh aku cube, n rupanya tekak aku bleh jerk terima. tapi yg aku pelik, smpi skang tekak aku still tak leh terima DURIAN... pelik kan?
klau peria katak (hijau pekat) tue mmg pahit tp dh kena sambal belacan sedap tu...klau peria lg satu tue mmg sedap...xterasela pahitnye...
ena,
try cara masakan yg aku bg tu..sure leh makan peria lepas tu :D
Idah,
sedap kan?? bestnye lah..arini nk masak lagi peria..
ra,
ko pn suke gak ek?? wow! dpt cicah sambal lagi best... terangkat!!
Post a Comment