Thursday, February 4, 2010

Tips to increase Blog's trafiic!

February 04, 2010 7 Comments
credit to pakcik goggle! pinjam ye..
Salam..

hei..macam2 betul cara nak maju ni kan? bukan nak maju je.. nak tambah ranking blog pun bleh gak.. Aku sure, ramai yang bukak mata seluas2nye bile tengok tajuk atas tu. Aku pun cam tu gak, bila tengok tips nak naikkan traffic blog, kasi jem and havoc blog kite, mata dan tangan pun ligat lah gak pi cari2 info dan tambah2 pengetahuan.. ye lah, almaklum.. sape tak nak orang jengah blog kan?? lelebih lagi bila nuff kite pun turut naik mencanak2.. bila dah naik mencanak2, pengujung datang silih berganti.. makanya $$$$ pun akan bertambah lah jugak kn kan kan?? Tipu lah kalau korang tak nak.. sebab aku pun nak gak.

Tapi............................

Biarlah dengan isi cerita yang benar lagi betul, kalu nk tipu2 skit.. biarlah berasas gak, jangan campur adukkan hal2 politik yang melibatkan hal2 yang tak termasuk dalam korum..nanti, diri sendiri yang binasa. aku tak nak jadi camtu.. aku berblog sebab sekadar coretan semasa tentang kehidupan yang aku lalui.. lagi satu, blog bukan tempat kite nak melepas kan geram yang berapi2.. setakat luahan rasa yang tak keterlaluan aje..

owh! aku dah melalut ek?? bosan kan?? dah lupa plak pada tajuk asal entry ni..

okies lah, aku baru baca entry di MBP tadi, dan terpaut pada entry tentang tips nak naikkan trafic di blog.. jadi, aku pun tak nak lah tamak haloba dan simpan tips tu sendiri.. makanye, aku nak share bersama teman sekalian.. mungkin boleh diambil guna untuk mencantikkan blog kite, menaikkan cara penyampaian dan penyajian blog kite ni jugak!

korang bleh lawat entry ini -->7 Tips to Increase Traffic to your Blog hasil coretan Eyriqazz, yang korang juga boleh layari blog nye di Great Teacher Onizuka

Wednesday, February 3, 2010

Jawatan Kosong!

February 03, 2010 8 Comments
Salam..

Aku dapat maklumat ni dari email yang di hantar oleh Kakak aku..
Jadi, pada kalian yang sedang mencari kerja, boleh lah terjah agensi2 di bawah ye..

Senarai Jawatan Kosong (Update: 2 Feb 2010)
Tuesday, February 2, 2010
-
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - Tarikh Tutup : 12 Feb 2010 - Terkini!!
Institut Terjemahan Negara Malaysia - Tarikh Tutup : 12 Feb 2010 - Terkini!!
KL Airport Services Sdn Bhd - Tarikh Tutup : 4 & 5 Feb 2010 - Terkini!!
Pejabat Pembangunan, UiTM - Tarikh Tutup : 16 Feb 2010 - Terkini!!
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - Tarikh Tutup : 8 Feb 2010 - Terkini!!
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu - Tarikh Tutup : 7 Feb 2010 - Terkini!!
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - Tarikh Tutup : 10 Feb 2010 - Terkini!!
Lembaga Kemajuan Bintulu - Tarikh Tutup : 2 & 8 Feb 2010 - Terkini!!
Majlis Perbandaran Alor Gajah - Tarikh Tutup : 1 Feb 2010 - Tamat
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu - Tarikh Tutup : 7 Feb 2010 - Terkini!!
Psikologi dan Kaunseling IPGM & Kolej Matrikulasi - Tarikh Tutup : 15 Feb 2010 - Terkini!!
Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) - Tarikh Tutup : 10 Feb 2010 - Terkini!!
UiTM Pulau Pinang - Tarikh Tutup : 1 Feb 2010 - Tamat
Lembaga Muzium Negeri Kedah - Tarikh Tutup : 11 Feb 2010 - Terkini!!

Selamat Berjaya!

Tuesday, February 2, 2010

Di Bukit Gambang WaterPark

February 02, 2010 13 Comments
Salam..

Ini sambungan entryku semalam ye.. Untuk Hari kedua di Pahang, kami berjalan ke Bukit Gambang Resort! Memang agak teruja nak ke waterpark ni.. kami bertolak ke sini dalam jam 9 lebih, dan sampai lebih kurang jam 10 lebih gak lah.. Dari Kuantan ke Gambang lebih kurang 23 Km. Perjalanan pun memang sangat lancar.. mungkin sebab hujung minggu kot. Ramai yang beristirehat di rumah je..

Sampai je di Gambang Waterpark ni, kami terus menuju ke kaunter tiket untuk beli tiket.. aku lupe lak nak snap pic pintu masuk utama Waterpark ni. Harga tiket RM19.90 untuk dewasa dan kanak2 yang melebihi had 90cm dikenekan bayaran sebanyak RM12.90 -dah macam promoter plak aku dlm entry ni hehehe-. Semua perbelanjaan di dalam waterpark ini tidak boleh menggunakan tunai, hanya menggunakan tiket yang di beli untuk masuk kedalam. Dorang ni gunakan sistem e-coupon, dimana gelang kertas yang di lilit di lengan tu akan di scan semasa kite nak berbelanja.. minima coupon tu RM50 dan boleh di refund kalau kite masih ada baki yang belum digunakan.. Ini lah pintu masuk ke waterpark!, punye lah bagusnye dorg ni.. siap cek setiap beg lagi.. takut kalau2 kite bawak makanan ke dalam.. Selamat lah susu dan keperluan minuman baby boleh bwk masuk. Kalu idak.. aku cancel je mandi kat sini.

Pemandangan dari tempat lepak kami.. aku hanya sempat cop tempat lepak yang di bawah pokok2 kelapa ni je.. pondok2 semua nye dah penuh.. so sad lah.. kalu tidak sure aku bleh tidur bagai.. selamat ada meja dan kerusi. kalau tidak aku duk atas pasir je lah jawabnye..

Gambar atas ni gambar kaunter utama juga, yang mana pengunjung boleh top up duit untuk perbelanjaan dalam tu, selain kaunter untuk menyewa pondok2 dan peralatan yang nak di gunakan dalam tu.


Yang ni pulak food court nye.. overall, charge makanan yang di jual adalah amat berpatutan.. kalau nak compare dengan sunway lagoon dan tambun, rasanya harga makanan kat gambang ni murah skit kot.. taste die boleh tahan gak lah, boleh lah makan nak isi perut kan..

ha, ni lah pondok yang aku nak cuba dapatkan tu.. tapi malangnye dah penuh.. agaknye dorg ni datang awal2 pagi kot.. buka je kaunter, dorg terus serbu masuk n cop pondok ni.

Coco beach park.. tempat pertama kami untuk mandi manda. Memandangkan ini adalah yang terdekat ngan tempat lepak kami, jadi kami mandi kat sini dulu.. memang ramai orang kat gambang ni..

Fatin lah yang paling suke bila dapat main air... air dah masuk hidung ngn mulut pun die tak kisah gak. Janji dpt main air..

hubby ku pun suke gak.. sambil melayan anak, sambil tu jugak die bleh main air!

main air lagi..

ummi pun tak ketinggalan nak enterprem gak.. penat tul suh fatin pandang camera..

yeay! ni je gambar yang aku sempat snap. Gambar2 lain aku x dapat ambik pun sebab kami semua bz main air dan main permainan air yg de dalam tu.. tp memang syiok lah! cuma ad satu je yang aku tak main, part jumping tu.. aku tak berani nak gelongsor dari atas ke bawah.. eee seram ko! main gelongsor air yang pusing2 tu pun aku dah menjerit sampai nak terkeluar anak tekak.. tapi, semua nye memang happening sangat.. maybe next time akan datang lagi.
-sekian-


‘Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah cikmin.com’.

February 02, 2010 3 Comments
Salam..



Sticky post!! Sila scroll down untuk entry ku yang terkini ye..!!


Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.


Aku dapat entry ni melalui Blog wansteady... so pada teman2ku sekalian yang sangat suke join contest, boleh lah ke laman ini untuk maklumat lanjut berkenaan entry dan cabutan bertuah ni..

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates