BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah
Untuk tahu lebih lanjut tentang syarat2 penyertaan contest ni, sudi lah kiranya kalian yang nak join tu bertandang ke blog beliau.. just klik kat title banner atas tu.. senang je pun syarat2nye.. kcang goreng je! Kalu rasa malas nak klik title tu, klik je SINI
Memandangkan sebelum ni aku pernah buat entry mengenai detik melahirkan babyku ini - Nur Fatin Adlina - maka, mudah jugalah kerjaku kn??
Ini lah ceritanye...
Detik itu..
Aku pasti setiap orang yang pernah merasai saat melahirkan anak tentu mengalami berbagai-bagai pengalaman, dan bukan semua akan melalui detik yang sama. Begitu juga dengan aku. Tiap apa yang kita impikan dan harapkan bukan selalunya akan kita dapat. Segalanya sudah menjadi ketentuanNya. Cuma, nasihat aku.. pada yang akan melalui DETIK ITU, siap kan diri dan lengkapkan diri dengan segala yang ada dan paling penting sekali jangan pernah lekang bibir ni mengungkap kalimah Allah lelebih lagi bila dah nk sampai waktunya.. pada aku, tu je yang dapat membantu kita bila dah berada dalam DETIK ini..
Ok, bercerita tentang detik itu, aku telah di arahkan oleh doktor utk masuk wad pada pagi isnin 11.05.2009, selepas seminggu dapat MC dari doctor untuk menunggu bukaan seterusnya selepas bukaan rahim aku hanya 2cm sebelumnya, dalam seminggu tu memang tak ada langsung tanda2 nak bersalin, sakit pun tak rasa (aku siap berjalan sakan lagi di saat akhir nak bersalin tu). Jadi pagi isnin tepat jam 8.45pg aku dah admit dlm wad. Bosan giler time tu ditambah dengan rasa berdebar dan persoalan yg mmg bermacam2 dalam kepala ni, almaklumlah, ni adalah pertama kalinya aku menghadapi detik2 ni. Jadi, byk sgt bende yang menjadi tanda tanya dalam otak aku ni. Dalam kepala ni cuma nak tau, induce tu mcm mane? ape rasenye? sakit ke? sakit sangat ke? pas tu kena buat ape dan macam persoalan lagi lah yg menghurungi benak aku ni. Lepas makan tengah hari nurse masuk kan ubat utk buang air besar, dan selepas tu die masukkan pula air (induce) utk buat contraction sebab aku langsung tak rasa contraction. Jam 3 ptg doc Ratna datang untuk cek bukaan dan masa tu dah de bukaan dalam 3cm, selepas tu baru lah doc ratna pecahkan air ketuban aku..time tu x rasa sakit lagi, tp contraction dh semakin kuat, air ketuban plak memang banyak giler.. sampai doc ratna pun terkejut gak. Tak lama lepas tu bukaan semakin banyak, dari 3cm dah ke 5cm, lepas tu 6cm, 8cm dan masa ni aku terus di bawa ke labour room.. sampai je dlm bilik tu, bukaan dah cukup 10cm, doc pun dh sedia utk proses seterusnye.Masa ni aku sendiri pun tak tahu nak gambarkan rasa tu.. Rasa sakit nk bersalin, tapi lebih kepada rasa sakit nak membuang air besa.. bila sakit tu mula menekan dan buat aku rasa nak meneran mcm membuang air besar, doc minta aku teran.. puas lah aku meneran, tapi tak muncul2 juga baby aku ni.. dah puas cara meneran, doc try buat vacuum dan forsep utk bantu aku keluarkan baby secara normal, masa ni aku tak rasa sakit yang amat2, cuma aku lebih kepada rasa nak membuang. Tapi malangnya cara ni pun x membantu langsung..jadi doc amik keputusan untuk buat pembedahan memandangkan aku pun dah nyawa2 ikan sebab meneran lama sangat, dan sakit tu dah mula terasa yang amat2.. jadi akhirnya, aku di bedah..
Masa nak tunggu utk jalani pembedahan tu, rasanya ini lah sakit yang paling sakit sekali aku rasa, perasaan aku time tu.. tak yah lah nak cerita.. tuhan je yang tahu. Tak lama lepas tu, aku di bius separuh badan, hubby tetap setia menjadi peneman masa dalam dewan bedah tu. Walaupun aku sedar masa pembedahan dijalankan, tapi aku memang tak sanggup nak tengok keadaan masa tu. Hanya hubby je yang berani utk lihat keadaan aku masa di bedah tu, sempat juga lah aku tengok air mata die menitis bila baby selamat di keluarkan.. Rasanya masa untuk keluarkan baby dari perut aku tak amik masa yang lama, tup tup aku tengok nurse dah bawak anak aku kat sebelah, montel yang amatlah baby aku ni. Doktor Ratna siap boleh berseloroh lagi, katanya patutlah anak awak tak nak kuar ikut pintu, pipi die tembam sangat, tersangkut kat tulang pinggul heheheh.. Sempat lagi doc ni melawak time2 macam ni.
Alhamdulillah, semuanya selesai dan selamat dah.. tak kisah lah bersalin normal atau cezer, yang penting anak yang dilahirkan tu sempurna dan sihat. Walaupun hasrat nak bersalin secara normal x kesampaian, tapi semangat untuk rasa bersalin secara normal untuk masa akan datang tu tetap ada dalam diri aku. Sebelum ni aku banyak gak dengar cakap2 org, bila lepas melahirkan, perasaan takut utk bersalin lagi tu jadi lebih tebal. Tapi, aku tetap nak rasa detik tu lagi, walaupun dalam diri ada rasa sedikit takut. Sebabnya, nikmat ketika mengandung dan bersalin tu memang terlalu sukar nak di gambarkan. Apa pun, kepada yang belum merasai detik tu, korang jangan lah takut.. selalu ingatkan diri yang ALLAH sentiasa di samping kita walaupun suami tak ada masa saat melahirkan tu, dan pada yang dah merasai apa yang aku rasa, aku solute korang.. bukan senang nak buat sume ni kan??? pengalaman yang memang terlalu berharga dan terlalu besar nikmatnye. Moga kita mendapat hikmah di sebalik segalanya ni.
Ini lah baby fatin ku itu.. masih hot lagi masa suami saya snap gambar new born die ni.. kalu tak silap x sampai sejam lepas nurse bersihkan badan die..
ini aku dan fatin...