Thursday, July 22, 2010

Akhirnye dapat tawaf umah kengkawan..

July 22, 2010 19 Comments
Salam..

yes! akhirnye dah dapat tawaf umah kengkawan blog..
Dalam kemalasan, terselit kerajinan..
ini semua berkat kerajinan kawan2 yang rajin singgah dan tinggal komen di blog ini..

Tentang Alahan yang dihadapi..
tidak lah seteruk yang disangka..
masih lagi sihat,
masih lagi boleh bekerja,
masih lagi boleh makan, walau sedikit..
masih lagi loya2..
munkin sebab aku makan ubat tahan muntah kot, tu yang kurang muntah2 tu.

Cuma, sejak mengandung ni..
aku sering rasa letih..dan juga tak bermaya.
mungkin dulu, aku hanya uruskan diri sendiri dan suami.
tapi kini, kene uruskan anak..
dan fatin sekarang ni sangat2 lasak dan menguji kesabaran..
tu yang terasa sangat2 penat tu.

Tapi tak pe..
aku kene bersabar..
kene menahan segala dugaan..
kene sentiasa berfikiran positif..
kene sentiasa redha..
walaupun perit! walaupun sakit..

Doakan aku ye kawan2..
sebenarnye tak nak malas2 macam ni,
nak rajin..
nak ceria..
nak bersemangat..
SUPAYA ANAK YANG BAKAL LAHIR NI PUN POSITIF+ CERIA + RAJIN + SABAR..

DOAKAN KAMI ye..

psst: mana2 blog yang aku ter-miss untuk di kunjungi, sila beritahu ye..

sekian dulu..
-chugie-

Wednesday, July 21, 2010

Dalam zone Kemalasan

July 21, 2010 12 Comments
Salam..

Dah 2 hari tak update pape ni..
mood tarak lah!

terima kasih pada Alynnz, yang tinggal kan komen kat entry sebelum ni..
tak sangka, ada juga yang tertunggu2 entry dariku..

emm, aku sekarang ni dalam ZONE MALAS nak berblog..
aduhai lah..
kenapa ntah!
tak mo sebenarnye macam ni..
kalau boleh nak update macam2..
nak cerita banyak bende
nak update latest progres tentang fatin lg..
nak cerita tentang aku yang sedang ngandung ni..
nak cerita tentang progres rumahku lagi..

Tapi apa kan daya ku..
semangatku telah lari..

tapi- nanti aku kejar balik ek!


Owh ya, sedikit update tentang fatin...
- masih lagi tak boleh sebut 'UMMI'...uwwaaaa!! bila di ajar, die kata 'nanak' means, tak nak! uwwwaaaa!!
tapi dah pandai sebut - ayah, tatak (kakak), abang, uwannnnn, adik, atik (cantik)
mamam (makan), mnum (minum), prrr Ting (puting).. dan banyak lagi lah!

- dan dah mula suka membebel.. tp malangnya aku tak paham ape yg die bebelkan.

k lah... tak mo bebel dah!
chow
-chugie-

Monday, July 19, 2010

Rasa nak makan Koay Teow

July 19, 2010 14 Comments
Salam..

alahai, tak dapat nak bersiaran di pagi hari tadi..
kerja yang banyak,
di samping line kat opis yang tak berapa nak 'clear'
susah betul lah nak berblog sekarang ni..

eh'eh, bukan ni yang nak di ceritakan,
tapi pasal koay teow!
alahai.. tiba2 tekak ni rasa nak makan koay teow lah..
balik ni memang kena g carik gak bahan2 nak buat k.teow goreng!
tak sabarnye nak balik..

meleleh...aduh!
tulun!

k lah, daaaaaaaaa
-chugie-

Thursday, July 15, 2010

Hari ni ada check up..

July 15, 2010 8 Comments
Salam..

Alahai, dah petang baru dapat buat entry.
Ini pun bukan main susah..
kene cilok2 buka blog ni..
sebab bos dah balik dari bercuti,
so memang arini sepenuh masa lah die kat dalam biliknye..
Dan aku pulak, terpaksa menahan rasa nak berblog..

Ni dah petang, die pun dah keluar untuk tea-time,
so, aku pun apa lagi...
meneruskan hajatku berblog dan mengupdate!

ok, Hari ni ada Check-up..
petang ni nak jumpa Doc Ratna,
hope petang ni die bertugas lah..
kalau tidak, kene set appointment lagi..
Tak mo cek ngan doc lain, sebab dah biasa cek ngan dia.
Harapnye, cek hari ni baby dalam kandungan ni ok.. sihat..

Ok lah, tak leh nak lelama.. ni nak g jenjalan umah korang lg.

K lah, till next..
daaaaaaaaaa
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates