Tuesday, November 2, 2010

BURGER KING buat aku kecewa!

November 02, 2010 18 Comments
Salam...
surat ni nak di tujukan kepada BURGER KING..
tu pun kalau ada orang2 atau staf2 BURGER KING yang baca entri ni lah..
Dah seminggu lebih aku teringin nak makan BURGER KING tau..
jadi, malam semalam aku dan seluruh ahli keluarga pergilah ke BURGER KING R&R Sg buloh..
Dengan rasa teruja, gembira dan mengidam yang membuak2..
ahli keluarga lain dah duduk bersantaikat meja, dan
teruslah aku dan adikku ke kaunter utk memesan makanan..
Bila dah settle dapat makanan, n nak pergi amik sos, tup2 kosong!
yang ada cuma tomato sos je! (tu pun rasanye dah kosong kot)
mintak lah pada kaunter tu, die boleh plak kata "SOS ABIS LAH KAK!!"
eeeeeeeeeeeeeee.. geramnya aku!
Boleh ke dorang buat camni?
patutnye beritahu lah kami masa beli makanan tu.. ni tak, x inform langsung.
jangan kan kata2 MAAF dari dorang sebab tak bg tau,
Bagi tau SOS abis kat customer yang datang makan kat situ pun tak!
memang stock nak kaut keuntungan betul lah dorang ni tau..
Patutnye sediakan lah stock sos yang mencukupi..
dan kalau dah abis tu, carilah alternatif lain dengan membeli sos kat kedai.. ish!
geram betul lah..
Akhirnya, kami mintak plastik, dan tapau je...
balik umah makan dengan sos kami sendiri.


sian aku dan ahli keluarga yang dh kelaparan nak makan burger king..
akhirnye makan kat umah jugak..
antara burger2 kami.. eeee geram!
~kalau dorang inform awal2 masa order tu, yang sos abis, sure aku dah suh dorang tapau siap2 makanan tu..
tak de lah kami pakat duduk melepak kat situ lelama..
~patutnye dorang kena ada back up stock yang mencukupi..
~emm adakah bad service ni hanya di R&R sg buloh? tempat lain camna?
sekian dulu entri meluah perasaan..
-chugie-

Dalam hati ada taman..TQ NUFFNANG!!

November 02, 2010 17 Comments
Salam..
ye.. dalam hatiku ada taman ni..
sebabnya, cek dari NUFFNANG dah pun aku terima..
Aku dapat cek ni sabtu lepas..
Aduh, sungguh terharu bercampur gembira tat kala mendapat cek ini wakakakaka!!
Kira cepat juga process nya.. alhamdulillah..
Terima kasih kepada NUFFNANG atas pemberian wang ini..
Lepas ni murah kan lah hati memberiku iklan lagi ye...

Surat dari nuffnang...
dan cek itu...
owh, amounnye biarlah rahsia..
tak delah banyak sangat pun macam otai2 blogger kat luar sana tu..
Tapi syukur alhamdulillah..
sekian...
-chugie-

Monday, November 1, 2010

hari ini.. -01.11.10-

November 01, 2010 12 Comments
Salam..
Pejam celik pejam celik.. dah sampai November pun kita kan?
kejap betul masa berlalu..
aku pun dah masuk ke minggu ke-24 kehamilan.. uhuk!
tinggal berapa minggu je lagi nak sampai MASA ni..
Perasan tak tarikh hari ni pun cantik gak.
01/11/10.. kalau di rapat kan semua huruf tu boleh jadi macam ni:
-011110-
Angka SATU (1) di tengah2, yang mana di apit oleh angka KOSONG (0) di kiri kanan
banyak betul no atau tarikh yang cantik2 di tahun 2010 ni kan?"
dan yang pasti, ada yang abadikan angka2 cantik ni dalam hidup..
apa pun tarikh tu.. jangan lah terlalu taksub ya..
nanti ke LAUT pulak... :D
k lah.. nak g lunch ni..daaa..
-chugie-

Kenapa kaki bengkak ketika hamil?

November 01, 2010 11 Comments

Salam...
Entri khas untuk ibu2 yang sedang mengandung, macam aku!:D
Biasanya masalah Bengkak Kaki ni berlaku di sebabkan lebihan air di dalam badan kita,
yang mana keadaan ni biasanye berlaku bila dah masuk ke Trimester ketiga.
Tapi, ada juga sesetengah wanita hamil yang telah melalui masalah ini ketika penghujung Trimester kedua.
Masalah ini biasanya akan hilang dengan sendiri nya bila tiba saat bersalin..
"Melalui pengalaman aku masa hamil pertama dulu,
aku mula mendapat masalah ini ketika kehamilan ku berusia 7 bulan,
masa tu berat badan dah bertambah dengan banyaknya,
tapi keadaan tu tak lama..lebih kurang 3 minggu je, kemudian kembali normal..
sehinggalah ke saat bersalin."
Tips untuk mengurangkan masalah bengkak kaki;
1. Jangan berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau apa sahaja yang tinggi supaya kaki lebih relax.
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.
4. Rehatkan diri seketika ketika terlalu lama duduk dengan bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki.
5. Minumlah banyak air. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food.
Info dan tips dari : www.bengkungmoden.com
ok.. ni antara info dan tips yang aku dapat, untuk di share dalam ni.. sebagai sumber rujukanku dan juga maklumat untuk kawan2 semua..
Kalau kawan2 ada petua2 lain mengenai masalah bengkak kaki ni, please rojer2 me k..
nanti bleh lah di masukkan dalam entri ini!
"Sharing is caring right?"
-chugie-

Saturday, October 30, 2010

Nak pergi Mengecat rumah ni!!

October 30, 2010 6 Comments
Salam..

ni entry express tau!!
jap lagi nak g cat umah yang aritu tak abis lagi..
Penyewanya akan masuk bila2 masa je..
yang kami ni pulak dok busy mencantikkan rumah yang nak di sewakan tu..

Hope penyewa tu gembira dan selesa tinggal kat umah kami tu.
Hope juga dia akan menyewa lama, dan MENJAGA rumah kami tu..

Ok2.. suamiku dah sampai!!
nak pergi mengecat dah ni..
Nanti2 aku try snap gambar untuk di show off kan kat sini ek..

HAPPY WEEKEND FRIENDS.................!!

daaaaaaaaaa
-chugie-

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX

Luka lebih cepat pulih dan sihat dengan VIVIX Assalamualaikum, hi korang semua. Sihat hari ni? Cerita pasal luka bersalin ni, memang ...

Labels

Follow Us @soratemplates